Multi-Vitamin & Air Ramasan Daun Kucai...


"An apple a day keeps the doctor away..."... Bersungguh nak gigit epal tu kannn??? Bila melihat anak berselera makan, seronoknya rasa hati... Bila anak tak mahu makan atau hilang selera makan, susahnya rasa hati... Anak tidak mahu makan jangan dipaksa... Kenapa??? Farah pernah berkongsi sebabnya kenapa di dalam entri bertajuk...Hai Lahhh Nasi Beriyani... Sememangnya Farah tidak pernah memaksa kerana tidak mahu Ash terganggu dari aspek psikologi... Mula-mula tu dia boleh tahan lagilah seleranya... Jika menolak nasi putih, masih ada harapan nasi beriyani dan "mashed potatoes" untuk dia makan... Tetapi semenjak akhir-akhir ini, dalam 2-3 minggu kebelakangan ini, selera makan Ash seakan beransur hilang... Hanya susu, susu dan susu... Seksa nak suap makan... Tak kira Nek Ma, tak kira Mommy... "no no no no no" ... "no no no no no"... Dengan gaya-gaya jari telunjuk sekali siap dia beri amaran, sambil menggeleng-geleng kepala... 

Ko masaklah sat apa ke ni ke, ko belilah apa saja... 3-4 suapan... dah... "that's it"... Kalau hias menghias tu toksah cakap... Sikit pun dia tak tertarik ok? Mommy ni buatlah "rabbit", buatlah "smiley face", buatlah macam-macam, dah habis semua dah Mommy rujuk pada Pakcik Google...Tapiii... dia seolah-olah tak berminat langsung dengan makanan... Aikk??? Jaga badan apa??? Tak payah jaga badan sangatlah Ash... awak tu memang dah sedia kecil molek... Tak apa kalau makan banyak pun... Muahahaha...Kena makan banyak sikit, supaya boleh sado sikit ok??? Lelaki metroseksual kalau sado lagi umphhh... #ehhh... Ha ha ha... 

Kerungsingan dan keresahan hati seorang ibu makin bertambah-tambah bila peminat  jiran-jiran yang rajin menegur Ash beritahu... "Farah, Firash dah nampak susut sikit badan... nampak kecik jer..." Hu hu hu... Tak tak saya bukan tak bagi anak saya makan... Heee... Bermulalah sesi mesyuarat pagar sesama jiran yang mana sebenarnya "I do not owe an explanation to every single person" punnn... Hua hua hua... Tapi bila soalan dah bertubi-tubi, mahu atau tidak jawablah juga... Ngeee... Salah satu alasan kerana Ash semakin melasak!!! Dan lagi satu alasan adalah sepertimana yang Farah nyatakan di dalam perenggan-perenggan awal entri. 

Farah pernah terbaca di satu artikel (tak ingat yang mana dah sebenarnya), bahawasanya ada satu-satu ketika, kanak-kanak akan hilang selera makan mereka. Kira-kirannya, Ash sekarang ini adalah salah seorang atau salah satu kanak-kanak yang berada di dalam kumpulan kanak-kanak yang kehilangan selera makan ni atau berada di dalam fasa ini. Beberapa bulan yang lepas atas konsultansi bersama ahli Farmasi, Farah telah cuba memberi makan vitamin dari Pharmaton untuk kanak-kanak... Namo eh den dah lupo pulak... Tetapi nampak2 gayanya macam tak berkesan saja??? Hu hu hu... Makin tak berselera makan adolah...

Risau ooo bila anak tak mahu makan langsung... Dengan tak mahu makan, dengan melasak dengan hanya bergantung kepada susu sahaja semata-mata... Hu hu hu... Apasalah kamu tak nak makan sayang... Minggu lepas ada juga menyuarakan isi hati tentang kerisauan ini kepada Maria Firdz melalui What's App... Heee... "I is" baru ada anak seorang, belum ada pengalaman melalui fasa-fasa begini, jadi kalau ada masa selain dari pembacaan rajin juga merujuk kepada kawan-kawan... Orang kata malu bertanya sesat jalan, zaman sekarang dah ada GPS, jadi gunakanlah GPS untuk tidak sesat jalan... mesti jumpa jalan walau contohnya macam Waze tu kan, kadang-kadang bawa pusing jauh-jauh pun akhirnya sampai... #ehhh lagiii...Ha ha ha...

Maria beri satu petua kepada Farah... iaitu, petua untuk menambahkan selera makan anak... Mandikan anak dengan air ramasan daun kucai... Ini baru pertama kali Farah dengar, dan Maria sendiri pernah lakukan kepada anaknya petua ini...Memang banyaklah soalan Farah tanya pada Maria kan? Berapa kali nak mandikan dengan air ramasan daun kucai ni? Tak gatal ke? Heee... Bila dikaji-kaji, ternyata ramai juga antara kita-kita di luar sana yang berkongsi petua menambahkan selera makan anak ni... Tak percaya??? Nah lihat bukti...


Makanya, bagi pendapat Farah ianya adalah satu petua yang "valid" untuk dicuba dan tidak salah sekiranya kita mencuba... Semoden mana pun kita, selagi tidak bertentangan dengan syarak, tidak salah untuk kita cuba mengamalkan petua yang ada... Maria pesan, sekurang-kurangnya mandikan Ash dengan air ramasan daun kucai itu, 3 kali sebaiknya... Gigih tau, Mommy pergi borong daun kucai hari Ahad lepas...Ihikss...

Sumber dari Google
Pada yang tak kenal daun kucai tu...agagagaga...Ini adalah daun kucai yer... bukan daun bawang... Jika rasa-rasa agak-agak tak pasti tu, bila pergi ke kedai nak membeli daun kucai, sila tanya pada peruncit atau pekedai, jangan pandai-pandai sendiri main ambil-ambil jer... lepas tu terbeli daun bawang...Kalau terbeli daun bawang, sila masak sup sedap-sedap lepas tu Farah datang makan...Hik hik hik.. 

Cara-Caranya... (dari sumber di SINI yer... )

1. Dapatkan daun kucai.
2. Ramaskan daun kucai bersama air.

Sumber dari Google
Sumber dari Google
3. Kemudian tapiskan.

Sumber dari Google
Sumber dari Google
4. Kemudian baru mandikan anak dengan air ramasan daun kucai.
5. Seelok-eloknya mandikan 3 hari. 

Setakat ni, sudah lengkaplah 3 hari Ash dimandikan dengan air ramasan daun kucai. Tapi bukan hanya itu... Farah juga telah mendapatkan khidmat nasihat doktor pakar kanak-kanak dan Ash telah dibekalkan dengan Appeton Multivitamin Lysine sejak dari hari Ahad yang lepas... Maknanya, petua tradisional pun kita cuba, moden pun kita cuba...

Setakat ini, Alhamdulillah seperti telah terbuka sedikit selera Ash untuk makan dan Ash tidak lagi menolak makanan dengan perkataan "no no no no no" dia tu... Bila disuakan makanan, mulut menganga seperti anak burung dan laju jer telan... Hik hik hik...Lega sikit hati Mommy tau tak??? Kalau tidak risau jer Mommy dan Nek Ma.... Sekarang ini dah ada 2 supplemen yang Ash makan... Sebab sebelum ini memang Farah amalkan Scott Emulsion untuk Ash... dan kini ditambah pula dengan Appeton. Macam semalam, bawa ke pasar raya, laju jer capai epal dan nak gigit sendiri...biasanya dia tak heran punnn.... Nasib sempat basuh di sinki tempat jual ikan... Hu hu hu... Haipp epal tu bayarlah...sebab diletakkan sekali dalam bekas polistrine... Hik hik hik, koyakkan dan ambil satu untuk dia... Suka bila tengok Ash nak makan... Sekurang-kurangnya dia makan... Dari tak makan langsung??? Bukan Farah nak suruh Ash gemuk, tapi Farah nak Ash makan untuk nutrien dan juga zat yang diperlukan oleh tubuh badan... Memang haruslah risau bila anak tak makan kannn???

Apa-apa pun terima kasih juga diucapkan kepada Maria kerana sudi berkongsi petua untuk diamalkan... Kalau nak ikut-ikutkan, sebelum ni pernah cuba memberi air tudung periuk...Tapi tak berkesan pula pada Ash...Agagagaga.... 

Dapatkan Artikel Terbaru Dari www.bubblynotes.com Melalui E-mel Anda

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Multi-Vitamin & Air Ramasan Daun Kucai..., diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Tuesday, June 2, 2015.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

11 comments:

  1. xpe la kurang makan, janji susu dia minum kan..hihi

    ReplyDelete
  2. oh ada eh petua mcm tue hihi..MV tak ada masalah sebab mimi selera makan kuat...tapi tq share this petua

    ReplyDelete
  3. Akakk...iqy pon ada masalah tak berselera nak makan..
    runsing hati mak2 ni haaa..
    tu yang makin susut sekarang ni..
    tp Alhamdulillah baru2 ni selera dia dah kembali.
    tp kalau pasni dia tak berselera semua, nory nak try tips mandikan dgn air daun kucai tu...
    thanks for the tips kak..

    ReplyDelete
  4. Bravo! Gigih dan usaha kena ada Farah.
    Tak sia-sia bila Ash dah tak tunjuk isyarat "no.no.no." lagi
    Happy kan:)

    ReplyDelete
  5. Tq farah share ilmu..
    Tapi kalau anak akak dah besar ni boleh ker cuba mandi air kucai tu :)

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah selera ash dah ada wakau pun sikit sikit..

    ReplyDelete
  7. risau kan bila anak kurang makan.thaqif pun dalam fasa tu. ada hari laju je bubur habis.ada hari bubur xmo pun.adeh.

    ReplyDelete
  8. dia bukan xde selera makan tu dik...kena tukar2 dan pelbagaikan pemakanan dia sebab dia tgh membesar...lagi satu sebab dia lasak dah...

    ReplyDelete
  9. terimakasih kongsikan pengalaman dan tips berguna...memang tersangat susah hati memikirkan resepi hari2 sikecil lebih2 lagi semua ditolak..pernah dengar petua daun kucai @ daun kadok..sebagai pelengkap boleh juga kita tambahkan vitamin dalam makanan or minuman si kecil...jemput ke blog saya juga untuk perkngsian untuk kesihatan ibu anak dan keluarga http://www.surijunior.com/

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia