Home » , , , , , , , » Jenis-Jenis Makanan Yang Membuatkan Bayi Cepat Gemuk...

Jenis-Jenis Makanan Yang Membuatkan Bayi Cepat Gemuk...

Sumber dari Google
Gerammm!!! Bila tengok kanak-kanak atau anak-anak kecil yang badan tegap, montok dan montel...He he he... Geram-geram tengok anak orang debab, geram lagi tengok anak sendiri yang sememangnya makan banyak mana punnn, menyusu banyak mana punnn... tetap "maintain" kecil molek macam tu... Ash memang macam tu, kalau kembangnya bahagian pipi labuh tu jer lahhh... Dalam banyak-banyak bahagian susuk tubuh Ash...Ash akan nampak berisi dan "win" di bahagian pipi yang walaupun tak berapa nak labuh tetapi labuhlah jugak...Agagagaga.... Tak adalah sedih ke, "frust" ke, atau rasa semacam ke bila dah sememangnya susuk tubuh Ash jenis yang kecil molek dan bukan jenis yang debab... Bersyukur seadanya... #syukurselalu... Asalkan sihat luaran dan dalaman itupun dah cukup membahagiakan dan Alhamdulillah bagi Farah... 

Setakat ni, berat badan Ash ideal lah bila pergi "check-up"...tiada masalah "underweight" ataupun yang lain-lain... Berat badan ni merupakan salah satu perkara yang ibu bapa perlu ambil perhatian ok? Jika pada ketika ini, bayi anda sudah mula makan tetapi berat badannya masih belum ideal, anda perlu memberikan sedikit perhatian supaya kesihatannya tidak terganggu. Cara mudah agar bayi anda cepat gemuk??? Ha ha ha, sebab ada ibu bapa memang nakkan anak-anak kecil mereka gemukkan??? Mudah sahaja... Ianya adalah dengan meningkatkan pengambilan kalori agar berat badan bayi anda kembali normal. Kalau nak dapatkan kepastian, dapatkan nasihat doktor bagi menentukan berapa banyak kalori tambahan yang diperlukan untuk membantu menaikkan berat badan bayi atau anak kecil anda agar tidak terlalu kurus. 

Dan sebagai ibu bapa, daripada satu artikel di SINI, disenaraikan jenis-jenis makanan yang boleh membuatkan bayi atau anak kecil anda cepat gemuk... 

Susu Formula / Susu Ibu
Walaupun sudah makan banyak makanan dengan varian yang berbeza, susu merupakan makanan yang wajib diberikan diselang seli dengan makanan tersebut. Jika bayi atau anak kecil anda masih menyusu, teruskan kerana pada ketika ini bayi atau anak kecil anda sebenarnya masih memerlukan nutrisi dari susu formula dan air susu ibu. Jika anda memilih untuk memberikan susu formula kepada bayi atau anak kecil anda, pastikan ia mempunyai tinggi lemak dan kalori, tetapi kurang gula kerana ia boleh membuatkan bayi atau anak kecil cepat gemuk. Setelah bayi atau anak kecil kenyang, di saat bayi atau anak kecil mahu tidur, berilah susu lagi sehingga dia tertidur. Minum susu sampai bayi atau anak kecil tertidur merupakan cara paling mudah untuk membuatkan bayi atau anak kecil gemuk.

Makanan Berkalori
Makanan yang berasal daripada gandum atau biji-bijian juga mengandungi banyak kalori, tetapi juga merupakan makanan sihat untuk menambah nutrisi bayi atau anak kecil anda. Pasta gandum yang dipotong kecil-kecil juga merupakan makanan berkalori tinggi dan boleh membuatkan bayi atau anak kecil cepat gemuk dan sihat. Selain itu, pengambilan "oatmeal" juga boleh membuatkan bayi atau anak kecil anda cepat gemuk.

Pilih Buah-Buahan & Sayur-Sayuran Berkalori Tinggi
Beberapa jenis buah-buahan dan sayur-sayuran yang mengandungi banyak atau besar jumlah kalori. Ia akan membantu bayi atau anak kecil anda mendapatkan berat badan yang lebih baik serta nutrisi penting untuk pertumbuhan yang sihat. Berikan bayi atau anak kecil anda beberapa potongan kecil avocado. Buah avocado tinggi lemak yang sihat dan memberikan efek yang baik untuk jumlah kalorinya. Selain itu, kacang, buah pear dan pisang juga merupakan makanan sihat untuk bayi atau anak kecil anda. Tambahkan satu sudu teh minyak zaitun atau mentega ketika memasak sayuran bagi menambah kalori tambahan atau cincang buah dan tambahkan susu "yoghurt" untuk meningkatkan kalori.

