Home » , , , , , » Bengkel MYRYL | Warna & Kerjaya

Bengkel MYRYL | Warna & Kerjaya


Sudah lama sebenarnya diri ini tidak menghadirkan diri ke sebarang bengkel yang sebegini... Dan nak dijadikan cerita, hari Sabtu, 13 Jun 2015, Farah telah berpeluang untuk turut serta mengikuti Bengkel Warna & Kerjaya yang telah dianjurkan oleh pihak MYRYL.

MYRYL (disebut sebagai my-real) yang merupakan singkatan bagi "Master Yourself Revamp Your Life"  ialah sebuah syarikat yang diasaskan oleh Shuhada Alauddin sejak 3 tahun dahulu. Ianya adalah merupakan salah satu di antara syarikat pertama yang menawarkan kursus di dalam bidang pembangunan personaliti melalui terapi warna yang digandingkan dengan analisis tingkah laku ("behavioural analysis"). Kelebihan mereka: MEMBANTU INDIVIDU MEMBUAT PERTUKARAN KERJAYA.

Aikk??? Nak tukar kerjaya atau bidang ke??? Ini kira jujurlah, bukan sebab nak riak atau menunjuk-nunjuk atau perasan diri "champion" yer...Ada ramaiiii lagi yang lebih bagus dan lebih bijak pandai dari Farah di luar sana...tetapi kalau bertukar bidang atau kerjaya sekali pun dari apa yang Farah sedang lakukan sekarang...In Shaa Allah, sekiranya kerjaya itu bersesuaian... Farah mampu untuk melaksanakan apa yang sepatutnya dilaksanakan... Disebabkan kalau nak ikut-ikut, diri ini telah lebih dari 12 tahun dah menceburi bidang kerjaya dan juga dah bermacam bidang dah yang Farah ceburi...Ihikss...Sajaaa, nak rasa puas-puas dan nak jadi "all rounder"...Masa muda-muda dulu, darah muda, darah tengah panas, semua industri, semua bidang kerjaya pun nak cuba...Tetapi di usia awal 30-an ni, dah bukan waktu main-main dah, dah tiba waktu untuk fokus dan fikir apa yang Farah nak buat dengan hidup Farah ni... Wohoooo... Serius sangat bunyinya... Tetapi betullah kann??? "By the age of 30 you should have think what are your next steps and what are your plans for you to settle down...but keep on moving"... 



Shuhada Alauddin, pengasas MYRYL yang merupakan pakar Pembentukan Personaliti, Terapi Warna & Analisis Perlakuan dan juga seorang yang pernah melalui perubahan kerjaya sebelum ini; beliau telah menghasilkan modul-modul khas yang membincangkan tentang topik-topik tertentu bagi membantu setiap individu menghasilkan apa yang diingini; dengan perubahan kerja dan business start up sebagai matlamat utama. Sebagai salah seorang blogger yang telah diundang untuk menghadiri bengkel ini, Farah telah berpeluang merasai sendiri secara praktikal apa yang terkandung di dalam DVD "Warna & Kerjaya" --> tentang DVD ini akan Farah kongsikan secara terperinci di dalam entri yang seterusnya yer??? Sekarang kita bercerita dulu tentang bengkel ini... 

Aktiviti Pertama

Mula-mula jer, awal-awal lagi, kami sebagai peserta telah diarahkan supaya melukis diri sendiri...Lukisan tentang diri sendiri ni, tak kisahlah bagaimana rupa bentuknya, kalau nak suruh Farah lukis gambar wajah sendiri memang tak dapekkk lahhh oiii...Ha ha ha, tak berseni sangat nak melukis potret ni, nanti lain jadinya...Yang retinya lukis orang lidi jer... Makanya, kena jadi kreatif ok? Kreatif..."Instead of" lukis potret wajah kita pakai "mind map" jer untuk melukiskan diri sendiri. Lukisan diri sendiri ni adalah lebih kepada bagaimana kita mengambar diri kita sendiri. 


Kalau dah suruh lukis tu, tentu-tentulah selepas itu akan disusuli pula dengan aktiviti yang melibatkan para peserta untuk menerangkan tentang lukisan diri masing-masing... Untuk sesi ini, tidak semua peserta yang terlibat untuk menerangkan tentang diri masing-masing...Ahakss...kalau kesemua peserta yang terlibat nak terangkan tentang lukisan diri masing-masing ni, Farah rasa, tak cukup separuh hari program ni...Mungkin sampai ke malam...Makanya, kita ambil beberapa orang peserta dari peserta-peserta yang hadir... 

Intipati perkongsian di Bengkel MYRYL | Warna & Kerjaya ini adalah:
  • "WHO AM I?" - teknik mengenal diri melalui warna dan penomboran
  • "UNLOCK & UNLEASH" - teknik sistematik untuk mengatasi kekangan minda dan mencapai matlamat
  • "WALK THE TALK" - aplikasi warna dalam kehidupan seharian
Aktiviti Kedua

Aktiviti kedua yang dilakukan adalah diagnosis tentang warna luaran diri. Menurut Shuhada, di antara sebab-sebab pentingnya mengenali warna diri adalah:
  • mengenalpasti kekuatan diri yang boleh dijadikan sumber kekuatan sewaktu anda dalam kesusahan.
  • mengenalpasti potensi diri yang boleh dikembangkan 
  • mengenalpasti kelemahan yang boleh diatasi
  • meningkatkan keyakinan diri kerana anda sedar akan kelebihan diri anda
Teknik mengenal warna diri yang diperkenalkan oleh Shuhada adalah Applied Kinesiology - believe to see it, 100% penyerahan dan berfikiran terbuka. Sedikit sedutan aktiviti praktikal diagnosis warna luaran diri yang ingin Farah kongsikan adalah melalui video yang sempat Farah rakamkan di sini... 


Setelah melihat penerangan dan juga aktiviti praktikal oleh Shuhada, kemudiannya semua peserta telah berpeluang untuk melakukan diagnosis ke atas warna luaran diri masing-masing... 


Agak-agak apakah warna luaran diri Farah??? Ngeh ngeh ngeh...Tekalah tekalah, cubalah teka... Macam wowww...bestnya...ahakss..gedik... sebab Farah memang suka warna itu...dan secara kebetulan memang itulah warna luaran diri Farah... Warna luaran diri Farah adalah MERAH JAMBU a.k.a. "pink!!!"...


Menurut Shuhada, teknik yang beliau perkenalkan ini adalah 99% tepat kerana telah banyak diagnosis yang dilakukan dan telah banyak yang dapat dilihat yang menunjukkan bahawasanya teknik ini sebenarnya memang tepat... Untuk MERAH JAMBU itu --- Orang yang mempunyai warna luaran diri MERAH JAMBU adalah seorang yang terbuka, tenang, menghayati, rasional, kreatif, kasih sayang, keriangan, pemurah, prihatin, kematangan, intuitif, tersendiri, reka cipta, "moody", pasif, suka bersaing dan lapang dada. Warna-warna lain ada dinyatakan di atas...Ianya bukan suka-suka anda suka warna BIRU warna biru adalah warna luaran diri anda yer...atau anda suka HIJAU, HIJAU adalah warna luaran diri anda... "No no no no no"... Ada caranya, ada langkahnya dan ada diagnosisnya...bukan suka-suka kita nak pilih warna apa yang kita suka... 


Selepas diagnosis? Selepas mengetahui warna luaran diri masing-masing??? Seterusnya adalah aktiviti penilaian... penilaian sama ada apa yang dinyatakan adalah benar ataupun tidak ke atas diri masing-masing. Bagi Farah, warna luaran diri itu, apa yang digariskan untuk Farah sememangnya tepat...cuma tentang "moody" atau pasif tu tak tepat...He he he...Farah "moody"? Farah pasif? Memang taklah kannn??? 

Aktiviti Ketiga


Pengenalpastian nombor luaran diri pula... Ada teknik pengiraan yang tersendiri juga... Setiap nombor membawa setiap maksud yang berbeza... Dan warna luaran diri Farah adalah 1... *_^... 

Aktiviti Keempat


Bengkel sebegini memang menarik, dan yang lebih menarik lagi, ada aktiviti ber-zumba ok??? Ha ha ha, kemain masing-masing kannn berzumba??? Tak percaya??? Jom tonton video yang sempat dirakamkan di bawah ini... 


Aktiviti Kelima


Aktiviti yang ini...hurmm... dah kong keng kong keng... bergelak ketawa dan berzumba... Sesi yang satu ini, membuatkan ramai di antara kami yang terdiam dan kedengaran bunyi sob sob sob...bila praktikalnya dilakukan ke atas diri sendiri secara berpasangan dengan rakan-rakan peserta yang lain... Memang Farah mengaku, sekuat mana pun kendiri dan semangat kita melawan arus, di dalam sesi yang dikenali sebagai SWISH ini... "you'll breakdown"... Patutnya sesuai buat sorang-sorang waktu tak ada orang ni...ngeh ngeh ngeh... "When I close my eyes...all I is... "...Jeng jeng jeng... Tetapi memang syahdu weiiii!!! Dan menusuk-nusuk ke dalam kalbu.... 

Begitulah di antara serba sedikit Bengkel MYRL | Warna & Kerjaya yang telah berlangsung pada 13 Jun 2015 yang lepas...Bengkel yang dikendalikan oleh Shuhada ini adalah sangat "fun", tidak membosankan, tidak mengantuk dan memang tumpuan serta fokus diberikan sepenuhnya ketika berlangsungnya bengkel tersebut. Farah ceritakan secara ringkas dan tidak menceritakan secara terlalu terperinci kesemuanya kerana ada lagi bahagian seterusnya yang Farah ingin kongsikan kepada anda... Heeee... Tetapi inilah di antara pengisian bengkel yang dikendalikan oleh pihak MYRYL dan Shuhada Alauddin yang sebenarnya mampu memberikan sesuatu impak di dalam kehidupan anda. Farah berani mengatakan sebegini kerana impak itu telah Farah rasai sendiri... Jika ingin dikongsikan kesemuanya, sememangnya entri ini akan menjadi sangat berjela-jela... Kalau boleh memang Farah nak sumbat secara terperinci kesemuanya...tetapi nantikan entri yang seterusnya mengenai DVD Warna & Kerjaya ini yer... 


"Graduate" dahh... Selepas ini boleh aplikasi setiap dari pengisian bengkel ini untuk diri sendiri dan juga rakan-rakan yang ada sekiranya berminat... 


Inilah peserta-peserta yang terlibat dengan Bengkel MYRYL | Warna & Kerjaya yang masing-masing sangat berpuas hati dengan ilmu dan juga impak yang telah diperolehi ke atas diri masing-masing... 


Seterusnya, In Shaa Allah, Farah bakal kongsikan dengan anda tentang Prebiu Eksklusif DVD "Training" Warna & Kerjaya yang telah dilancarkan pada bengkel yang sama... Apakah yang menarik? Apakah yang bermanfaat... Nantikan tau... Nanti Farah cerita dengan lebih lanjut mengenai Warna & Kerjaya ini.... 

Terima kasih kepada pihak MYRYL kerana telah sudi untuk menjemput Farah dan rakan-rakan dari Kelab Blogger Ben Ashaari serta Projek Travel untuk mengikuti bengkel yang penuh dengan warna ini.

“People always have a dream job that they wish they could be doing and most often these people already have a steady career that has nothing to do with their dream job. So to get started all over again and do their dream job [even without leaving their current job] is going to be scary and normally people will choose to let it go and let it remain a dream.  So that’s what I’m trying to do here today; help them see and charter the way so that it can reduce their anxiety about starting from square one and hopefully get them one step closer to their dream” – kata Shuhada yang mempunyai pengalaman sendiri tentang pertukaran kerjaya apabila beliau membuat keputusan untuk meninggalkan kerjaya beliau sebagai peguam dalam bidang korporat selama 10 tahun bagi memulakan MYRYL dan kini menjadi perunding dan pakar dalam pembangunan personaliti, terapi warna dan analisis perlakuan.


Untuk Maklumat Lanjut:





E-Mail MYRLY:

Dapatkan Artikel terbaru dari Situs ini melalui e-mail Anda.

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Bengkel MYRYL | Warna & Kerjaya, diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Wednesday, June 17, 2015.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

6 comments:

  1. Satu program yang bagus... terbaiklah

    ReplyDelete
  2. Waaa menarik juga..
    Salam ramadhan

    ReplyDelete
  3. wow. a great sharing, farah.
    aida da lama x gi seminar gini.
    asyik seminar keje aje, naik muak dah.
    ada zumba!!! best... love zumba...

    ReplyDelete
  4. Best aktiviti camni.. Dpt kenali diri sendiri..

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia

iWON.MY