Home » , , , , , , » Bagaimana Mencuri Masa Untuk Anak???

Bagaimana Mencuri Masa Untuk Anak???


Ibu mana yang tidak terfikir tentang anak? Ibu mana yang tidak mahu meluangkan masa yang panjang dan banyak dengan anak? Bagi ibu-ibu yang membawa gelaran surirumah sepenuh masa, memang banyak masa dengan anak-anak, melihat telatah, perkembangan dan gelagat anak-anak setiap hari pada setiap inci dan setiap sudut di hadapan mata sendiri. Mendidik dan menjaga anak sendiri tanpa perlu menggunakan khidmat ataupun bantuan orang lain ataupun ahli keluarga. Wahhh sangat beruntungnya ibu-ibu yang memegang gelaran surirumah sepenuh masa itu. 

Itu yang mengakibatkan ada di kalangan ibu-ibu yang bekerja merasa cemburu dengan ibu-ibu yang memegang gelaran surirumah sepenuh masa ni...Ngeh ngeh ngeh... Tetapi apakan daya, sesetengah dari kita, sudah terbiasa bekerja, perlu bekerja demi tuntutan kehidupan pada masa kini. Nak harapkan suami semata-mata, timbul rasa kasihan kerana kos sara hidup yang tinggi akan membuatkan suami sangat terbeban jika hanya seorang diri sahaja yang bekerja melainkan suami itu benar-benar mampu yer tak??? Tapiii, tidak dinafikan juga, ada ibu-ibu yang bergelar surirumah sepenuh masa sebenarnya tidak duduk diam sahaja di rumah sebaliknya melakukan kerja-kerja "freelance" dan perniagaan secara atas talian dari rumah. Contohnya perniagaan kek, tempahan jahitan dan sebagainya bagi membantu meringankan sedikit beban perbelanjaan isi rumah.

Farah ni lah sebenarnya kalau ikut-ikut rasa hati memang nak bekerja secara "freelance" dari rumah supaya ada lebih masa untuk Iman Ash. Memang cita-cita diri ini nak bekerja secara "freelance" tetapi bila bekerja secara "freelance" ini, faham-faham ajerlah kann??? Pendapatannya tidak sama seperti kita bekerja dengan gaji bulanan. Kena bijak menyimpan gitchewss!!! Kewangan memang nak kena rancang betul-betul, nak nak lagi ada anak kecil yang sedang membesar dan semasa di dalam proses tumbesaran ini memang banyak perbelanjaan yang akan terlibat. 

8 jam melakukan tugasan di pejabat sudah cukup menekan anda, apatah lagi apabila anda terpaksa menggunakan lebih dari tempoh tersebut untuk bekerja. Anak-anak di rumah diabaikan. Jadi bila masa untuk anda menghabiskan masa bersama? Bagi ibu-ibu yang bergelar blogger pula...Ha ha ha, nak selit juga, ada masanya hujung minggu iaitu hari tidak bekerja, peluang itu diambil untuk menghadiri acara-acara yang berkaitan dengan tugasan blog, ada ketikanya sesuai untuk membawa anak-anak, ada kalanya tidak sesuai dan anak-anak terpaksa ditinggalkan. Bergantung kepada konsep dan juga apakah jenis acara yang berlangsung...Nak nak lagi yang beranak kecil macam "I is" ni kann??? Ikut rasa hati memang nak angkut jer, tetapi bila bekerja kita terpaksa akur dengan sistem dan kehendak kerja...Bukan semua tempat sesuai untuk membawa anak kecil ataupun anak-anak... 

Melalui sumber di SINI, sekiranya anda tidak memiliki waktu yang tepat bersama keluarga, bolehlah cuba-cuba untuk mengikuti langkah-langkah yang disarankan berikut: 

Berada Di Dua Tempat Sekaligus
Haaah??? Macam mana nak ada di dua tempat sekaligus, ha ha ha, nak belah badan kepada dua kah? Kalau boleh belah dah lama dah belah yer tak??? Tapi nanti, kalau belah, jadi Innalillah pula kita ni yer tak? Begini, apabila anda keluar bekerja, buatlah supaya anak anda mengingati anda. Mudah sahaja...calitkan wangian anda pada pakaiannya agar dia berasa selalu dekat dengan anda. Anda juga boleh merakam suara ataupun tinggalkan pesanan bagi menunjukkan anda prihatin terhadap mereka.

Gunakan Waktu Sebaik Mungkin
Jika anda harus bekerja pada malam hari, usahakan menemani anak kecil ketika tidur pada siang hari. Gunakan waktu sebaik mungkin sepanjang masa pada siang hari. Dan sebaliknya juga, jika anda bekerja waktu pejabat biasa. 

Teruskan Rutin
Jangan biarkan masa kerja anda yang tidak tetap mengganggu aktiviti sehari-hari. Anda memerlukan konsistensi di rumah agar mereka berasa selesa. Memastikan waktu makan, mandi dan tidur dilakukan secara teratur. Biarkan aktiviti mereka pada siang hari dilakukan pada siang hari, begitu juga malam hari.

Itu kata artikel, sedikit tambahan dari Farah... Farah kebiasaannya akan usahakan waktu "bonding" di antara kami sama ada di rumah atau di luar rumah dengan melayan kehendak Ash...melayan kehendak bukan bermakna menuruti segala, kita ibu, kita bapa, maka kita tetapkan batasnya... Jika di rumah, memang Farah akan fokus kepada Ash sehinggalah Ash terlelap tidur dengan lena. Selepas itu, baru Farah akan lakukan tugasan-tugasan lain... Jika di rumah memang jarang Farah pegang telefon ataupun tablet melainkan Ash tidur. Itu yang jadinya berkodi-kodi mesej What's App yang harus dibaca satu persatu...Muahahaha...Teeetttt...Makanya kalau Farah menghilang dan diam tu faham-faham jerlah kann??? La la la la.... 

Kalau di pejabat pula... Farah kebiasaannya akan kerap menelefon Ash... Walaupun bahasanya entah apa-apa dan sukar nak difahami...bagi Farah asalkan dia mendengar suara Farah di talian telefon... Memang sejak ada Ash ni, kehidupan seharian agak mencabar bagi Farah kerana Farah sering terkejar masa... "However, I am happy, so so happy with my life now that I don't have anything to regret or to mumble about".... Alhamdulillah... Menjadi ibu bapa bukannya mudah yer tak? Ada cabarannya yang tertentu...Setiap orang pun sama... 

Dapatkan Artikel terbaru dari Situs ini melalui e-mail Anda.

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Bagaimana Mencuri Masa Untuk Anak??? , diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Wednesday, June 3, 2015.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

5 comments:

  1. Teringin nak jg anak sendiri....tapi mcm frh ckplah tuntutan kehidupan sekarang kan.....

    ReplyDelete
  2. Memang agak mencabar bagi seorang ibu yang berkerjaya ni. Tapi yang penting utamakan family :)

    ReplyDelete
  3. Betul tu farah..kalo weekdays, waktu malam adalah masa yang KHAS untuk anak2 je.Nak siapkan kerja rumah yang tak pernah selesai tu tunggu dorang tido dulu.Kalau tak memang tak boleh fokus wat keje sebab kesian dgr yg kecik menceceh panggil ibu..yang abg pulak pun tak kurang jugak. Dua2 nak ibu ada dekat ngan dorang je hihihii.Apa2pun memang sonok melayan anak2 walaupun agak kepenatan n stress tengok urusan rumah blom settle..masa dengan anak paling berharga.

    ReplyDelete
  4. sentiasa mencuri masa utk anak2 dan mr.asben.
    resmi kita ni ibu bekerja kan, farah...
    bekerja utk kehidupan.
    keluarga utk akhirat...
    in shaa Allah :)

    ReplyDelete
  5. ibu bekerjaya yang sentiasa berkejaran...huhu

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia

iWON.MY