Kelebihan Seorang Ibu Yang Bekerja...

Farah Waheda Wahid
11
Sumber dari Google
Farah kann...selalulah selalu "came across this type of statement"... tak kiralah di blog ke sewaktu ber-"blogwalking" ke ataupun di media sosial ke ataupun dari cakap-cakap mulut ke... Ada di antara ibu-ibu yang bekerja di luar sana dan sesekali termasuk diri ini bila "stress" dengan kerja...bha ha ha.. kadang-kadang tu terasa "envy" dengan ibu-ibu sepenuh masa yang menjaga anak-anak sendiri di rumah... Rasa tu macam kadang-kadang tu...cemburunya kerana kamu dapat melihat setiap inci perkembangan anak-anak kamu di hadapan mata sendiri tanpa ketinggalan sesaat pun saat-saat yang manis dan indah.... Macam kami ni yang bekerja... ada kalanya ketinggalan menyaksikan sesuatu perkembangan anak-anak sendiri tetapi disaksikan oleh pengasuh ataupun penjaga anak-anak kami sewaktu kami bekerja.... Haaa...dia macam "some sort of feeling like that" lah... Kalau tanya ibu-ibu yang bekerja... mungkinlah mungkin secara majoriti, bila suruh dipilih antara lebih suka bekerja di pejabat atau duduk di rumah mengasuh anak sendiri... Kebanyakan pada ibu mungkin lebih suka memilih duduk di rumah dan mengasuh anak sendiri... Itupun jika kewangan keluarga adalah stabil ataupun ada kerja-kerja secara "freelance" atau perniagaan atas talian dari rumah yang boleh dilakukan... 

Tak dinafikan tak semualah ibu-ibu suka nak duduk rumah jer dan tak bekerja... Ada ibu-ibu lebih suka bekerja. Dan ada di antara ibu-ibu itu, teringin sangat nak duduk di rumah jaga anak sendiri... lihat anak membesar depan mata segala bagai. Disebabkan keadaan ekonomi keluarga yang tak berapa nak kukuh...suka atau tidak ibu-ibu terpaksa juga bekerja. Lagi-lagi di dalam zaman yang serba mahal ni kannn??? 

Bagi Farah lah...tak dinafikan apa yang selalu terlintas di fikiran seorang ibu bekerjaya adalah soal tunaikan tanggungjawab sebagai isteri dan ibu kepada keluarga tersayang. Mungkin benar harta benda tidak boleh membayar harga sebuah kasih sayang. Tapi jika sebagai seorang wanita, kita ada peluang untuk terus kembangkan kerjaya dan ilmu, kenapa perlu berhenti langkah untuk mengejar impian yang sudah terbuka luas? Tanpa mengabaikan tanggungjawab kita sebagai isteri dan ibu...Memang "struggle" bila jadi ibu, jadi pekerja, jadi isteri tambah sikit...jadi blogger...heee.... Cumanya... apa yang boleh Farah cadangkan... cuba ibu-ibu bekerjaya melihat sesuatu yang telah dibina dalam dunia kerjaya dari sudut positif seperti yang dicadangkan oleh artikel INI

Gembira Dengan Cara Berbeza
Walaupun jadual padat, letih emosi dan tekanan yang selalu muncul, anda tetap punya jalan gembira di penghujung setiap bulan. Weeee... Malah apa yang anda mahu, mampu dimiliki dengan mudah tanpa perlu menunggu sebuah pemberian daripada orang lain. Lagi seronok apabila kestabilan kewangan dalam keluarga anda mampu dikongsi dengan adik-beradik dan orang sekeliling dengan mudah. Cukup berbaloi, bukan?

Jangan Banding Soal Pilihan Kehidupan
"Perbandingan adalah pencuri kegembiraan" - Theodore Roosevelt

Lupakan soal perbandingan dengan kehidupan suri rumah sepenuh masa. Ya, ada sesetengah ibu selalu berkongsi yang nampak menarik dan terlalu istimewa dapat fokus anak-anak di rumah. Tetapi adakah anda pernah terfikir "pahit" kehidupan yang tidak dikongsi di media sosial. Anda tinggal di "planet" yang berbeza, jadi tidak ada gunanya jika terus membandingkan kehidupan dengan orang lain. Lagipun, rezeki bahagia itu berbeza-beza.

Ambil Yang Positif
Ya, anak mungkin kena tinggal dan dikatakan tidak cukup kasih sayang, namun keperluan dan kehendak anak-anak yang masih kecil anda mampu ditunaikan. Kadang untuk menghantar anak ke sekolah juga, pasti ibu-ibu mahukan yang terbaik. Jadi semua itu satu bonus bagi ibu yang bekerja, mampu memilih yang terbaik walau terpaksa keluar mencari rezeki.

Hargai Masa Yang Ada
Ibu bekerja masih mampu mencurah kasih sayang setelah pulang dari pejabat, layan emosi anak-anak dan suami sebaik mungkin tanpa pilih kasih. Jangan sesekali membawa pulang ke rumah hal kerja kerana anda sendiri tahu "hutang" masa anda dengan anak sentiasa ada. Jadi gunakan masa yang ada untuk membelai mereka walau penat membaluti diri.

