Home » , , , , , , , , , , , » Hilang Penat Mommy Kerja Siang Malam...

Hilang Penat Mommy Kerja Siang Malam...


Masih terngiang-ngiang lagi kata-kata mereka yang rapat di sekeliling Farah satu waktu dan ketika dahulu... "Allah kurniakan awak anak lelaki bersebab Farah...Sebab anak lelakilah yang akan jaga awak nanti dan anak lelakilah yang akan bantu awak nanti, anak awak adalah kekuatan awak..."... Ya, itu Farah tidak nafikan, sememangnya Ash adalah kekuatan Farah... Sebenarnya, dahulunya Farah memang teringin sangat "gegirl" tetapi Farah tidak pula rasa menyesal atau menolak dikurniakan anak lelaki. Malah bersyukur, asal sihat, sempurna, cukup sifat itu sudah memadai. Dan bagi anda yang membaca ayat-ayat di dalam entri ini, jangan pula tersalah tafsir dengan beranggapan Farah mengatakan anak perempuan tidak boleh menjaga ibu bapa. Salah tu...Apa yang mereka katakan adalah berkaitan dengan situasi dan keadaan semasa Farah... Jadi sekiranya anda tidak tahu menahu langsung apakah di sebalik kehidupan Farah, jangan semberono membuat kesimpulan yer??? Ihiksss... 

Rutin hujung minggu kami salah satunya adalah membeli-belah barangan keperluan memasak, bahan-bahan memasak untuk tempoh seminggu. Itu sahajalah masa yang ada serta bersesuaian untuk melakukan aktiviti ini. Hari bekerja memang tak dan lahhh... Kerana bertolak sebelum matahari terbit dan pulang setelah matahari terbenam. Bagi menjimatkan masa Farah cuba mengaturkan hujung minggu untuk melakukan aktiviti ini. Dan inilah kebiasaan kami di hujung minggu. Salah satu hari, sama ada Sabtu ataupun Ahad. 

Hujung minggu yang lepas, kami ke AEON Bukit Raja, Klang kerana ada tujuan ke situ. Ingin mencari "air cooler" untuk keperluan tidur malam Ash. Itu cerita yang akan dikongsikan di dalam entri lain. Orang kata sambil menyelam minum air yer tak? Kebetulan ada pasar raya di AEON kan? Makanya Farah mengambil kesempatan dan mencelah di situ untuk membeli barangan keperluan dapur bagi mengisi tekak harian kami sekeluarga. Ngeee... 

Semakin menginjak usia, semakin hampir dengan usia 2 tahun, Ash menunjukkan banyak sangat perkembangan terutamanya dia merasakan diri dia sudah cukup matang untuk menghulurkan bantuan kepada Mommy dan Nek Ma. Errr... Tak tau kenapa sebak ketika menyediakan entri ini. Ecehhh... Emosi pula menyediakan entri ini tau tak? Alaaaa.... Tak suka emosi!!! Tapi sekali sekala perlu dilepaskan juga yer tak? Simpan punya simpan nanti boleh jadi meletopss letopsss... Tapi Farah sentiasa ingatkan diri Farah setiap hari agar kalau nak meletopsss punnn biarlah berpada-pada dan berbatasan dan jangan sehingga terlalu mengikut emosi yang mendatangkan akibat atau kesan yang buruk untuk diri sendiri. Akibat atau kesan yang buruk ini, ada pelbagai aspek, ada pelbagai sudut dan ada pelbagai segi. Bukan apaaaa, fikir panjang sebelum mengeluarkan sesuatu gitchewsss... He he he...

Entri ini tentang Ash, entri ini menceritakan tentang bagaimana Ash ringan tulang membantu Farah tanpa disuruh. Allahuakbar, tiba-tiba rasa macam bergenang-genang ajer air mata di kelopak mata ini. "You touch my heart Mommy's sweetie pie..."... Sekarang ini semakin kerap tau Ash main sentuh-sentuh hati Mommy ni. Ketika Mommy sampai ke rumah dari pejabat, dia dah setia menunggu di pintu rumah, Mommy memberi salam dia pun berbunyi "kum"... Maksudnya Assalamualaikum... Selepas itu dia akan tarik tangan kanan Mommy dan salam serta cium. "Melting..."... Lagi-lagi tambah "melting" kalau Mommy bawa apa-apa beg plastik dia akan tarik dari tangan Mommy dan cuba bawa masuk ke dalam rumah. Kalau beg plastik tu berat, Mommy tak bagi, dia akan menangis, jadi terpaksa beri sambil pantau dia... Hu hu hu... Kalau berat pada dia, dia akan seret dengan sepenuh tenaga atau kudrat yang ada... Huwaaaa... Apasal menitis air mata pada skrin telefon ni??? Dush dush dush...

Tak cukup dengan itu, bila tiba "bonding time" sebeum waktu tidur, dia akan cium pipi Farah kiri dan kanan berulang kali dengan bunyi "ermmm ermmm"... Oh anak... Ini bukan cerita rekaan bagi menyedapkan isi entri pada kali ini... Tetapi memang benar-benar berlaku dan Allah tahu.... 

Dan berbalik kepada kisah di AEON Bukit Raja, Klang... Sekali lagi Ash telah mencairkan hati Farah...


1 tahun 6 bulan... bagi Farah ianya adalah usia yang terlalu kecil untuk berfikiran panjang dan melakukan sebegini. Atau apakah Farah yang "underestimate"??? Hu hu hu... Setelah selesai memilih barangan, kami ke kaunter pembayaran dan dari apa yang anda lihat, itulah aksi Iman Firash yang benar-benar dilakukan sendiri tanpa disuruh. Ya memang benar bagi segelintir dari anda ianya adalah aksi biasa yang mana-mana kanak-kanak akan lakukan. Dan tiada apa yang perlu dihairankan sangatttt... Farah tak hairan tetapi Farah tersentuh... al-maklumlah... Ash anak pertama Farah... Mungkin beginilah rasanya kannn? Bila pertama kali melihat anak sendiri sebegini? Tidaklah pula bertujuan gebang, menunjuk-nunjuk serta rasa riak di hati. Tapi sangat-sangat tersentuh... Alaaa, biasalah mak-mak kann??? Terima kasih Ash kerana tolong Mommy letakkan barang di atas "conveyor"... Aksi spontan Ash telah menarik perhatian mereka yang berada di sekitar, sehinggakan makcik yang berada di barisan belakang Farah berkata...

Makcik: "How old is he?"
Farah: "1 year and 6 months"
Makcik: "Let him do it, he is exploring by seeing what you do... you should be grateful that Allah granted you a clever son..." 

Terus makcik tu pergi dapatkan Ash dan cium Ash... selepas itu makcik itu menghulurkan sekeping duit kertas bernilai RM 50.00 kepada Ash. Farah tak perasan, tetapi bila nak bergerak dari kaunter pembayaran baru Farah perasan. Terus Farah gantikan RM 50.00 tersebut kepada RM 10.00 pada Ash dan berikan kembali pada makcik tersebut. Tapiiii, makcik tu tak nak ambil!!! Berkali-kali Farah cuba pulangkan dan betkali-kali juga makcik tu tak mahu. Alhamdulillah, rezeki Ash. Syukran Ya Allah.

Bukan duit itu yang menjadi "core" entri ini, tetapi kelakuan Ash, aksi Ash... tiba-tiba terasa sejukkkk peruttt mengandungkan Ash... terasa hilang segala kepenatan Farah bekerja siang dan malam demi mencari rezeki untuk Ash... hilang penat Mommy Ash, sungguh hilang... Moga-moga sikap ringan tulang dan empati seorang anak kepada ibu bapanya yang sebegini berkekalanlah pada Ash hendaknya sehingga bila-bila... In Shaa Allah, amin....

Ok..."stop" dulu di sini sebelum "touching" lebih-lebih... He he he....

Dapatkan Artikel Terbaru Dari www.bubblynotes.com Melalui E-mel Anda

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Hilang Penat Mommy Kerja Siang Malam..., diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Tuesday, June 16, 2015.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

7 comments:

  1. adeh..touching pulak baca.. semoga iman firash jadi anak soleh baik budi pekerti..banggakan mommy... anak ni kengkadang memahami susah payah & kasih sayang org sekeliling dia..

    ReplyDelete

  2. Kecik-kecik dah ada karisma..ramailah yang melting ni

    ReplyDelete
  3. Alhamdulliah ... Ash memang clever son. Terima kasih kerana buat mommy dan kak long sebak baca entri ni ....hurmm.

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah.mmg sifat ibu2 la sis..mudah tersentuh.sy pn kalo arfan rjn mcm ni buat ati melting sgt.mula la rasa nak cium byk2 kali hehehe

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah..Ash anak yang baik :)

    ReplyDelete
  6. alhamdulillah...
    anak soleh :)
    memang buat kita cair la anak-anak syurga ni kan.

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia