Ke Klinik Kesihatan Lah Pula Kita...

Farah Waheda Wahid
13
Kali terakhir adalah di Klinik Kesihatan Seksyen 7 Shah Alam sewaktu melakukan ujian darah untuk tujuan dokumen pernikahan dan bagi hospital kerajaan pula adalah di Hospital Sg Buloh sewaktu hampir kepada tarikh pembedahan yang mana pada asalnya Dr.Rafi dari Hospital UMRA menolak kes komplikasi kandungan Farah ke Hospital Sg.Buloh, kemudian adiknya Dr.Niraj sanggup untuk menerima kes Farah dan melakukan pembedahan bersalin untuk Farah di Hospital UMRA. Selepas pada itu, memang Farah tidak pernah singgah ke mana-mana Klinik Kesihatan ataupun hospital kerajaan lagi. Bukannya nak berlagak dengan mengatakan duit Farah banyak ataupun berniat menyampaikan bahawasanya Farah tidak berapa percayakan hospital kerajaan. Tak pernah sekali pun terfikir begitu. Cuma, yang menjadikan Farah ke klinik dan hospital swasta adalah jarak perjalanan dan juga kelapangan ruang waktu. Faham kan??? 

Sumber dari Google

Hari ini setelah sekian lamanya, memandangkan Farah pun MC disebabkan kurang sihat, Farah mengambil kesempatan dan ruang untuk mencuri masa membawa Ash ke Klinik Kesihatan atau Klinik Desa di kawasan perumahan Farah. Ash tak sihat? Bukannn... Ash Alhamdulillah sihat jer... Farah ke Klinik Kesihatan atau Klinik Desa tersebut disebabkan ingin menguruskan tentang suntikan vaksin untuk Ash pada usia 18 bulan. Ini kerana, semua klinik swasta yang Farah pergi semuanya kata tiada stok vaksin 3 serangkai yang berkenaan. Dan doktor menasihatkan agar suntikan tersebut didapatkan di Klinik Kesihatan yang berdekatan hanya kerana vaksin tersebut kini hanya boleh didapati di hospital kerajaan ataupun Klinik Kesihatan. 

Bukan Farah sahaja yang mengalami situasi yang sama, BFF Farah yang mempunyai anak yang sebaya dengan Ash pun menghadapi masalah yang sama. Dan beliau telahpun selamat menyuntik vaksin tersebut kepada anaknya di Klinik Kesihatan. Katanya menurut doktor kalau mahu melakukan suntikan di hospital swasta ia menelan belanja atau kos sebanyak lebih kurang anggarannya RM 500.00. Hurmmm... Boleh pergi ke hospital swasta lagipun Ash boleh memakai kad perubatan sama ada di bawah Abah Ash ataupun Farah. Tidak perlu bayar pun. Cumanya, lokasi dan jarak perjalanan tu. Farah balik kerja dah pukul berapa? Dan sampai rumah dah pukul berapa? Hujung minggu ada sahaja aktiviti... Ok alasan... Cuma cari masa? Mengomel pada diri sendiri. Nak pergi hari ni badan pula kurang sihat. Sebab tu ambil kesempatan untuk bertanya dan kalau boleh dapatkan suntikan di Klinik Kesihatan hari ini. 

Dah selamat ke Ash disuntik??? Belum lagiiii.... Untuk hari ini, Ash selamat lerrr... Sebabnya perlu melakukan temujanji dahulu dan untuk kawasan lorong Farah tinggal, temujanji hanyalah pada hari Isnin dan Rabu sahaja. "Demm"... Ingatkan nak "save" cuti, nampak-nampak gayanya kena ambik cuti juga lah ni. Terus kepala ligat berfikir nak minta tolong Atuk Ash untuk lari sebentar dari tempat kerja dan bawa Ash pada hari yang berkenaan. 

Bulan Jun 2015 ni memang agak banyak sedikit cuti nampak gayanya sebab terlalu banyak urusan yang perlu diselesaikan. Nak sayang tak nak sayang, nak cuti tak nak cuti, kena cuti juga sebab semua perkara adalah tersangat penting untuk diuruskan. Sudahnya Ash tak disuntik punnn hari ini... Masih menunggu panggilan temujanji dari jururawat yang bertugas... 

*Dah lama tak kena suntik ni... Mesti meraung anak teruna ni nanti...Ngeh ngeh ngeh....

Post a Comment

13Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Dulu saya pun bersalin di UMRA.. Apa komplikasi Farah ekk? Dulu saya pun bawa anak saya amik vaksin di UMRA... masa dulu...xde pun masalah stok abis ke apa... cuma sekarang perasan, banyak vaksin takde.. kalau nak betul2 ikut jadual... memang elok gi klinik kesihatan... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Diana, komplikasi Farah adalah Placenta Previa, atau dalam erti kata lainnya uri tidak naik ke atas....

      Delete
  2. Kawan saya ramai yang macam farah..biasanya ke swasta je sebab nak cepat kan..tapi memang diorang cakap takde stok.semua ke KK sebab perkara ni.katanya, gomen tak supply ubat tu pada mereka buat masa sekarang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha ah, begitulah kesnya, sebab tu nak tak nak terpaksa juga ke Klinik Kesihatan...

      Delete
  3. kena buat persedian mental la nak mengadap Ash meraung kena suntik nanti..hahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha ha ha, tak apa, pegang jer dia, nanti lepas suntikan tu senyaplah...cuma harapnya dia tak demam dah lah... hu hu hu....

      Delete
  4. suntikan last ye?? ash kan hero, malu lah kalo nangis hikhikhik

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha ha ha, tapi kalau dia nak nangis, dia nangis jugak....

      Delete
  5. Ash kuat msti x nangis pnya...abg Aqil pon x nangis...Ash boleh!!!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. abang Aqil lagi kuat dari Ash... Ash ni manja dan shada-shada lebihhh....

      Delete
  6. samala kita farah....utk 3 serangkai tu sudahnya ke klinik kerajaan juga sbb tak ada stok katanya.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !