Dia Dah Serik Kena Tinggal...

Farah Waheda Wahid
9

Sejak kebelakangan ini, Ash semakin akrab dan semakin manja. Orang kata kalau anak kita semakin akrab, semakin manja dan menuntut perhatian kita secara berlebihan had... Itu tandanya??? "Owhhh no no no no no..." Farah bukannya hamil lagi!!! "Confirm!!! 200% Farah tidak hamil... Cumanya dari satu sudut yang lain terfikir, apakah Farah kurang memberikan tumpuan ataupun perhatian kepada Ash sejak kebelakangan ini??? Hurmmm... Rasanya bukan begitu malahan terlebih-lebih perhatian... Cumanya, Farah akui, daripada membawa Ash ke acara-acara yang melibatkan blog, kini Ash lebih banyak dikuarantin di rumah bersama Nek Ma dia. Jika dahulu, sana sini sinun Farah sering membawa atau mengusung Ash bersama-sama, kini momentum itu sudah berkurangan. 

Kuarantin??? Kenapa perlu sampai nak kuarantin??? Mudah sahaja jawapannya, bukan kerana tidak mahu lagi membawa Ash tetapi kebanyakan dari acara, tidak sesuai untuk Farah membawa Ash. Jika ada yang boleh dipertimbangkan, sudah tentu Farah akan membawa Ash. Ash adalah salah satu keutamaan di dalam hidup Farah. Mana boleh kalau ada peluang tak mahu membawa dia??? Yang menjadi kuarantinya juga adalah kerana Ash semakin hari semakin aktif, tidak mahu duduk diam setempat dan giat bereksplorasi ke sana ke mari. Jika Farah seorang sahaja, bukannya tidak boleh, tetapi agak kepayahan juga untuk betul-betul fokus kepada tugasan. Yang boleh dijangkakan... ha ha ha...Farah akan sibuk berlari mengejar dan mengawal Ash... Baru sorang tu kannnn??? Kalau berorang-orang entah macam manalah ek??? Ekekeke... 

Agak kerap juga dia ditinggalkan dan impak dari itu... Dia menuntut perhatian yang terlebih-lebih sedikit...Muahahaha... Segalanya nak Mommy... Jika Mommy berada di rumah. Kalau Mommy pegang telefon pun dia akan tolak telefon tepi, dan suruh Mommy jangan pandang telefon langsung...Pandang dia ajerrrr... Faham... Baik Ash..Mommy yang menurut arahan serta perintah... 

Saat dia mendengar bunyi enjin kereta Farah di perkarangan halaman rumah, dia akan berlari ke depan ke belakang dengan penuh keterujaan di dalam rumah, saat Farah memberi salam dan membuka pintu rumah, dia akan menyambut dengan menghulurkan tangan untuk bersalam dengan Farah... kemudian dia akan memimpin tangan Farah masuk ke dalam rumah. Minta Farah untuk duduk dan tanpa diminta, chootttt... ermmm.... ciuman di pipi kiri dan kanan Farah... selepas itu dia akan memeluk Farah dan terus duduk di atas peha Farah. Sikit pun dia tak lepas. Sedih pun ada nih!!! Sob sob sob... Tiba-tiba bergenang air mata. Hua hua hua... Mahu atau tidak, Farah terpaksa melayan dia selama lebih kurang "30 minutes or so"... 

Itupun, bila Farah angkat beg tangan hendak ke atas untuk membersihkan diri, dia akan menangis... Sangat "clingy"... Kalau di waktu pagi pula, bila melihat Farah membawa beg tangan, turun dari tangga, muka dia dah berubah wajah dan mula cembeng. Bila enjin kereta dimulakan, drama slot Akasia TV3 mulalah ditayangkan. Hik hik hik, sebab tu sekarang ni kalau Farah hendak ke mana-mana, strateginya... tidurkan dia dahulu... 

Kata Nek Ma dia, dia dah serik kena tinggalll... iyalah wajah siapa dan dengan siapalah lagi Ash hendak bermanja? Kalau bukan Mommy... Mommy-lah satu-satunya yang selalu ada dengan Ash. Abah Ash pula, sesekali kerana ada tuntutan dan tanggungjawab lain yang perlu dijalankan. Itu Farah sangat faham dan In Shaa Allah, Farah akan cuba fahamkan Ash sehingga Ash benar-benar faham. 

Ibu mana yang suka-suka untuk tinggalkan anak kannn??? Tapi demi rezeki, ada kalanya terpaksa ditinggalkan juga... Walaupun hati berat, tetap perlu melakukannya... Farah yakin semua ibu-ibu faham perkara ini. Yang patut Farah fikirkan sekarang adalah bagaimana untuk meruntuhkan tembok "sense of insecurity" Ash... In Shaa Allah, semuanya akan jadi lebih baik dan Farah akan sentiasa berusaha memperbaiki keadaan serta kelemahan di sana sini... Masa bersama anak itu adalah masa yang sangat berharga dan tidak boleh ditukar ganti... Salah satu faktornya Ash begitu... Hari bekerja dia ditinggalkan untuk mencari rezeki dan hujung minggu Ash kadangkala ditinggalkan juga untuk mencari rezeki... Memanglah berat tetapi apakan daya... Zaman kos sara hidup yang semakin tinggi dan juga Ash yang sedang membesar dan akan memerlukan lebih banyak perbelanjaan pada masa akan datang, suka atau tidak, berat atau ringan, mahu atau tidak, Farah terpaksa berusaha mencari rezeki sedaya upaya... Sama seperti ibu bapa laim, tetapi In Shaa Allah, Farah tidak akan sesekali mengabaikan Ash dan membuatkan Ash rasa terabai...

Sebab itu bila kami menghabiskan masa bersama-sama, Farah akan fokus kepada Ash dan tinggalkan perkara-perkara lain di belakang atau di tepi seketika... 

Post a Comment

9Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Seroonoknyaa balik rumah bila anak sambut. Hihi. Taksabarr nak rasa perasaan tu :P

    ReplyDelete
  2. Memamg kak.. Makin besar dia akn lebih minta perhatian.. Si kakak ni lagi lah.. Rasa macam dia pula adik... Adik relax je kengkadang.

    ReplyDelete
  3. Salqm, memang begitu lumrah. Masa kita tak sama dgn fulltime house wife. Takpe, yg penting walau masa sikit, tp ia berkualiti

    ReplyDelete
  4. Nak buat camne kan...kanak-kanak memang perlukan belaian dan perhatian yang khusus...apalagi kanak2 seusia Ash...

    ReplyDelete
  5. biasalah tu farah kak MV pun mcm tue..kalau dah smpi rumah mimi asyik nak melekat jer..

    ReplyDelete
  6. mungkin lama2 ash pun akan faham... nama pun budak lagi kan.... ;-)

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !