Home » , , , , , , , , » Drama M.A.I.D | MAID Pengganti Drama Isteri Separuh Masa...

Drama M.A.I.D | MAID Pengganti Drama Isteri Separuh Masa...

Sumber dari SINI
Tamatlah sudah drama bersiri adaptasi novel Isteri Separuh Masa karya Suri Ryana di ASTRO Ria, ASTRO Ria HD dan Astro MAYA HD...Kini giliran penggantinya pula drama bersiri adaptasi novel M.A.I.D yang merupakan karya Suri Ryana juga menemui penonton. Hew hew hew... Seronok pula bila bersambung-sambung karya Suri Ryana diadaptasikan kerana Farah sememangnya pembaca novel-novel hasil air tangan Suri Ryana... Cuma yang bezanya kali ini, pelakon utama bagi drama bersiri adaptasi novel dari Suri Ryana sudah beralih tangan dari Aiman Hakim Ridza dan Emma Maembong kepada pasangan pelakon Rindu Awak 200%  iaitu abang sado Zul Ariffin dan Ayda Jebat.

Ni sukalah kiranya nak berkongsi lagi sekali ni sinopsis novel M.A.I.D yang pernah Farah kongsikan di dalam entri Farah yang bertarikh 27 Mac 2012 dahulu... Phewww lama gilaaa dah Farah baca novel ni, rasa macam nak baca semula jer novel ni... Ha ha ha, apa tu orang kata... "refresh" dan ambil "mood" serta "feel" sebelum drama bersiri ni bermula... 

Sinopsis dari novel???
 Terdesak untuk melucutkan gelaran penggangur yang disandangnya, Noorul rela dalam terpaksa menjawat jawatan sebagai pembantu rumah kepada Harris Tan Sri Hamdan. Sikapnya yang cepat gelabah sering mengundang kemarahan Harris, si cerewet tahap gaban hingga menyebabkan Noorul menggelarnya, Mr. F (fussy).
Daripada berbalas-balas nota berkaitan dengan kerja pada awalnya, boleh pula mereka makan semeja.
Fitnah yang melanda menyebabkan Noorul dan Mr. F terpaksa disatukan. Siapa punya angkara? Asyraf? Musuh perniagaan Tan Sri Hamdan?
Serabutnya Noorul hanya Allah yang tahu. Dia terpaksa berhadapan dengan Puan Sri Kirana yang enggan menerimanya sebagai menantu. Elisa - perempuan "plastik" yang tergedik-gedik memburu cinta Mr. F, Nurina - bekas kekasih Mr. F yang pulang semula ke Malaysia untuk menagih kembali cinta Mr. F dan si petualang yang mengharu-birukan hidupnya.
Apakah perisai Noorul untuk menghadapi pancaroba ini? "Kuali"? "Sudip"? 
Jika merujuk kepada sumber di SINI pula... sinopsis drama M.A.I.D. ini adalah...

Mengisahkan kehidupan seorang gadis bernama Noorul yang menjadi pembantu rumah di rumah mewah seorang lelaki kacak bernama Harris Tan Sri Hamdan, yang sangat cerewet sehinggakan Noorul menggelarkannya Mr. F (F jolokan untuk 'fussy'). Noorul pernah bekerja di sebuah kilang tetapi telah ditutup dan menjadi pengganggur seketika sebelum membuat keputusan untuk menjadi orang gaji.

Mr. F seorang yang tidak mesra alam, suka menengking dan suka memberi arahan dengan meninggalkan nota di serata rumahnya. Pada suatu hari Mr. F menyuruh Noorul memasak Nasi Beriyani untuknya, huru-hara dibuatnya apabila Noorul tidak pandai memasak melainkan masak nasi, air dan Maggi. Disebabkan itu, Noorul nekad untuk belajar memasak dengan menghadiri kelas memasak Chef Aidil. Lama-kelamaan mereka mula mengenali, Noorul mula jatuh cinta dengan majikannya.

Fitnah yang melanda menyebabkan Noorul dan Mr. F terpaksa dinikahkan untuk menutup malu dan mahu menjaga reputasi perniagaan keluarga Tan Sri dan Puan Sri. Noorul yang memendam perasaan cintanya kepada Mr. F mula gusar bolehkah dia menerimanya sebagai isteri. Noorul mula berteka-teki sendiri tentang siapa dalang di dalam penyebaran fitnah ini. Adakah angkara Asyraf, yang sememangnya berdendam dengan Noorul? Ataupun musuh perniagaan Tan Sri Hamdan? Mampukah Noorul dan Mr.F melayari bahtera rumah tangga bersama? Bagaimana pula dengan Elisa yang sememangnya cintakan Mr. F? Apa pula yang akan terjadi apabila Nurina, bekas kekasih Mr.F pulang ke Malaysia  untuk menagih kembali cinta daripada lelaki itu? Haikal pula, dapatkah menerima Noorul, orang yang dicintainya sebagai kakak ipar?

Yang jadi Tan Sri nya dikatakan Eizlan Yusof, yang jadi Puan Sri nya dikatakan Nina Jureen...

Dapatkan Artikel terbaru dari Situs ini melalui e-mail Anda.

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Drama M.A.I.D | MAID Pengganti Drama Isteri Separuh Masa..., diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Tuesday, June 9, 2015.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

14 comments:

  1. wahhh..pelakon best..suwittt sgt dorg ni..xsabar nk tgk..

    ReplyDelete
  2. mesti best citer ni.. suka gabungan zul arifin dan ayda jebat dalam RA200%...

    ReplyDelete
  3. nak tahu dulu berangan nk jd maid tuk anak org kaya mcm cite ni ekekeke
    pas2 dpt kawin ngan org kaya hahaha berangan lebihhhh

    ReplyDelete
  4. Tengok juga tadi isteri separuh masa, tapi tak sampai ke penghujung sbb ada hal.. Dah episod akhir rupanya..

    ReplyDelete
  5. tak sempat nak layan tv,, duk malayan si anak jer ..huhuu

    ReplyDelete
  6. Sedih. Sebab episod akhir isteri 1/2 masa x dpt tgk!!! Kena repeat later.
    M.A.I.D = mcm menarik...

    ReplyDelete
  7. Suka giler dengan.novel ni. Best ever. Tp pelakon agak.kurang dr taste akak...hahaha

    ReplyDelete
  8. pelakon best2 meriah lah sambutan nanti.. huhu

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia

iWON.MY