Mothercare Malaysia Fun Time @ Atria Shopping Gallery

Farah Waheda Wahid
7

Hari ni nak bawa anda berjalan-jalan makan angin bersama-sama Farah dan cuci-cuci mata di cawangan Mothercare Malaysia yang terletak di Atria Shopping Gallery, Damansara Jaya. Belum pernah pergi? ataupun baru pertama kali mendengar tentang Atria Shopping Gallery??? Di bawah adalah peta lokasi untuk rujukan anda... 


Sebenarnya, Farah pun pertama kali menjejakkan kaki dan diri ke Atria Shopping Gallery ni. Kalau tak silap Farah, Atria Shopping Gallery ni memang baru dibuka pun... Jarak perjalanan dari rumah Farah ke Atria Shopping Gallery juga adalah tak berapa jauh sangat. Lebih kurang dalam 30 minit dah sampai... Tiba-tiba bersinar-sinar jer mata dan tiba-tiba rasa gembira jer kerana ada sebuah lagi pusat membeli belah yang bakal menjadi lokasi hujung minggu kami berdua beranak...Bha ha ha...

Berbalik kepada cerita tentang butik Mothercare yang terletak di Atria Shopping Gallery ni, hari Sabtu yang lepas Farah telah membuat kunjungan sulung ke sana... Dari gambar yang Farah tempek di atas... itu hanya satu pintu masuk jer tu...Ha ha ha...Sebenarnya ada 2 pintu masuk dan apa yang Farah boleh beritahu, butik Mothercare di Atria Shopping Gallery memang besar...Bagi kaki "shopping" baju anak-anak, barangan anak-anak... mesti teruja dan seronok jer ni bila berdiri depan butik Mothercare ni. Berdiri depan jer tau...Kalau masuk "confirm"!!! Rasa macam tak nak keluar dan rasa macam nak borong semua jer kalau poket tebal dan duit berkepuk-kepuk... 

Farah ke butik Mothercare di Atria Shopping Gallery bukanlah disebabkan nak ber-"shopping" sakan baju raya untuk Ash yer... Tetapi Farah ke sini adalah atas ajakan abang besar Kelab Blogger Ben Ashaari  untuk turut serta dan turut sama menjayakan Mothercare Malaysia Fun Time @ Atria Shopping Gallery... 


Yang mana, bagi acara Mothercare Malaysia Fun Time @ Atria Shopping Gallery ini telah membawakan Kartini Ariffin sebagai "emcee of the day" dan juga kemunculan selebriti tanah air seperti Yasmin Hani, Irma Hasmi, Annabelle Kong sertaaaaaa kemunculan blogger terkenal di Malaysia Fourfeetnine dan jugaaa "of course" lah, abang besar Kelab Blogger Ben Ashaari, tak lain tak bukan Ben Ashaari... 

Pertama kali menjejakkan kaki ke tempat yang "best" bagi seorang Mommy yang memang suka membeli-belah barangan anak... Ihikss..semua mak-mak pun macam tu kannn??? Dah tentu-tentulah yang ada dalam kotak pemikiran adalah untukkk...cuci-cuci mata dan "browsing" seluruh pelusuk butik Mothercare tu... Ha ha ha... Itu yang Farah katakan di awal entri, Farah nak bawa anda jalan-jalan dan cuci-cuci mata melihat apakah yang ditawarkan di butik Mothercare yang terletak di Atria Shopping Gallery ni... Nak tengok tak? Nak tengok tak? Kalau nak...jommmm... 


Bila ada anak lelaki ni, biasalah... perkara pertama atau benda yang pertama yang mata ni dapat tangkap adalah di bahagian pakaian kanak-kanak lelaki...Muahahaha... Rambang mata weiii... Tu yang ada Farah nyatakan di atas tadi tu, kalau wang ringgit ni tebal dan berkepuk-kepuk memang setiap jenis beli satu dah... Hu hu hu... Memang banyak sangat pilihan sampai kalau disuruh melakukan pilihan tak taulah nak pilih yang mana sebab semua macam cantik jerrr...semua macam menarik jer... material kain yang digunakan pula memang tak panas dan lembut... Tak panas dan lembut tu memang menjadi keutamaan Farah di dalam pemilihan pakaian Ash... Sebab nak pastikan Ash selesa kannn.... Huwaaa... Nak nangisss tengok pilihan yang ada... Tahan jer tahan jer geram dalam hati ni nak "shopping" semua kalau boleh kannn??? Ha ha ha...faham tak perasaannya bagaimana??? Untuk seorang Mommy yang sememangnya suka "shopping" baju anak-anak... Bab ini kannn??? Permaisuri hati Ben Ashaari sependapat dengan Farah..Ha ha ha... Kami ada minat yang sama... Habislah habislah... Boleh buat pakat ajak gi "shopping" baju anak ni... Memang menjadi kalau regu macam ni kan??? Punyai minat yang sama... 