Ikan
Ikan adalah makanan bayi sihat buat bayi yang berusia setahun. Tetapi, anda boleh memberikan sedikit demi sedikit biarpun usianya belum mencapai setahun. Ikan boleh diberikan dengan mengukus dan dikisar lembut tanpa diberikan perencah atau serbuk perasa. Ikan adalah sumber protein, vitamin dan mineral. Omega 3 asid lemak dalam ikan terutama ikan salmon segar sangat penting untuk perkembangan otak bayi anda.

Inilah yang dikatakan cara atau teknik menggemukkan anak-anak secara sihat...Hik hik hik... Tentang ikan tu kannn??? Ash makanlah ikan, tetapi dia macam kurang gemar dengan ikan... Cara lain, Farah memang berikan Ash Scott Emulsions... Supaya dapat nutrisi ikan dan Omega 3 tu kannn??? Selain itu, atas preskripsi dari PAED, Ash juga diberikan Appeton bagi memastikan dia cukup dengan multivitamin... Anak "I is" ni, ada "mood" kalau makan... Ada masa nak makannnn jerrr...ada masa, bagilah kot mana celah mana kalau dia kata tak mahu, tak mahulah juga dia... Hu hu hu... 

Pada ibu bapa yang bercadang nak mendebabkan anak atau nak anak jadi debab, mungkin boleh mula memastikan jenis-jenis makanan di dalam pemakanan seharian anak-anak anda... *_^ 

Dapatkan Artikel Terbaru Dari www.bubblynotes.com Melalui E-mel Anda

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Jenis-Jenis Makanan Yang Membuatkan Bayi Cepat Gemuk..., diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Friday, June 19, 2015.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

12 comments:

  1. irine ,masa baby adalah sangat bambam org yg nampak.. tp yoorin nampak dia biasa je sebab dia lahir pon boleh kategori big baby..huhu.. bila org asyik cakap die debab je, rasa mcm sentap takut dia obes pulak bila besar. hahahaha.. tp sekrg start dah berjalan, dah slim balik.. takpelah nak..janji sihat kan,,

    ReplyDelete
  2. ooo baru tau, nak share ngan adik anum la

    ReplyDelete
  3. Kalau gemuk sihat takpe, takut jadi yang sebaliknya. Erks.

    ReplyDelete
  4. Good sharing tu Farah..
    Anak akak masa baby semuanya cubby...
    Berketak-ketak badannya..
    Bila dah sekolah ni semuanya kurus kering..

    ReplyDelete
  5. Aqil chubby maybe sbb susu byk...mkn pon byk :p

    ReplyDelete
  6. Memang suka tengok budah chubby Farah. Tapi yg bimbangnya chubby sampai remaja tak ke nanti disalahkan mak/ayahnya. Biarlah macam Ash labuh pipi. Sebab first impression org mestilah tengok muka kan..kan... hihi...

    ReplyDelete
  7. anak2 aida masa baby chubby.
    da start masuk 1 tahun lebih gitu, kurus :(
    puas bagi makan, bagi susu, semua x gemuk2 jugak hu hu hu...
    tapi sihat. kuat makan plak tu. badan aje x naik.
    lain ler ibu nyer ni hah, pantang lebih makan badan naik !!!

    ReplyDelete
  8. nice info.... chubby tu comel tau.........

    ReplyDelete
  9. Good sharing dear, ash makan scoot emulsion ye...sama mcm abg Qi tu...sedapppp

    ReplyDelete
  10. betul tu sis.
    rania pon alhamdulillah. graf pertambahan berat ok je setiap kli pergi check up. bmi pon ok.

    semua makann yg disebut, alhamdulillah rania terima dfn baik.

    cma skeg dh pandai kalau xnk makan. suka main sembur sembur.adoiii .
    mmg ikut mood juga

    ReplyDelete
  11. Penulisan yang baik. Blog pun cantik. Hehe btw, boleh ke blog saya untuk info-info kekal cantik dan slim-melim.

    >>> Yang GEMUKK Nak KURUS?! <<<

    .

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia