CLEO & ZA "Beauty Workshop... Bersama Megumi Mitsui


Hujung minggu baru-baru ini, bertempat di Connexion@Nexus, Bangsar South City...diri ini telah menghadirkan diri ke CLEO & ZA Beauty Workshop Bersama Megumi Mitsui atas jemputan daripada pihak CLEO, ZA & Blu Inc Media Sdn Bhd. Kalau di dalam Bahasa Melayunya atau Bahasa Malaysia...kita kenali sebagai bengkel kecantikan gittew... Siapa Megumi Mitsui???

Cik Megumi Mitsui ni memulakan kerjaya beliau sebagai perunding kecantikan sejak dari tahun 1999. Dengan bakat yang dianugerahkan kepada beliau dan juga minat yang sangat mendalam di dalam industri kecantikan, Megumi Mitsui sekarang ini adalah seorang yang sangat aktif di dalam mengendalikan bengkel-bengkel kecantikan di China, Thailand dan India. Pada waktu dan ketika ini, Megumi Mitsui adalah ZA Global Trainer yang berpusat di ibu pejabat ZA di Tokyo, Jepun.

Bengkel kecantikan seumpama ini adalah yang kali pertama Farah hadiri. Ha ha ha, sebelum ni main solek-solek jer berdasarkan ikut rasa hati dan pembelajaran dari YouTube... Inilah betul-betul kali pertama Farah menghadiri bengkel kecantikan dan tak pernah terfikir punnn yang satu hari nanti Farah akan menjejakkan kaki ke bengkel kecantikan. Tapi jujur, Farah sukalah kann??? Sebab Farah memang suka solekan... pengumpul alat solek dan suka bermain-main dengan alat solek... 

Bengkel sebenarnya bermula pada jam 2.00 petang... Mula-mula sewaktu dari rumah terfikir untuk tidak bersolek dahulu sebab pada pemikiran Farah selalunya bengkel-bengkel kecantikan ni memang akan main conteng-conteng muka, tetapi bila difikir-fikirkan balik macam tak semengah pula rupanya kalau keluar rumah tidak bersolek... ha ha ha... Gedik kann??? Boleh fikir macam tu??? Sebab nak pergi acara, kalau tak pergi apa-apa acara, lantak ko lah kat situ...solek ke tak solek ke...Akhirnya keputusan yang dibuat adalah bersolek... Hamikkk...beria ko bersolek... 

Tapi kannn... sampai-sampai jer di Connexion, setelah acara bermula...perkara pertama yang cikgu "beauty trainer" minta semua peserta yang hadir lakukan adalah menghilangkan segala solekan. Muahahaha... Padan muka!!! Siapa suruh beria sangat bersolek??? Kan dah kena bersihkan semua solekan tu??? Hati dah terdetik tetapi masih nak bersolek juga... Kannn dahhh kena bersihkan... Dalam hati menyesal pula bersolek awal-awal...Hik hik hik... 


Memandangkan Farah dah siap bersolek dengan "eye liner" dan maskara segala bagai, perkara pertama yang perlu Farah lakukan adalah menghilangkan solekan mata itu dan juga gincu dengan menggunakan ZA Eye & Lip Makeup Remover. Memang sangat bagus, bukan semata-mata Farah menghadiri bengkel ini yang dianjurkan oleh CLEO dan ZA membuatkan Farah puji tinggi melangit, tetapi memang itu kenyataannya... Hanya dengan sekali sapuan ia mampu menanggalkan kebanyakan dari "eye liner", maskara dan juga gincu. 


Ini adalah gambar pembersihan fasa kedua... Ecewahhh, main fasa-fasa pula dah... Wajah dibersihkan dengan menggunakan satu lagi produk ZA iaitu... 


ZA Cleansemax Double Cleansing Gel yang membersihkan segala macam mak nenek kotoran, solekan dan juga minyak yang Farah gunakan dan hasilnya anda boleh lihat di dalam gambar di atas. Bersihkan??? Yang menariknya, pembersihan hanya cukup sekadar dengan kapas. Tidak perlu menggunakan air. Ini sangat sangat bagus pada Farah, boleh simpan dalam kereta...Heee... 


Bukan pandai-pandai sendiri, tetapi dengan panduan daripada Megumi Mitsui, langkah demi langkah bersama-sama dengan penerangan. Bagaimana caranya, hendak bermula dari mana, apakah langkah yang seterusnya. Tiba-tiba jadi pandai bahasa Jepun "I is" pada hari kejadian...Ha ha ha, tak adalah, Megumi Mitsui memang memberikan penerangan dan panduan di dalam bahasa Jepun tetapi ada penterjemah. Ngeee.... 


Warghhhh, makan budak!!! Ha ha ha... langkah yang seterusnya adalah memakai "mask" yang sebenarnya tidak perlu dibeli pun jika anda memiliki ataupun membeli produk ZA yang satu ini untuk dipakai. Bermakna... ini adalah "mask" yang dibuat sendiri di rumah. Ya, boleh dibuat sendiri... 


"Mask" boleh dibuat sendiri dengan menggunakan produk ZA True White Toner. Hanya gunakan tisu biasa dan basahkan tisu tersebut dengan satu penutup ZA True White Toner dan pakai pada wajah. Rasanya memang "best" sebab kannn... rasa sejuk jer... sambil-sambil tutup mata, memang tenang jerlah perasaan itu. Ha ha ha...Bila dah muka, boleh terasa keanjalan, kehalusan, kemulusan dan kesegaran tu. Farah cerita sebab Farah "tap tap" dan layur-layurkan jari pada muka Farah...Dan itulah yang Farah rasa. 


Errr...apa ni? Ini adalah krim... Ha ha ha... Krim untuk disapu pada muka... yang diberi nama ZA True White Day Cream dengan SPF 20...


Banyak juga "day cream" yang telah Farah cuba tetapi yang satu ini, ianya tidak berminyak dan tidak terlalu putih dengan kulit wajah...Bila disapu ianya seakan-akan "blend" dengan kulit... Sewaktu main sapu-sapu nilah Megumi Mitsui memberi arahan kepada kami yang hadir untuk menyelak alas kerusi yang kami duduk untuk melihat hadiah misteri yang diberikan kepada kami untuk langkah seterusnya... 


Tadaaaa... ZA True White Perfect Protector SPF 50 4 in 1 Multi Protector with 99% UV Cut, Pollution Protect, Make Up Base and Brighten Skin... Yer, ada 4 fungsi kesemuanya... Ini dipakai setelah memakai "day cream"... Selain itu...ia juga bertindak sebagai pengawal minyak yang diperkaya dengan Vitamin C.... Untuk wajah sahaja...Manakala untuk badan... 


ZA True White Power Block UV SPF 50... sempat  jugalah main sapu-sapu di tangan, tapi Farah suka dengan baunya dan juga "features" yang tidak berminyak. Tak terasa macam sedang memakai "sun block" yang berminyak-minyak ataupun melekit-lekit... Rasa semulajadi jer... Macam rasa tak pakai apa-apa jer... 


Dah habis sapu-sapu semua, tiba ke bahagian yang paling Farah suka!!! He he he, bermain dengan alat solek... Waktu yang dinanti-nanti oleh Farah... 


Gembira dan sukanya rasa hati bila nampak bermacam-macam jenis alat solek yang ada atas meja...Ha ha ha, kalau di butik solekan tak dapat nak beli semua kan? Ha tu diaaa...di sini macam-macam ada.... Pilih ajerlah nak yang mana... Tapi sebenarnya pembantu-pembantu Megumi Mitsui yang pilihkan mengikut kesesuaian kami-kami yang hadir... 


Setiap seorang menerima satu beg kecil yang mengandungi alat-alat ataupun "tools" untuk bersolek... Setiap seorang dapat satu, makanya tak perlu nak rebut-rebut sangatlah ok??? Ngee.... 


1. Mulakan dengan ZA Perfect Fit Concealer untuk menutupi "eye bag", cela, yang mana-mana anda nak selindunglah...He he he... Tapi secara seriusnya Farah jatuh cinta dengan ZA Perfect Fit Concealer ni sebab ianya sangat bagus pada Farah. 

2. Saiz atau amaun ZA Perfect Fit Concealer yang perlu dipakai tidak banyak, hanya sesaiz dengan sebiji mutiara sahaja. Jangan lebih-lebih sangat, nanti putih melepak semacam pula muka tu.... Ha ha ha... 

3. Mulakan pemakaian ZA Powder Foundation, selepas pakai "concealer" jangan pakai "powder foundation" dengan cara menyapu sebab ia akan membuatkan "concealer" yang dipakai turut sama tertarik ataupun cacatlah kiranya... maknanya asal-asalnya nak tutup cela, tapi akhirnya nampak juga jika kita memakai "powder foundation" dengan cara menyapu span ke wajah. Caranya cukup sekadar main "tapping tapping" sahaja... Dengan cara itu, solekan asas akan lebih rata dan cantik. Oh ya, tipsnya, jika pakai "liquid foundation" pula, sila pakai "liquid foundation" terlebih dahulu kemudiannya barulah pakai "concealer"... 

4. Langkah seterusnya sila pakai pemerah pipi. Ini pun ada teknik yang tersendiri, bergantung kepada rupa solekan bagaimana yang anda mahukan...sama ada "sharp", "cute"... Yang pastinya jika ingin memakai pemerah pipi perlu mencari titik tengah di antara hidung dan juga tepi wajah. Mulakan dari situ mengikut teknik yang anda mahu kelihatan dari solekan. 


5. ZA Brow Liner adalah produk ZA yang terlaris di Malaysia. Masa untuk bentukkan kening anda. Ini pun ada tekniknya yang tersendiri supaya kening terbentuk kemas dan cantik. 

6. ZA Eye Shadow... warna yang menjadi pilihan Farah, semestinya "metallic" dan "earthy" ataupun "sand colour"... Warna-warna yang bersesuaian dengan Farahlah...Ha ha ha... "I is" kurang minat kuning "mustard", hijau segala bagai tu... Bukan tak pakai tapi kurang minat.

7. ZA Gel EyeLiner... menjadi pilihan Farah, ada 2 jenis "eye liner" yang disediakan, Farah boleh memilih sama ada nak jenis cecair ataupun gel... Disebabkan di bengkel, Farah lebih suka memilih yang berbentuk gel sebabnyaaaa... kalau jenis cecair ni nak tunggu kering bagai...Memang akan memakan masa...Lagipun, biasa lukis depan cermin seorang diri, ini depan orang ramai cam tak selesa pula nak melukis... ha ha ha...nanti jadi cacat pula pemakaian "eye liner" Farah.... 


8. Gunakan "lash curler" untuk melentikkan bulu mata anda... Muahahaha...ini kalau Ash tak perlu ni sebab bulu mata dia dah lentik. Mommy "is jelly" dengan bulu mata Ash... 

9. Selepas menggunakan "lash curler"... gunakan maskara ZA Killer Volume...Ha ha ha... "killer" sangat tauuu.... 

10. Yang terakhir, sila aplikasikan gincu... ZA Vibrant Moist Lipstick yang terbaru dari ZA...warnanya memang "vibrant" dan cantik, itu Farah tak nafikan... Aplikasi dengan menggunakan berus supaya lebih rata dan cantik terbentuk.... 

Hasil akhirnya??? 


Ha ha ha, bukan kata anda yang tengok seram, Farah sendiri yang tengok pun seram sebabnya al-maklumlah bersolek di bawah sinaran lampu kuning... Inilah jadinya...ha ha ha, solekan tertebal sedikit... Tapi inilah hasilnya daripada garis panduan yang Megumi Mitsui ajarkan pada kami-kami yang hadir pada hari kejadian... Huh, dahlah "shawl" warna "chilli red"... bibir pun sama ko.... 


Inilah cikgu kita wakkk... He he he... sempat "selfie" bersama cikgu tau tak... Yeayyy... "I've passed with flying colours... Thank you Ms. Megumi Mitsui..."... Satu pengalaman yang sangat berharga dan banyak ilmu yang diperoleh dari bengkel kecantikan yang dianjurkan...   


"Last but not least"...Inilah dia "crime scene partner" pada hari kejadian... Ayue Jean, disebabkan rumah dia dekat, apa kata meh "join" sekali, lagipun minat kami sama... solek menyolek, alat solek...Kan ke hari tu baru jer lagi pergi  "cosmetics hunting" dengan dia... Dia pun sama memang minat kumpul alat-alat solek dan bahan-bahan solek ni... 

Apa-apa pun, pengalaman pertama menghadiri bengkel kecantikan ini memang sangat berharga dan tak rasa rugi pun habiskan masa di sini dari pukul 2 petang sehingga pukul 5 petang... Jika tidak diundang mungkin Farah pun tidak tahu tentang bengkel kecantikan ini dan jika datang melalui pendaftaran sendirian berhad, melalui sumber di SINI setiap peserta harus membayar yuran sebanyak RM35 seorang dan tempat adalah terhad. Ilmu percuma yang didapati ini memang sangat berbaloi baloi, dan jika berbayar pun Farah sanggup kot untuk bayar... Sebab minat kann??? Terima kasih CLEO Malaysia, ZA dan juga Blu Inc Media Sdn Bhd di atas jemputan dan peluang ini. *_^... 

Dapatkan Artikel terbaru dari Situs ini melalui e-mail Anda.

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel CLEO & ZA "Beauty Workshop... Bersama Megumi Mitsui, diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Wednesday, June 3, 2015.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

7 comments:

  1. Nani sekarang pakai jugak alat pencuci nak bersihkan make up tu tapi tak berapa nak berkesan. Boleh lah try yang ni pulak. :D

    ReplyDelete
  2. wow...bestnya pi beauty workshop ni...

    ReplyDelete
  3. best kan? mary kay pon selalu jugak buat bengkel kecantikan mary kay..kalau farah nak try bengkel kecantikan mary kay pulak, haa jgn segan silu contact sy..hihi paling best kalau pegi dgn member2..have fun sama2..=D

    ReplyDelete
  4. haaaaa.. bestnya.. nak belajar mekap jugak..

    ReplyDelete
  5. wahhh antek dua dua.jeleeess!

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia

iWON.MY