Pilihan untuk anak-anak gadis yang comel apatah lagi kannn??? Bila nampak pakaian-pakaian kanak-kanak perempuan ni... Boleh bayang kot depan mata, betapa comelnya kalau kanak-kanak perempuan yang comel memakai koleksi-koleksi yang "sweet" dan comel yang terdapat di Mothercare ni. Awak nan hado anak perempuan...makanya pandang jerlah...Kalau ada, memang silap-silap gaya, Mommy yang tak balik ni...Sedangkan untuk Ash pun dah rasa geram nak membeli kesemuanya inikan lagi pula kalau ada "princess" kannn??? 


Bila tengok baju singa ni kannn... Ha ha ha...Teringat pula pada Ash... Kalau bungkus budak tu dalam baju singa ni pun ok gak ni... Ada saiz bukan tak ada saiz...Memang muat jer pada Ash kalau dipakaikan... Baju Sesame Street pun banyak pilihan... Arghhhh, comelnya comelnya... Tahan lagi rasa geram ni... Ha ha ha... 


Terdapat juga pelbagai keperluan "feeding" untuk anak-anak kecil... Banyak pilihan dan ada beraneka corak serta jenis yang boleh dipilih sampaikan nanti anda akan jadi tak tau nak pilih...Percayalah... 


Ianya juga ada syurga permainan bagi kanak-kanak yang sememangnya sukakan permainan... Ha ha ha... Cuba bayangkannn...


Kalau Abang Qhaliff boleh leka sehingga begini...apatah lagi Adik Ash yer tak??? Silap-silap gaya memang tak mahu berganjak dan tak mahu bergerak ni...Mahu jadinya ibu bapa yang bertapa lama di dalam Mothercare ni... Sebabkan anak-anak terlalu leka dan asyik dengan permainan-permainan yang ada di rak...Dalam hati mereka kannn...jika kita selam... "Wahhh, seronoknya kalau dapat semua permainan ni...seronoknya kalau di rumah sendiri ada rak-rak yang penuh permainan macam ni..."...Dengggg... Ekekekeke... 


Jujur dikatakan, hati telah terjatuh kepada sebuah "car seat" yang berjenama kuda - Ferrari yang ditayangkan di rak "display" dengan harga RM XXX dan dengan diskaun sebanyak 10%. Boleh tak? Berangan-angan nampak Ash duduk dalam "car seat" yang Farah minat tu dan Ash nampak "handsome" bila duduk dalam "car seat" tu... Lepas tu bila dah berangan, mulalah tu... buat kira-kira, buat congak, buat "calculus", bahagi tambah campur tolak dan mulalah memikirkan sama ada berbaloi ataupun tidak memandangkan memang dah ada "car seat" sedia ada...Dok berfikir-fikir sama ada perlu diganti atau tidak... Ha ha ha... Masih belum ada keputusan sehingga ke hari ini, tetapi hati dah tau dah pro ke arah mana dah... 


Haaaa, ni nak habaq mai sikit ni...bagi ibu bapa di luar sana yang tercari-cari "stroller", tercari-cari "buggy" untuk anak-anak masing-masing... Silalah datang ke Mothercare dan amatlah disarankan datang ke Mothercare...Kerana??? Tengok sendiri udah lerrr gambar yang ditempek di atas... Nak MacLaren, nak Stokke... Nasiblah Ash tu dah ada "buggy" dan tak perlu lagi membeli atau mencari, kalau tidak ini pun boleh jadi satu cubaan dan dugaan ni... Uishh...nafsu nafsu... 


Pilihan "baby gear" di Mothercare... Pilih-pilih-pilih yang mana nak... Ikut kesukaan masing-masing dan pilihan hati masing-masing...Ada satu rak khas hanya untuk "baby gear" sahaja... Farah memang taklah dah kot nak membeli "baby carrier"... Ash memang dah tak masuk "baby carrier" lagi dah... Bila dah besar-besar ni, kalau masuk "baby carrier" tu nampak pelik pula... Kalau di bawah setahun tu pada Farah kira ok lagi kot...Tapi kalau melepasi jangkauan umur tertentu atau anak tu dah nampak besar, macam kepelikan melanda sedikit pula bila anak masih dimasukkan ke dalam "baby carier"... Kalau memang kecil tak apa...tapi kalau dah nampak kanak-kanak sangat...Pelik pelik... Hu hu hu... Bagi pandangan dan pendapat peribadi Farah lerrr... Setiap orang kan pendapat berbeza... 


Barangan keperluan bilik mandi untuk anak-anak lengkap segalanya dan sambil menyelam minum air... Farah pun belek-beleklah alatan untuk "potty training"...Ash kan sedang secara perlahan-lahan berada di fasa itu sekarang....Dah mula boleh beli "potty training tools" dah untuk dia pada tahap ini... Itu yang ralitttt jer perhati tu... Tetapi ada seperkara lagi yang menarik perhatian Farah... 


Stokke "foldable baby bath basin"... Alahaiii, kenapalah tak terjumpa besen mandi ni sewaktu Ash masih gunakan besen mandi dulu...Ihikss...Praktikal sangat tau Farah rasa... Anda pernah terjumpa ke? Ke Farah yang ketinggalan ni??? Elok sangatlah ni untuk bakal-bakal ibu bapa di luar sana kalau nak membeli belah barangan keperluan bayi dan elok sangatlah tu pada mereka-mereka yang mementingkan ke-praktikal-lan sesuatu alat itu... Boleh lipat-lipat, boleh jimat ruang dan mudah di bawa ke mana-mana sahaja...Dah nak raya ni kann??? Semua orang dok pakat nak balik kampung untuk beraya...ada yang jauh ada yang dekat, bila dah balik kampung ni yang beranak kecil pasti singgah di kawasan rawat dan rehat...dan pasti ada yang akan mandikan anak-anak kecil... kalau dulu selalunya mandikan anak pada sinki tandas rawat dan rehat tu jer...bila ada "foldable baby bath basin" ni bolehlah bawa dan bolehlah gunakan... Sekurang-kurangnya anak pun rasa selesa kannn??? 


"Baby chair", "baby cot"... "baby walker"... macam-macam pilihan ada...sampaikan rasa tak tau nak pilih yang mana dah kalau Farah... psssttt...orang yang suka "shopping" barang anak memang macam ni... Ha ha ha... Semua pun nak kalau boleh... Diingatkan lagi sekali.... 


Kanak-kanak yang terpikat dengan "plush toys" boleh tarik jer mana-mana satu yang mereka boleh capai nih... He he he... Sebab terletak elok jer macam tu kannn? Dan dalam jangkauan capaian...Macam tu lahh... 

Gambar Kredit dari Irrayyan.Com
Tu diaaa, nampak tak nampak... Farah sibuk "survey" barang untuk Ash..bak kata Irra...Ha ha ha... Dengan "smartphone" dengan tablet...Dua-dua dok pegang kat tangan... Buat perbandingan harga dan catat jenis-jenis barangan...Ahaksss...Yer sangatlah lettew kannn??? Propa jer lebih ni... 


Sesudah puas Farah bertawaf dan bawa anda semua pun bertawaf di Mothercare, Atria Shopping Gallery melalui entri ini, tibalah masanya untuk acara seterusnya dimulakan... Acaranya di beri nama "Newborn Check List Quest"... Ala-ala "treasure hunt" gitchewsss... 


Tugas Tini adalah sebagai "emcee" dan juga sebagai tukang agihkan kumpulan-kumpulan kepada kami yang hadir pada hari kejadian...


Wajah ketua-ketua kumpulan yang sabar menanti diberikan anak-anak buah... Ingatkan terlepas dari turut serta...jadi jurugambar jer...Bha ha ha... Tini kata... "Farah jangan nak lariii... "you" kumpulan dengan Kim"...Ok ok ok... Terjebak juga akhirnya... Di dalam acara "Newborn Check List Quest" , setiap kumpulan perlu mencari barangan dari senarai yang diberi... Farah di dalam kumpulan yang ke-2 bersama Kim dan juga suami Annabelle Kong... 


Nahhh, lambakan barang-barang yang kami perolehi dalam sekelip mata... He he he... Strateginya...Farah seorang pergi fokus pada bahagian barangan mandian bayi, yang lagi dua tu... fokus bahagian "feeding" dan lain-lain... Yeayyy, kami menang!!! Gigih buka "wedges" tau tak??? Semata-mata nak lari dan bergerak cepat! 


Alhamdulillah, inilah set hadiahnya... Koleksi Buds - "Bottle & Utensil Cleaner", "Laundry Detergent", "Fabric Softener", "Floor Cleaner" dan "Anti-Bac Cleaner" untuk meja dan alat permainan anak-anak... Selesai acara, seperti biasa sesi bergambar-gambarlah kannn??? Oleh yang demikian, ini yang nak belanja anda gambar-gambar ni... Ya ampunnn...entri ni memang penuh dengan gambar...sewaktu melakukan "watermark"...Ada 32 gambar kesemuanya... Ha ha ha...Tak percaya...sila kira satu-satu bermula dari atas...ekekekeke... 


Anak dara ni kannn??? Puas aunty Farah suruh senyum, tapi tak senyum-senyum juga... Daddy dia kata sebab Zahra puasa...Ha ha ha... Tapi apa-apa pun Zahra memang tetap comel... 


Abang Qhaliff yang seorang ni tak payah suruh senyum, dia akan senyum sendiri...pandai bergaya depan kamera nih... "Like daddy, like son"...  


Pertemuan kedua dengan si cantik jelita Yasmin Hani Richardson!!! Awww..."sweet" sangat awak ni dan "gorgeous" sangat awak ni...Ngeh ngeh ngeh...Terharu bila Yasmin masih ingat Farah dan masih ingat URL blog Farah... Pertama kali kami jumpa di "event" Kimball, kali kedua adalah di sini... 


Bersama Noah yang comel!!! Hero Yasmin Hani... #ehh dah minta izin Mommy dia dulu tau sebelum "selfie" dengan Noah... Bukan main rembat jer... Farah memang sukakan kanak-kanak, bukan sekadar anak sendiri jer... anak-anak sesiapa pun Farah suka dan sayang...Hik hik hik... Tiada pilih kasih tau... Tapi anak sendiri tu lainlah sikit kann... Kesian pula kena tinggal anak Mommy... Hu hu hu...Kalau tak ramai jer "friend" dia boleh main sama hari tu... Hurmm...tak apalah... lain kali... 


Tini yang sangat peramah dan "adorable"... "Adore" Tini dan "adore" dengan "transformation" diri Tini sekarang... *_^ 


Sebenarnya daddy dia suruh jagakan dia sekejap...Tapi yang aunty sibuk nak ajak Zahra "selfie"... Dia tak mau pandang kamera...Jenuhlah aunty ni agah-agah dia...Daddy dia kata...Puasa...Dia tak nak... Ha ha ha... Tak apa lain kali kita cuba lagi.... Tak apalah, tetap "maintain cute" kan Zahra? 


Pertemuan kali kedua bersama Irma Hasmie jugaaaa... Kali pertama di "event" Planta tempoh hari.


Ha ha ha, gaya ibu-ibu kaedahnya... tu dah tak tau nak buat gaya apa lagi dah tu... bantai ajerlah... buat jerlah mana yang ada... Dah macam rupa "Charlie's Angel" pun ada ni...Ihikss.... "We are moms!!!" 

Gambar beramai-ramai nih... Ini dah nak dekat-dekat mengundurkan dirilah kiranya ni...


Wajah-wajah Mothercare gitchewss!!! Sekali sekala kannn??? Bukannya selalu...


Terima kasih "boss" kerana hajakkk... terima kasih Mothercare Malaysia... dan terima kasih juga untuk hadiah serta "goodies bag" yang diberikan... Upah untuk Ash yang kena tinggal...ekekekeke.... Ash memang sengaja ditinggalkan pada hari kejadian, kalau tidak Mommy dia nak berlari macam mana nak buat aktiviti? Nak ditinggalkan dengan siapa pula kann??? Errr...lagipun, dia kannn dah melasak... Untuk Farah beraktiviti dan membawa dia, risau kot-kot dia jadi apa-apa kalau tak ada orang tengokkan...Muahahaha..Makanya, tinggalll.... Sian anak Mommy...Tapi tak apalah, dapat upah kannn??? Punyalah tidurkan dia supaya tak menangis nak ikut... Tengok taktik nala baikk punya...Kalau jaga tu mau teriak sakan tuhhh.... 

Untuk Maklumat Lanjut Mengenai Mothercare, sila layari:



Yang tengah nak "shopping" untuk Raya tu, memang sangat digalakkan dan disarankan dan direkomendasi untuk melawat ke Mothercare...mudah, senang sebab segalanya di bawah satu bumbung, tambah-tambah lagi banyak pilihan...Yang tengah menunggu kelahiran cahaya mata tu punnn amatlah digalakkan... Dijamin berpuas hati bila membeli belah di Mothercare.... Kualiti barangan dan produk yang terbaik yang ditawarkan akan membuatkan anda rasa berbaloi-baloi.... 

Post a Comment

7Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Huh! jenuh kakak nak habiskan membaca Farah
    Seronok! meriah! happening sangat:)
    Tahniah sebab dah menang - ligat lari sebab tak pakai kasut kan hihi...

    ReplyDelete
  2. wah bestnya farah,.,,,nak pegi huhu..baju tu cantik2

    ReplyDelete
  3. seronok nyer farah.
    sgt seronok!!!
    and pasal foldable besen tu, kita serupa, aida x pernah tau pun.
    izzat pun da besar, mandi berdiri, tak payah dah ha ha ha....

    ReplyDelete
  4. wah seronoknya...

    *nota utk farah-saya suka baca entri farah, sgt menjaga bahasa, ayat, susunannya cantik (hahah..org dbp la sgt dieyana ni, melihat bahasa di blog), tak de farah..ini pujian ikhlas sy utk farah.....hahah okey, komen tk de kaitan dgn entri..ampunnn ;-))

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !