Sekarang ni dah 2 minggu dah rasanya, bila hujung minggu jer tak berkesempatan nak "update" blog disebabkan "schedule" yang agak padat dan juga badan yang terlalu letih serta penat. Ambil kesempatan hujung minggu untuk merehatkan minda kata kau... Ha ha ha... Supaya bila hari Isnin bermula boleh tampil dengan cerita-cerita segar kaedahnya... Segarlah sangattt... Makanya, disebabkan tak berkesempatan nak "update" blog hujung minggu yang lepas, Farah ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Bapa atau "Happy Father's Day" kepada semua abah, ayah, abi, daddy, papa, atuk, oyang yang bergelar bapa... Orang kata, kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah tiada bertepi yer tak??? Tanpa bapa kita pun taklah lahir ke dunia ini...
Untuk Abah Ash, Mommy dah siap-siap "wish" dah pagi semalam melalui sistem pesanan ringkas - SMS... Ho ho ho... Mana mungkin lupa yer tak kepada "the one and only Abah Ash" yang Ash ada... Ash pun pagi semalam asyik sebut... "Ba bah...Ba bah...", seolah-olah dia tahu yang semalam adalah hari meraikan Abah dia... "Cleverrrr boy..."... Walaupun tak menyambut bersama, tetapi ingatan tetap di hati kami anak beranak gitchewwsss... Bukan ke ingatan itu lebih bermakna dari yang material??? Kalau dapat ingatan dan material itu dah kira bonuslah tu kannn??? Jadi ucapkan syukur Alhamdulillah...
ÙˆَÙ‚َضَÙ‰ٰ رَبُّÙƒَ Ø£َÙ„َّا تَعْبُدُÙˆٓا۟ Ø¥ِÙ„َّØ¢ Ø¥ِÙŠَّاهُ ÙˆَبِٱلْÙˆَٰÙ„ِدَÙŠْÙ†ِ Ø¥ِØْسَÙ€ٰÙ†ًا ۚ
"Dan Tuhanmu telah mewajibkan supaya tidak menyembah selain dari-Nya dan berlaku baik kepada ibu bapa," (Surah al-Isra, ayat 23)
Kasih sayang dalam Islam adalah sepanjang masa. Ia bukan hanya ditetapkan dalam tempoh atau hari yang tertentu saja untuk menzahirkan kasih sayang. Walaubagaimanapun, tidak salah sekiranya sebagai seorang anak, isteri dan sebagai tanda penghargaan, kita memperingati dan meraikan bapa kita pada sesuatu hari istimewa untuk menggembirakan hati mereka kan??? Asalkan apa yang kita lakukan tidak menjejaskan atau merosakkan aqidah, syariah dan akhlak seseorang individu.
Terbaca di SINI
Kita pegang pada 3 kata kunci ini:
Cara?
Apa yang kita lakukan terhadap sambutan dan tanda memperingati, bagaimana meraikan?
Niat?
Faktor utama dan sub-faktor kita seronok mengucap dan meraikannya, kenapa?
Siapa?
Dari siapa untuk siapa kita melakukannya?
Apapun bergantung kepada aqidah (kepercayaan) kita dan tujuan ASAL kita meraikan sesuatu itu. Jangan terikut dan jangan hanya mengikut. Dan agama bukan menyusahkan, jangan terlalu taksub sehingga menolak semuanya, jangan terlalu pula menentang apa yang betul.
Tak lupa juga kepada Atuk Ash... Papa... "wo ai ni pa!" Terima kasih sebab dah besarkan adik, sekolahkan adik dan jaga adik sehingga sekarang... Walaupun ada kalanya Papa garang maksimum dan "fussy to the max... I know that you love me so much...and whatever you do is for my own good and benefits, people might not understands and might not see it...but i understand well enough and I see even at times" ada juga kedegilan melanda...Ha ha ha... "Well human being"...mana nak lari dari khilaf kannn??? "Sieh sieh"...
Untuk semua yang bergelar ayah, abah, abi, daddy, papa, atuk, oyang di luar sana...
selamat hari bapa
ReplyDeleteaida setuju.
ReplyDeletebergantung kpd niat kita.
selagi ia x memesongkan akidah, ok in shaa Allah :)
happy fathers day, mamamyja der jerk. cuma masa xmengizinkan untuk blogwalking. hehehehe
ReplyDeletebzz always..
ReplyDeleteselamat ari bapa ;)
betul tu kak farah. kalau niat kita nak menggembirakan orang tersayang tak salah :D
ReplyDelete