Giliran Atuk & Nek Ma Ash...


Selama kini, setiap kali mendapatkan suntikan imunisasi, Farah sendiri yang akan membawa Ash berjumpa dengan PAED untuk urusan cucuk-mencucuk ini. Tetapi pada kali ini, untuk suntikan imunisasi 18 bulan untuk Ash, Farah terpaksa meminta pertolongan Atuk Ash untuk bercuti dan membawa Ash bersama-sama Nek Ma Ash ke Klinik Kesihatan di kawasan perumahan yang berdekatan. Sebelum ini juga, segala suntikan imunisasi yang Ash telah ambil, Farah dapatkan di klinik swasta dan tidak pernah sekalipun ke klinik kerajaan. Inilah kali pertama Farah mendapatkan suntikan imunisasi Ash di klinik kerajaan ataupun klinik kesihatan. Kenapa kali ini di klinik kesihatan dan tidak di klinik swasta??? Sebab musababnya boleh dibaca di dalam entri yang terdahulu yang bertajuk Ke Klinik Kesihatan Lah Pula Kita... 

Cuma masalahnya bila ke klinik kesihatan, masa yang mencemburui... ha ha ha...bukannya Farah sengaja tidak mahu bercuti hari ini untuk Ash, tetapi disebabkan cuti untuk bulan ini Farah terpaksa meminimakannya kerana ada urusan memperbaharui cukai jalan dan insurans kereta yang memerlukan Farah bercuti pada akhir bulan nanti yang membuatkan Farah terpaksa memohon pertolongan Atuk dan juga Nek Ma Ash... Rasa hati??? Dah tentulah tak senang duduk oiii kat pejabat ni...Mana pernah Ash pergi mendapatkan suntikan imunisasi tanpa Mommy??? Sedari mula sehingga sebelum ini, mesti Mommy yang bawa Ash sendiri. Jadi perasaan itu lain sedikit lah kann??? Lagipun Ash dah lama dah tak cucuk mencucuk ni...di dalam pemikiran entah bagaimanalah reaksi Ash... Hu hu hu... 

Sedikit mengenai suntikan imunisasi 18 bulan hanya untuk bacaan dan pengetahuan umum... Suntikan kali ini adalah merupakan suntikan Difteria, Tetanus, Pertussis (Batuk Kokol) / Polio / Haemophilus Influenzae Tybe B (DtaP/IPV/Hib).

DIFTERIA
Difteria lebih mengakibatkan kerongkong. Ianya disebarkan melalui titik-titik dari hidung atau mulut dan jika komplikasi berlaku, boleh menyebabkan pernafasan, kecederaan kepada jantung dan sistem saraf, dan kemungkinan boleh membawa maut. Tempoh inkubasi ialah di antara 2 hingga 6 hari. Bayi-bayi ditawarkan vaksin ini pada usia 8 minggu, 12 minggu dan 20 minggu. Ia diberi melalui suntikan yang juga mengandungi vaksin-vaksin tetanus, batuk kokol, polio dan Hib. Ianya diberikan semula pada 18 bulan, sebelum memulakan sekolah dan pada usia 7 dan 12 tahun.

TETANUS
Simptom-simptom tetanus (kadangkala dikenali sebagai kancing dagu) adalah spasma-spasma kontraksi otot yang sangat sakit. Penyakit ini boleh membawa maut. Tetanus mempunyai tempoh inkubasi antara 4 hingga 21 hari. Organisma yang menyebabkannya boleh didapati dalam tanah dari mana luka-luka yang kotor boleh mendapat infeksi. Ia juga boleh dijangkiti melalui gigitan haiwan. Pekerja ladang dan tukang kebun mudah dijangkiti. Anak anda akan ditawarkan imunisasi sebanyak 6 kali. Ianya diberikan pada usia 8 minggu, 12 minggu dan 20 minggu. Ia juga diberikan dalam suntikan yang juga mengandungi vaksin-vaksin difteria, batuk kokol, polio dan Hib. Ia kemudian diberikan sekali lagi pada usia 18 bulan, antara 4 dan 6 tahun dan semasa usia 12 tahun.

BATUK KOKOL (PERTUSIS)
Penyakit yang senang menjangkit ini dipindahkan melalui titik-titik air dari hidung atau mulut. Tempoh inkubasi ialah antara 7 hingga 10 hari. Ianya bermula dengan cara yang sama seperti selesema, tetapi apabila ianya merebak, spasma batuk menjadi semakin teruk. Bunyi "mencungap-cungap" batuk itu berlaku apabila pesakit menarik nafas antara episod batuk. Simptom-simptom yang tidak menyenangkan ini boleh berlanjutan untuk beberapa minggu. Kes-kes teruk boleh menjadi lebih rumit dengan adanya pneumonia, muntah-muntah dan turun berat badan dan lebih jarang lagi, cedera otak dan kematian. Bayi paling muda berisiko. Bayi ditawarkan vaksin pada usia 8 minggu, 12 minggu dan 20 minggu. Ia diberi dengan suntikan, yang juga mengandungi imunisasi difteria, tetanus, polio dan imunisasi Hib. Ia juga diberi di usia 18 bulan, dalam suntikan penggalak prasekolah dan pada 12 tahun.

POLIO
Virus polio menyerang tisu saraf dalam otak dan spina korda, dan kadangkala menyebabkan lumpuh. Ianya sering ditemui di negara-negara membangun, tetapi jarang sekali di Malaysia. Ianya dipindahkan melalui sentuhan najis, mukus atau air liur oran gyang menghidapnya. Tempoh inkubasi berbeza iaitu antara 3 hingga 21 hari. Vaksin polio dimasukkan juga dalam suntikan DTaP/IPV/Hib, yang juga mengandungi vaksin-vaksin difteria, tetanus, Hib dan batuk kokol. Ianya diberi kepada bayi pada usia 8 minggu, 12 minggu dan 20 minggu. Ianya diberikan sekali lagi pada 18 bulan, dalam suntikan penggalak prasekolah dan 12 tahun.

INFLUENZA HAEMOPHILUS JENIS B (Hib)
Organisma Hib menyebabkan simptom-simptom yang menyerupai influenz seperti sakit tekak, infeksi dada dan infeksi telinga. Tetapi komplikasi-komplikasi, seperti meningtis atau teka tersumbat (epiglotitis) boleh diperolehi, dan vaksin tersebut diperkenalkan atas sebab ini. Bayi-bayi ditawarkan vaksin ini pada usia 8 minggu, 12 minggu dan 20 minggu. Ianya diberikan melalui suntikan. Suntikan-suntikan ini juga mengandungi vaksin-vaksin difteria, tetanus, polio dan batuk kokol. Ianya diberikan semua pada usia 18 bulan.

Sumber dari SINI

Alhamdulillah, Farah berjaya melengkapkan suntikan-suntikan imunisasi untuk Ash setakat ini... Lawatan Ash yang seterusnya ke klinik kesihatan ataupun klinik swasta adalah di dalam tempoh lagi 3 bulan. Bulan September 2015 ni kalau tak silap ni... Mommy memang rasa pelik sebab tak bawa anak sendiri untuk urusan cucuk-mencucuk tadi ni... Sekejap-sekejap telefon Nek Ma dia, sekejap-sekejap telefon jururawat di klinik kesihatan tu... Hik hik hik... Boleh tak??? Jururawat tu telefon Farah dan kata... "Puan, saya nak cucuk anak Puan dah ni..." Muahahaha... 

Selepas selesai, Nek Ma Ash telefon... katanya, tadi kannn.... terpaksa 2 orang pegang Ash kerana Ash terlalu kuat...Bha ha ha...Dan menangisnya sewaktu kena cucuk jer... Tak sampai 5 minit dah gelak-gelak balik dah dia dan dah berlari... Ash kena cucuk di peha sebelah kiri...Ouchhh... Pesan pada Nek Ma Ash...walaupun tak demam, balik rumah sila berikan ubat demam terlebih dahulu sebelum apa-apa... Langkah pencegahannn... Dan legaa sikit hati Mommy dengan suara Ash rancak berborak dengan Mommy di telefon tadi... Yeayyyy...pandai anak Mommy... Ha ha ha... "over"... Terima kasih Atuk, terima kasih Nek Ma kerana bantu Mommy untuk hari ini... Ini kena belanja makan ni...sebab dah bersusah payah kerana Ash... 

*Abah Ash "blur" jap, ditanyanya kenapa tak pakai kad perubatan Abah atau Mommy pergi klinik swasta...Bila terangkan yang vaksin tu dah tak ada stok di klinik swasta baru Abah Ash faham... Hi hi hi... 

Dapatkan Artikel terbaru dari Situs ini melalui e-mail Anda.

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Giliran Atuk & Nek Ma Ash... , diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Wednesday, June 10, 2015.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

7 comments:

  1. huhu..yoorin kengkadang pegi berdua je dgn irine.. dr zaman ngandung dulu pon sengsorg..huhu..rasa mcm single mother je.. untung ash, nek ma dia yg jaga.. mesti dia rapat kan.. irine ambik suntikan 18 bulan hujung bulan ni.. hehe

    ReplyDelete
  2. Hehe...si kecik ni bakal dicucukjuga bulan 9 nnt.

    ReplyDelete
  3. Ash kuat...kdg ank2 meronta sbb kita pgg kuat sgt.Aqil pon cmtu.Bila peluk kuat2 ms nk cucuk dia meronta2 tp x nangis pon.Mrh sbb kena pgg kuat2 ja

    ReplyDelete
  4. biasa tu laa farah, kalau anak takde depan mata, nak cucuk skit pun kita risau haha. Penyakit mak mak hehe

    ReplyDelete
  5. mujur ada atok n nenek Ash lau x ash kena pi klinik tu sorg2 hahaha

    ReplyDelete
  6. mak manayg tak risaukan anaknya time dgn nenek or atuk dia kadang2.. haha

    ReplyDelete
  7. wah..bnyk jgk stikan perlu di ambil mse kanak2 ni ye....
    huuu

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia

iWON.MY