Tips Elak Anak Rabun Jauh...

Sumber dari Google
Kalau ikut-ikutkan, Mommy Ash memang ada rabun jauh... Dan bagi yang tidak tahu... Selama ini Farah memang rabun jauh punnn.... Semenjak dari Darjah 6 dah bercermin mata ok??? Iya, Farah adalah bercermin mata dan kalau buka cermin mata, memang nampak bayang jer lah... Ho ho ho... Masuk sekolah menengah, waktu tengah-tengah nak up... Mula memakai kanta lekap. Sehinggalah sekarang... Berapa kuasa cermin mata atau kanta lekap yang perlu Farah pakai??? Ehem ehem...silalah percaya... Jika cermin mata, kuasanya adalah -6.50 bagi kedua-dua belah mata kiri dan kanan. Jika berkanta lekap, kuasanya adalah -6.00 kedua-dua belah mata kiri dan kanan. Tinggi tak??? Tinggi kannn??? Cumanya kini Farah sangat-sangat jarang memakai cermin mata kerana lebih selesa berkanta lekap. 

Satu jer harapan...kalau boleh Ash janganlah ikut jejak Mommy dia jadi rabun dan memakai cermin mata... Kalau bolehlah... Tapi kalau tak boleh nak buat cam mana yer tak??? Sebenarnya boleh jer nak elakkan anak-anak dari rabun jauh... Melalui pembacaan sepantas kilat di artikel INI...

Sekarang ni kalau diperhatikan ramai kanak-kanak kecil yang boleh dilihat bercermin mata. Pemakaian cermin mata bertujuan untuk merawat masalah kerosakan mata yang dihadapi oleh anak. Cermin mata biasanya dipakai disebabkan oleh masalah kerosakan mata akibat rabun jauh. Ibu bapa boleh membantu anak menjaga kesihatan mata bagi mengelakkan berlaku masalah rabun jauh...

1. Kurangkan aktiviti di dalam rumah yang membuatkan mata anak melihat objek yang statik seperti menonton televisyen, melihat telefon pintar, komputer, tablet atau permainan video di televisyen. Jika membuat aktiviti tersebut, hadkan masa paling optimum sebanyak 30 minit.

2. Galakkan anak melihat pemandangan hijau dan jauh.

3. Galakkan anak melakukan aktiviti di luar rumah seperti bersuka, berbasikal, berenang dan memanah.

4. Beri anak makan makanan berkhasiat yang kaya dengan karoten seperti lobak merah.

5. Sekiranya anak membaca atau menulis, pastikan mereka duduk di dalam postur tegak di kerusi dan meja yang bersesuaian. Elakkan meniarap atau berbaring untuk melakukan aktiviti ini. 

6. Pastikan jarak buku dan mata adalah 30cm semasa membuat aktiviti membaca.

Phewww, penampakkan seperti mudah tetapi ianya tidaklah semudah yang disangka yer tak? Atau ianya tidaklah semudah ayat yang disusun indah sebagai informasi... Sebabnya... jika beginilah, ketika anak-anak membaca atau mengulangkaji pelajaran, nampak gayanya kenalah duduk perhatikan ajer anak...Tak payah buat kerja lain... Hurmm... Makanya, jika betul-betul menjaga kena lepaskan yang lain dan kena duduk bersama anak ketika aktiviti membaca, melihat atau menggunakan gajet dilakukan... He he he... Tapi Farah tak terkejut pun jika ada ibu bapa yang mampu melakukan sebegitu... Kira-kira kita ambil positif dan kita terima saranan ini yer? Bukan memperkotak-katikkan cumanya kena fikir cara terbaik melatih anak membaca dengan kaedah atau cara yang betul dan menggunakan gajet menggunakan saranan-saranan yang dicadangkan di atas. "No doubt, parent plays the role" kannn??? 

Dapatkan Artikel terbaru dari Situs ini melalui e-mail Anda.

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Tips Elak Anak Rabun Jauh... , diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Thursday, May 28, 2015.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

12 comments:

  1. Nice sharing. Sekarang ni budak-budak banyak terdedah dengan skrin gajet..

    ReplyDelete
  2. tang menulis sambil niarap tu mmg la anak2 suka buat... kena pantau la ni... thanks sharing farah... :D

    ReplyDelete
  3. Kira tinggi tu Farah.....Masa okje sekolah rendah mmg teringin nak pakai spek sebab tgk kawan pakai spek hihi... Jenuhlah pakai cermin mata abg ipar kasi rosak mata.....Tp tak menjadi jugak.

    Dah tua tua ni baru rabun sikit itupun agaknya byk tgk komputer, tp okje kalau tak pakai spek pun masih nampak lagi

    ReplyDelete
  4. tips yg bagus... leh prektik bila dah ada anak nati... hehehe

    ReplyDelete
  5. Salam kakak Farahku..wah dah berubah wajah blog die..penuh dengan info huhu

    ReplyDelete
  6. saya detected rabun jauh. Baru je sebulan pakai spec. Doktor kata awk banyak tengok screen. Heheheeh, silau kita pun kuat

    ReplyDelete
  7. Bagus tipsnya farah, baik cegah dari dapat, tp seandainya tak boleh elak tak apa, pakai cermin mata pun okey sekarang ada mcm2 fesyen...asben ju pun rabun jauh, dah berapa tinggi dah kena tukar.

    ReplyDelete
  8. kdg2 kan sy kesian bila tgk anak2 br je msk tadika da bercermin mata... thanks 4 the tips

    ReplyDelete
  9. tips yang sangat bermanfaat mba .. terimakasih infonya ..

    ReplyDelete
  10. huaaaaaaa, lepas ni mmg kena selalu bawak dia main kt luar, pergi playground.kan kak!

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia

iWON.MY