Tidak sepenuhnya masa dengan anak-anak memang benar, tetapi suatu masa mereka juga akan ke sekolah. Malah menjadi suri rumah sepenuh masa juga penuh dengan kerja harian, jadi kenapa perlu jadikan alasan penat bekerja menyebabkan anda tidak boleh manjakan anak-anak???

Anak Boleh Berdikari
Percayalah apabila anda berada di tempat kerja, anak-anak dengan sendiri akan mengambil beberapa tanggungjawab uruskan rumah dan lebih seronok melihat anak yang masih kecil mula pandai bergaul dengan rakan sebayanya. Dari segi kerja rumah, mereka akan saling tolong-menolong dengan adik-beradik walaupun akan ada banyak pergaduhan dan hujah.

Sokongan Insan Terdekat
Haaa...ni penting ni penting...sudah tentu anda tidak boleh melakukan semuanya dengan satu tangan. Cukup bernasib baik jika anda mempunyai keluarga dan pasangan yang memahami serta saling membantu menguruskan hal rumah tangga. Ada keluarga terdekat yang sanggup luangkan masa dengan anak-anak anda. Namun, jangan pula ambil kesempatan ok??? Jika sudah berdepan dengan anak-anak dan suami, seeloknya anda perlu mengambil alih selesaikan apa yang patut. Sentiasa pikat keluarga dengan air tangan sendiri walau menu yang dihidang paling ringkas dan tidak banyak pilihan. 

Yang jadi suri rumah rumah sepenuh masa tu janganlah terasa pula dengan entri Farah...Tak ada niat di hati nak merendah-rendahkan pun kannn??? Baca betul-betul ada ke Farah sindir ke? Atau kata apa-apa yang tak elok ke? Tak ada kannn??? Tak terlintas langsung ok.... Ini nak menaikkan semangat ibu-ibu bekerja di luar sana yang mungkin rasa "down" sangat bila tengok ibu-ibu yang bergelar suri rumah sepenuh masa gembira dengan kehidupan yang mereka jalani...

Sebenarnya kannn... tak kiralah apa pun kita ni...akan sentiasa ada orang-orang yang datang mengkritik dan mempersoalkan tentang keselamatan meninggalkan anak-anak dengan orang lain. Tetapi ramai di kalangan kita tidak sedar bahawa kehidupan hari ini memerlukan satu pengorbanan jika mahu ke depan dan lebih selesa. Sekali pun mahu fokus dengan menjaga anak sendiri, anda masih boleh membantu kewangan keluarga dengan bekerja dari rumah. Segalanya menjadi mudah jika anda sentiasa tolak tepi apa yang orang lain akan fikir. 

Post a Comment

11Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Ni mesti kes banding fulltime housewife dgn ibu bekerjaya kan.. Hmm.... Malaih aih nak berlawan dgn puak tu... Macam diorg je lah terbaik... Geram kadang... Suka bandingkan.. Tak matang betul..

    ReplyDelete
  2. hurmmm nanti kita kawen, nak je duduk rumah jaga anak jaga rumah..
    tapi tulah, zaman sekarang ni nak harap husband je kerja kang tak cukup pulak..

    ReplyDelete
  3. kena sentiasa positif.. buat je selagi mampu

    ReplyDelete
  4. kadang akak ada gak terfikir camtu tp akak cuba yg terbaik utk anak².. walaupun bekerja kita masih boleh luangkan masa jika kita pandai bahagikan masa.. janji anak² tak terabai..

    ReplyDelete
  5. ibu bekerja blh tambah pendapatan keluarga..utk kptgn masa depan
    suri rumah pun ada kelebihannya tersendiri..
    masing2 ada kelebihan..
    yg penting anak2 membesar dlm keadaan yg sempurna, kasih syg mencukupi, dpt didikan terbaik..

    ReplyDelete
  6. kalau duit dah berkoyan memang xmau kerja dan jaga anak kat umah ja kan kak.. huhu.. cakap mcm dah ada anak ja saya nii.. :)

    ReplyDelete
  7. ibu bekerjaya ni, memang rasa penat. tapi itu la.. kena berkorban. lagi-lagi dengan kehidupan sekarang ni yang sana sini perlukan duit. Alhamdulillah, setakat ni masih ada masa untuk keluarga walaupun bekerja.

    ReplyDelete
  8. saya bru plan nak jadi fulltime housewife... uwaaaaaa... tapi idop skang perlukan duit jugak.. kesian pulak kat asben sorang-sorang keje.. zaman skang ni paham-paham laaa...

    ReplyDelete
  9. HYEEE...AKHIRNYA ! DAPAT JUGA BLOGWALKING..SYIRALOKMAN CUTI SEM :D JOM KE BLOG ..BANYAK GIVEAWAY AND CERITA NAK KONGSI :D

    ReplyDelete
  10. yes. aida ni pun kekadang jeles tgk surirumah.
    but somewhere somehow kita masing2 ada kegembiraan masing2 kan.
    buat pe nak nyesal.
    just go on and enjoy !

    ReplyDelete
  11. setiap ibubapa inginkan yang terbaik utk anak mereka...semoga farah terus tabah dan sabar menghadapinya....

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !