Iftar Di Dalam Kereta...

Sumber dari Google
Pekeliling telah dikeluarkan pagi ini dan menyatakan... "pekerja beragama Islam yang bekerja mengikut masa waktu biasa dan tidak berkaitan dengan bahagian operasi dibenarkan balik setengah jam (1/2 jam) lebih awal. Pekerja Islam dikehendaki mengambil rehat untuk setengah jam semasa waktu makan tengahari biasa. Para pekerja Islam dikehendaki untuk memaklumkan jadual kerja kepada penyelia masing-masing untuk memenuhi syarat waktu bekerja 8 jam sehari.". Itu bermakna, bolehlah mengundurkan diri dari pejabat ni pada jam 4.30 petang yer tak??? Ngeh ngeh ngeh... 

Bila dah namanya Federal Highway ataupun NKVE menjadi laluan ulang alik ke pejabat saban hari... Kesesakan lalulintas itu adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan...Dan bila tibanya bulan Ramadhan, boleh dibayangkan betapa teruknya laluan-laluan tersebut... Namun, NKVE tidaklah seteruk Federal Highway kot? Ke sama sahaja kedua-duanya? Sebab sebelum-sebelum ini Farah belum pernah menggunakan laluan NKVE untuk balik ke rumah sewaktu bulan Ramadhan... Laluan NKVE yang dimaksudkan adalah bermula dari Tropicana City Mall...Ini adalah yang pertama kali kot, Ramadhan nak balik rumah menggunakan NKVE...Hik hik hik...Al-maklumlah dulu bekerja sebelah sana nun, sekarang ni sebelah sini nun.... Hik hik hik...Walaupun tak jauh...tetapi disebabkan laluan NKVE itu lebih dekat, kita gunakanlah yang terdekat... Kalau boleh sebenarnya, memang nak elakkan Federal Highway tu... 

Orang perempuan ni, bila tiba bulan Ramadhan, lebih-lebih lagi mak-mak lah kannn? Memang "rushing" jer kerjanya... Bila habis waktu pejabat, mesti berkejar-kejaran nak pulang ke rumah dengan secepat mungkin dan nak tiba secepat mungkin. Bukannya apa, nak masak untuk juadah iftar... Bagi Farah secara peribadi, Farah lebih suka memasak sendiri di rumah setiap kali Ramadhan...Bila nak membeli atau memborong di Bazar Ramadhan tu, kebiasaannya akan membeli kuih muih sahaja ataupun beli laksa ke, mee sup ke, kuey teow sup ke... benda-benda yang macam tu.... Nasi, lauk semuanya kalau boleh nak masak sendiri di rumah... Walaupun suami ada bersama-sama ataupun tidak ke, tetap nak masak sendiri... Hu hu hu...Al-maklumlah, kos sara hidup semakin tinggi sekarang ni, barang-barang pun semakin mahal...Jadi kenalah berhemah sedikit di dalam berbelanja... Kalau makan sambal ikan bilis dengan nasi pun untuk iftar tu pun dah kira ok dah tu...Heee... Selera juga kannn??? 

Tapiii... walaupun keluar awal...potensi untuk iftar di dalam kereta itu tetap ada... Tiba-tiba terfikir...Apakah hari ini, di Ramadhan yang pertama ini Farah akan bakal berbuka di dalam kereta seperti tahun-tahun sudah... Ha ha ha... Tahun lepas pun gitchewss... Punya semangat nak sampai rumah awal, tetapi disebabkan tersekat di tengah-tengah Federal Highway, langsung jadinya beriftar di dalam kereta... Sebenarnya, kalau boleh, hari ni Ramadhan yang pertama, hari yang pertama, naklah berbuka bersama-sama Ash di rumah... He he he... Sebab nak tengok gelagat dia bila orang semua sibuk nak berbuka... Mesti macam tahun sudah, dia pun sibuk sama... Ash Pun Puasa Jugak Tau!!! ... Alamatnya, bakal berperang jugalah ni dengan Ash... He he he... Tapi tak taulah macam mana kann??? Tu yang kalau boleh nak tengok gelagat dia nanti... Hik hik hik... 

Potensi tu ada nak beriftar di dalam kereta, tetapi kalau bolehnya janganlah untuk hari yang pertama dan minggu yang pertama ni...Ha ha ha...Sayu weiiiii beriftar sorang-sorang dalam kereta... Tak berteman...Macam rasa pelik dan janggal jer... Tapi...iftar dalam kereta tu bukanlah sesuatu yang pelik punnn...Sebab tahun-tahun sebelum ni pun merasa juga... Cumanya kalau boleh tak nak... Hik hik hik... 

Dapatkan Artikel terbaru dari Situs ini melalui e-mail Anda.

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Iftar Di Dalam Kereta... , diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Thursday, June 18, 2015.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

13 comments:

  1. RASANYA KALAU BULAN PUASA LAGI TERUK JEMNYA

    ReplyDelete
  2. Kena standby mknn siap2 la kan.. Hari ni suami hantar dan ambil... Mmg potensi nak terperangkap tu takde.. Insha Allah.. Moga dipermudahkan..

    ReplyDelete
  3. Sian farah ye.. Semoga sentiasa sabar ye.. Comel jer bila tgk anak2 sebok waktu berbuka.. tambah2 bila berpuasa..

    ReplyDelete
  4. jem pula jadi masalah kan..memang payah nak memasak gitu..
    bab pekeliling, kompeni saya dah keluarkan sebulan yang lepas..awal 1/2jam sama je tiap tahun..kan bagus kalau waktu rehat terus takde..lagi awal..ngeh2

    ReplyDelete
  5. hakikatnya gitu Farah
    walaupun sebenarnya jarak perjalanan tak jauh
    tapi bila sesak je kemungkinan berbuka dalam kereta tu ada

    ReplyDelete
  6. pernah gak berbuka dlm keta, x sempat sampai umah
    yg penting ada kurma n air..haussssss
    sampai umah terus makan puas2..kenyang...

    ReplyDelete
  7. Bulan puasa jem lagi parah kan ,yg patut sejam jadi dua jam, al maklum sume pakat kdjar nk balik bbuka

    ReplyDelete
  8. alhamdulillah jarak umah umi dgn ofis amik masa 10 mnt je so kalau lambat kuar ada jem sempat gak la sampai umah sblm berbuka...biasanya kalau yg dah biasa berbuka dlm kete mesti dah siap sedia dgn bekal utk berbuka kan,ye dak?

    ReplyDelete
  9. shaila semalm nak dekat 2 jam tersekat dalam jem...hurmmmm..

    ReplyDelete
  10. kena sedia makanan lah lam keta..or siap2 beli awal..hehe

    ReplyDelete
  11. alhamdulillah :)
    aida x pernah lagi iftar dlm kereta setakat ni.
    next week tak tau lagi.
    da keje jauh ni hu hu hu...

    ReplyDelete
  12. Selamat berpuasa dan selamat menjalani segala ibadah bulan ramadan dengan baik...
    senang nanti singgah www.mieranadhirah.com

    ReplyDelete
  13. yang penting ade bekalan dalam kereta :)

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia

iWON.MY