Memasak Ketika Hamil???

Farah Waheda Wahid
13
Sumber dari Google
Cepat-cepat-cepat... sila jujur...siapa yang rajin memasak semasa hamil dan siapa yang paling malas masak semasa hamil??? He he he, tanya orang... cuba tanya diri sendiri? Kalau tanya diri sendiri, jawapannya, sewaktu mengandungkan Iman Ash... Farah tetap memasak seperti biasa di dapur...dan sewaktu mengandungkan Iman Ash, sangat-sangat suka masak! Haaa...macam mana tu??? Yang dalam perut tu anak lelaki tetapi Mommy dia minat masak...Itu sebab sampai sekarang agaknya bila Mommy bekerja di dapur atau Nek Ma Ash bekerja di dapur, dia akan sibuk untuk turut sama membantu. Tapiii, bantu cara dialah...Hua hua hua... 

Tapi tulah kann, memasak dengan perut yang semakin membesar kadang-kadang ni buatkan kita yang hamil (#ehhh...sekarang tak hamil, cerita dulu... hu hu hu) jadi rasa kurang selesa...sangat-sangat kurang selesa. Ada "extra baggage" lah katakan... Itu yang jadinya kadang-kadang ada sesetengah wanita tu macam berat jer nak ke dapur disebabkan oleh rasa tidak selesa itu... Hik hik hik... 

Tapi sebenarnya ada jer cara yang boleh membantu tugas-tugas memasak menjadi selesa dengan mudah. Yang sepanjang kehamilan suami dok masakkan tu tolak tepi yer...Alhamdulillah, syukran... Bertuah anda tau, dapat suami yang ringan tulang...Heeee... "I is" tumpang "happy" untuk "uolss"... Yang mana suaminya memang kurang gemar duduk di dapur tu.... Dan kurang gemar makan di luar tu, walau macam mana pun nak air tangan isteri, mungkin boleh gunakan panduan-panduan yang digariskan dari sumber di SINI
  • Pastikan keadaan tubuh tegak dan kedudukan dapur separas dengan bahagian ulu hati. Ini dapat mengurangkan bahang kepanasan kepada ibu hamil.
  • Pastikan lantai dalam keadaan kering dan tidak berminyak agar dapat mengelakkan wanita hamil tergelincir. 
  • Gantikan barangan dapur yang sudah berkarat untuk mengelakkan ibu dan janin berhadapan dengan masalah kesihatan di kemudian hari.
  • Jangan mengangkat atau membawa bekas berisi air panas atau minyak panas dalam bekas yang besar. Ini kerana ketika mengandung sememangnya keseimbangan tubuh bakal ibu sedikit terganggu.
  • Elakkan berdiri terlalu lama. Sebolehnya kurangkan waktu memasak dan belajar untuk mencari cara memasak dengan lebih cepat.  
  • Memakai baju yang selesa ketika memasak. Sebolehnya gunakan baju yang boleh menyerap peluh.
Begitulah sepertimana yang disarankan... Heee... nah sebelum tu belanja gambar Farah ketika hamilkan Ash dulu... Hik hik hik...Gedik kan dok tempek gambar sendiri???  

Post a Comment

13Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Akak rajin jugak memasak ketika hamil farah , sebab masa hamil tak ada alahan bau..
    cuma akak cepat letih jer..

    ReplyDelete
  2. Fiza rajin memasak.. rasa nak makan je terus masak mana yg boleh..

    ReplyDelete
  3. awal2 mengandung xleh msk...alah bau tumisan tp lps tu rjin masak sbb nk suka sayur bayam so hr2 msk utk diri sndiri se simple boleh.nasi+syur bayam+sambal tumis/msk asam/goreng kunyit ke apa...hihihi.suami x mkn pon sbb x smpt nk msk suami dh p keja smula

    ReplyDelete
  4. awat tempek gambar tak nampak perot kak? hahaahaa
    zee dulu time peknen memang malas masak..nak makan masakan sendiri pon takde selera so kedai la penyelamat..kalo laki rajin dier yang tolong masakkan..

    ReplyDelete
  5. yup..hamil ke tidak tetap memasak..hehe

    ReplyDelete
  6. Sesiapa yang minat memasak try
    http://amazing-tm5.blogspot.com/
    pasti Terbaik

    ReplyDelete
  7. Terima kasih share tips..berseri2 kak farah masa preggy..skang pun bertambah seri :)

    ReplyDelete
  8. Sejak mula mengandung ni memang cukup tak suka nak memasak.. sebab tak boleh bau minyak.. jadinya lebih banyak membeli makanan je..

    ReplyDelete
  9. aida sederhana aje farah.
    ada masa, masak.
    tak larat, x masak :)
    hi hi hi... kira nyer xde perubahan dgn bila x mengandung.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !