Fasa Panjat Memanjat Sudah Tiba...

Sumber dari Google
Kenapa ambil gambar dari Google??? Kenapa tidak menggunakan gambar Ash sendiri ketika sedang memanjat??? Jawapannya mudah sahaja... Farah tidak berani untuk mengambil gambar Ash ketika sedang memanjat kerana sibuk memantau Ash dari dekat, takut nanti, sibuk-sibuk merakam gambar, lain jadinya... "Owhhh no no no no no..."... Sebelum terjadi baik beringat... Masih belum yakin lagi untuk merakam gambar Ash ketika dia sedang memanjat...

Kalau dah lelaki tu tetap lelaki ye tak??? Bila sampai tiba waktunya, panjat-memanjat adalah salah satu aktiviti yang akan berlaku juga... Sekarang ini dah pandai panjat dan turun naik sofa... pandai panjat kerusi makan...tangga??? He he he... tangga dia tak dapat nak panjat sebab dah dipagarkan... Selepas ini tak tau apa lagi yang nak dipanjatnya... Pintu pagar besi (grill) belum lagilah setakat ni, sebab pintu pagar tu bertutup dengan "sliding door"...Muahahaha... Tapi tak taulah akan datang kann??? Tak boleh nak cakap... Kalau mulut Mommy ni tak adalah terjerit-jerit sebab Ash dah mula memanjat... Ha ha ha...tetapi lebar sikitlah... Sebab "pitching" suara tu agak tinggi sedikit dari kebiasaan... Bukan apa... Cuma pesan pada Ash hati-hati sambil berdiri atau duduk di belakang dia... Ini adalah salah satu fasa perkembangan dan juga eksplorasi anak-anak yang sedang pesat berkembang dan membesar...Jika dihalang sangat ianya akan mengganggu perkembangan psikomotor mereka juga. 

Memang sebagai ibu bapa, terutamanya ibu, kita akan merasa sangat risau jika anak-anak terjatuh ketika memanjat dan sebenarnya anak-anak ini seronok meneroka dengan aktiviti memanjat. Kemungkinan menghalang seperti dengan menjerit (sebab risau jatuh kannn???) atau menjerit kelihatan seperti marah (dan ada rasa marah betul; "it;s OK" untuk rasa marah, sebab rasa marah tu datang dari niat melindungi, macam contohlah...ibu ayam marah orang kacau anak dia (anak ayam), maka ibu ayam akan patuk orang itu kerana niat sebenar dia ialah nak melindungi anaknya dari gangguan/ancaman orang itu (manusia).)

Menurut sumber di SINI, ianya adalah normal bila kanak-kanak dah ada kaki dan keupayaan kemahiran motor kasarnya akan sangat aktif dan meneroka. Bagus sangat-sangat...Ucapkan syukur sebab anak anda aktif dan bijak. 0-2 tahun juga, peringkat kognitif (otak) mereka adalah peringkat sensori motor, iaitu belajar dengan meneroka alam dengan menggunakan fizikal dan deria asasnya (mendengar, melihat, menghidu, menyentuh dan merasa dengan lida (tu yang semua nak masuk mulut kannn???). Hanya bagaimana kita nak "channel"/ halakan keseronokkan pembelajaran meneroka alamnya dengan lebih positif dan membantu, bukan menyekat dan membantutkan. 

Lagi kita sebut jangan, lagi mereka buat kann??? Dan di dalam otak mereka bila kita sebut "jangan panjat", (memandangkan otak mereka sedang di peringkat otak kanan sepenuhnya), mereka nampak setiap perkataan itu dengan perbuatan / tingkah laku / pergerakan / gambaran. Jangan Panjat yang dia nampak ialah aktiviti "memanjat", dia tidak nampak perkataan sebaliknya kepada memanjat. Dia tidak nampak perkataan jangan itu bagaimana nak lakukan. Sebab semua kemampuan kefahaman kognitifnya adalah melalui sensori motor kan??? Iaitu perbuatan fizikal dan gambaran, bukan kefahaman subjektif dalam otak sahaja. 

Solusi dan alternatifnya... ibu bapa janganlah rasa tertekan dan janganlah terus-terusan memarahi anak... apa yang perlu dilakukan sebaiknya adalah... pantau anak-anak dengan rapat (ok, ramai akan kata, banyak lagi kerja lain nak buat...tapi anak lebih penting ok? nak membesar ni biasalah macam-macam cerita kannn??? kena korban sikit? Korban televisyen tu, korban sedikit masa di dapur, korban itu korban ini, korban macam-macam...memang juga akan ada yang berkata, cakap mudah, tidak semudah perlaksanaan, tetapi boleh jer sebenarnya jika betul-betul mahu)... Nak panjat boleh panjat, tetapi jangan sampai jatuh... Perhatikan... Dan dalam perlahan-lahan cuba beritahu dan fahamkan anak, bahawa panjat-memanjat itu boleh, tetapi jangan sampai jatuh, sebab jika jatuh akan berlaku kecederaan...bila berlaku kecederaan mereka akan sakit... Dan ada juga kanak-kanak, cakap bagaimana pun mereka tak akan faham dan akan masih memanjat... Ada ibu bapa mengambil pendekatan... Panjat selagi boleh panjat... tapi bila jatuh baru mereka faham dan tak panjat lagi... He he he... Cara ibu bapa mendidik anak-anak ni berbeza-beza sebenarnya, tidak semua orang sependapat dan tidak semua orang sama caranya... 

Bagi Farah, Farah lebih rela pantau di mana dia memanjat dan berada di belakang dia...sebabnya sekurang-kurangnya boleh cepat-cepat sambut kalau apa-apa kann??? Kena sentiasa "alert" dan cekaplah gamaknya.... Farah beri kebebasan untuk memanjat itu demi perkembangan positif, tapi Farah tak lepaskan sebegitu sahaja untuk mengelakkan kecederaan berlaku... Tak ada mana-mana ibu bapa yang nak tengok anak-anak jatuh dan anak-anak cedera kann??? Samalah, Farah pun macam tu juga... *_^ 

Dapatkan Artikel terbaru dari Situs ini melalui e-mail Anda.

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Fasa Panjat Memanjat Sudah Tiba... , diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Friday, June 5, 2015.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

7 comments:

  1. memang risau kalau anak dah pandai memanjat ni.macam tu jugak ngan fiyah..Turun naik sofa tu dah menjadi mainan dia..risau tu tetap ada...sebab tu tangga pun sekarang ni dah dihadang..lebih rela duduk belakang dia waktu dia bermain..kalau dah jadi perkara tak diingini,menyesal pun tak berguna jugak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang kadang-kadang tu boleh gugur jantung dibuatnya kan kak kan? he he he... wah fiyah pun sama naiknya dengan abang Ash nampak gayanya...hik hik hik...

      Delete
  2. selagi tak dpt sakit selagi tu diorang xserik2..hihi..ibu2 biasa la mulut mesti akan bising risau keselamatan mereka kan..nnt dh usia 3thn dia panjat kita pula tungggu

    ReplyDelete
    Replies
    1. he he he, sekarang pun kalau nampak Farah meniarap dia akan panjat di belakang badan.... hu hu hu.... nak berdiri... awak risau dia jatuh jer...

      Delete
  3. sesi memanjat pulak? bertabahhhh laaa kakk hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ini tengah tabahlah ni eidaaa oiiiii... ha ha ha....

      Delete
  4. Oh...saya ingatkan anak saya hyper...that's why dia macam tu. Dah baca artikel ni baru la tau...rupanya normal utk setiap budak yang melalui proses pembesaran. Hihihi...kena banyak membaca lagi ni jawabnya. By the way, tq sis farah.

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia

iWON.MY