Home » , , , , , , , » Mata Berair Ketika Memotong Bawang??? Jom Ikuti Tips-Tips Ini...

Mata Berair Ketika Memotong Bawang??? Jom Ikuti Tips-Tips Ini...

Sumber dari Google

Ha ha ha, siapa yang bila tiba waktu potong bawang jadi begini??? Sedih benar nampaknya setiap kali tiba acara memotong bawang di dapur... Sob sob sob...Choot choot choot bila memotong bawang... Sedih betul-betul sebab sedih ke atau sedih disebabkan mata pedih memotong bawang, itu individu masing-masing jer yang tau... Kalau sedih betul-betul sebab terkenangkan sesuatu tu tak dapatlah nak tolong, cumanya kalau sedih disebabkan bawang tu, bolehlah tolong juga... Heeee...

Tapiiii... ada ke yang memotong bawang sampai memakai "goggle"... macam gambar di bawah ni... 

Sumber dari Google
Hamboiiii, dahsyat betul!!! Sampai begitu sekali gayanya nak memotong bawang...Macam nak masuk dalam kilang atau buat kerja-kerja berat yang melibatkan penggunaan "goggle" jer... Ada juga yang rajin makan tetapi kalau suruh potong bawang, anda terus menolak? Jangan amal sangat yer, nanti orang terus kata kita pemalas, sekali pun sebenarnya mata anda jenis tidak tahan potong bawang. 

Habis tu??? Nak elak macam mana daripada mata berair ketika mengupas atau memotong bawang? Menurut sumber di SINI

Tips Elak Mata Berair Ketika Potong Bawang
  • Simpan bawang di dalam peti selama 20-30 minit sebelum memotong. Ini akan mengurangkan enzim yang dihasilkan oleh bawang.
  • Potong bawang di dalam semangkuk air. Cara ini dapat elak "gas" bawang tersebar di udara.
  • Cuba letak bawang di hujung pisau, kata orang dulu-dulu petua ini boleh elak daripada 'mata masuk habuk'.
  • Boleh guna cermin mata ketika potong bawang, ini dikira cara yang paling selalu orang buat. Ini boleh bertindak sebagai lapisan pelindung.
  • Cuci bawang dalam cuka sebelum potong. Ini mengurangkan risiko mata pedih dan bau kuat bawang.
  • Tips memasak lain adalah dengan merendamkan bawang dalam air selama 5-10 minit. Tambahkan sedikit garam untuk kesan terbaik.
  • Selalu gunakan pisau tajam untuk memotong bawang. Pisau tajam tidak akan memotong sel dan ini boleh kurangkan pelepasan enzim.
Ngeh ngeh ngeh...apa lagi alasan untuk anda elak??? Ada beberapa cara yang mungkin membantu supaya air mata anda tidak lagi keluar ketika memotong bawang. Yang baru-baru belajar masak tu, boleh sangatttt praktik tips ni, yang dah lama...lagilah boleh kannn??? Lepas ni tak perlulah takut-takut nak potong bawang lagi... 

Selamat mencuba semua!!! 

Dapatkan Artikel terbaru dari Situs ini melalui e-mail Anda.

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Mata Berair Ketika Memotong Bawang??? Jom Ikuti Tips-Tips Ini... , diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Monday, June 29, 2015.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

9 comments:

  1. Nice tips. Sue mmg dah pki cermin mata. Yg potong bawang dlm air tu sgt menarik.

    Boleh try nnt ^^

    ReplyDelete
  2. kalau time kenduri tu byknye bawang kena potong
    mata pun berair2 je
    lagi2 yag bawang merah tu..mencabar sungguh
    blh try petua ni..oh ya org tua guna tips yg letak bawang hujung pisau tu

    ReplyDelete
  3. Ooo patutlah, mata saya x pedih.Mungkin one of the reason,sebab sya specky gurl .kekadang tu pelik dalam tv knpelah orang tu kalau kupas bwang msti smpai menangis .Habit pulak suka kupas bawang start dengan hujung pisau utuk buat belahan,senang nak kupas .Kupas depan air atau di singki pun tabiat wajib,hehee.Nice tips:)

    ReplyDelete
  4. simpan sejuk tu mujarab
    yg lain tu bg MG xmkn saman
    nanges jgk ..hihi

    ReplyDelete
  5. selalunya guna cara rendam dalam air tu je..yang lain tak pernah buat..

    ReplyDelete
  6. biasa rendam dalam air atau cucuk kat pisau :)

    ReplyDelete
  7. Hehe.. Mak mentua cakap kalau berair tu mknanya byk penyakit dlm badan.. Cheq tak tau la betui ke dak..

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia

iWON.MY