Teman Imaginasi - "Imaginary Friend"...

Sumber dari Google
Agak-agaknyalah kan... kalau-kalau anak-anak anda ada teman imaginasi - "imaginary friend", apakah perasaan anda? Seriau? Tak kisah? Ikut suka anaklah? Suka? Bila lihat anak seolah-olah berkomunikasi dengan orang lain yang kita tak nampak, bila lihat anak seperti sedang bergurau dengan seseorang tapi kita tak nampak.... hu hu hu, bila anak kata yang kawan mereka ada di satu sudut rumah sedang tunggu dan ajak mereka bermain tapi kita tak nampak... Ada rasa seram tak yang mungkin timbul? Ha ha ha, bukan apa, Farah mengatakan begini kerana terlalu banyak menonton cerita seram kot? Ada satu cerita seram tu... apatah tajuknya, anak kecil ada teman imaginasi yang orang lain tak nampak... tapi rupa-rupanya teman imaginasi anak tu memang betul-betul wujud iaitu hantuuuu.... Makkk.... takutnya... (dah tau penakut tapi lagi nak melawan arus tengok cerita-cerita seram macam tu kan? Muahahaha)

Pada peringkat usia kanak-kanak yang dikenali sebagai "toddler and kids", perkembangan kognitif anak-anak memang sangat cepat serta aktif. Anak-anak semakin akrab dengan persekitarannya dan sedar bahawa mereka tidak bersendirian. Lepas tu cipta dunia mereka sendiri berdasarkan apa yang dilihat oleh mereka dalam kehidupan seharian. Jangan terkejut atau fikir pelik-pelik pula bila anak-anak mengatakan mereka nampak sesuatu di bawah tempat tidur, bercakap-cakap dengan anak patung atau konon-kononnya bergurau atau ketawa dengan "kawan" yang hanya ada di dalam imaginasi mereka. Ok ok, tidak dinafikan kita ni sebagai mak-mak yang kebanyakkannya penakut macam Farah juga, kadang-kadang terfikir yang rumah kita ada "benda" yang menyinggah ataupun sememangnya "berpenghuni" lain... Tapi cuba kita tepis pemikiran itu jauh-jauh kalau boleh sebab kalau betullah "benda" itu ada, lagi kita fikir, lagi "dia" seronok... Kot? Pada Farah lah...

Anak-anak lelaki kebiasaannya cenderung mengkhayalkan "superhero" sebagai sahabat yang selalu menemani dia. Sementara anak perempuan pula mungkin menyukai fantasi dunia "princess". "Let it go... let it go..."... Ha ha ha...

Melalui satu artikel yang Farah baca dari negara jiran kita Indonesia tidak berapa lama dulu, sebuah kajian mengatakan bahawasanya anak-anak memiliki teman imaginasi - "imaginary friend" sehingga berusia 7 tahun. Selepas usia 7 tahun mereka secara perlahan-lahan akan mula melupakan teman imaginasi ini.

Kebaikan Teman Imaginasi
Anda rasa teman imaginasi ni baik ke untuk anak-anak? Kalau kita bayangkan yang teman imaginasi ini mengakibatkan anak-anak suka menyendiri dan bersifat "introvert" memang kita tak nampaklah kebaikkannya. Anak tunggal ataupun anak sulung yang jaraknya jauh dengan adik memang cenderung memiliki teman imaginasi. Ohhhh... Ashhh... Melalui artikel yang sama di SINI

  • Anak yang mempunyai teman imaginasi bukannya "introvert" atau suka bersendirian, sebaliknya mereka sangat suka berinteraksi dengan orang lain. Bila tiada sesiapa yang ada di sekeliling untuk mereka berinteraksi, mereka akan menciptakan seseorang.
  • Anak yang mempunyai teman imaginasi mempunyai empati yang lebih baik dari rakan-rakan sebaya yang tidak mempunyai teman imaginasi. Mempunyai penguasaan bahasa yang lebih tinggi, mampu bersosial dengan lebih baik dan mempunyai ramai kawan. 
Kebaikan Bagi Ibu Bapa
Menurut beberapa teori psikologi, anak yang mempunyai teman imaginasi kerap menggunakan teman imaginasi mereka sebagai medium untuk mengekspresi keinginan mereka yang terpendam. Jadi ibu bapa harus peka supaya dapat mengetahui apakah yang sebenarnya yang diinginkan oleh anak-anak.

Bila anak ada teman imaginasi, perlu ke kita sebagai ibu bapa turut berimaginasi sama??? Untuk tujuan bermain, oklah kot... tapi kalau nak sediakan makan malam ekstra dengan pinggan yang ekstra... itu memang tak perlu dan pada Farah agak melampau juga kot? 

Teman imaginasi bermanfaat dari satu sudut positif yang boleh kita lihat sebagai:

  • Memberi peluang kepada  anak-anak untuk mengembangkan kreativiti melalui pelbagai jenis atau corak permainan dan mencuba banyak perkara baru berdasarkan imaginasi.
  • Mengembangkan emosi dan tindakan, seperti rasa takut atau marah, belajar mengekspresi perasaan tersebut.
  • Memberikan peluang kepada anak untuk mengatur dan mengawal teman imaginasi kerana dalam kehidupan seharian kita sebagai ibu bapa yang lakukan pada mereka. Kira macam ala-ala kita boleh tengoklah apa yang kita beritahu serap masuk atau tidak pada mereka. 
  • Memberi ruang kehidupan peribadi yang tidak boleh dimasuki oleh orang dewasa.
Teman Imaginasi - "Imaginary Friend" Akan Mendatangkan Masalah Bila Mana? 

Ianya merupakan satu-satunya teman anak. Anak jadi tidak minat untuk bersosial. Hidupnya penuh dengan imaginasi dan seolah-olah hidup dalam dunia khayalan sahaja. Oiiii bahaya ni oiii... Silalah ambil tindakan yang cepat dan lakukan apa sahaja supaya anak-anak boleh kembali ke alam realiti yer? 

Ash tak adalah teman imaginasi buat masa sekarang. Tapi kalau ikutkan Mommy dia masa kecil-kecil memang suka main dan bercakap seorang diri. Al-maklumlah awak tak ada adik beradik kan? Masa kecil-kecil sebelum capai usia 5 tahun memang tak keluar rumah bermain. Nek Ma Ash tak bagi. Dah masuk tadika baru lepas kat taman permainan kat hadapan rumah. Ha ha ha, makanya sebelum-sebelum tu nak berkawan dengan siapa? Kawanlah dengan teman imaginasi yer "uolss"... Main masak-masak, main itu, main ini... Sampaikan perut "teddy bear" habis dengan warna "magic" warna merah konon2 "teddy bear" tu cedera dan Farah kena rawat... Main doktor-doktor kaedahnya... Tapi bila dah besar tak jadi doktor pun... Takut dengan doktor lagi ada... bha ha ha... 

Teman imaginasi - "Imaginary Friend" mungkin satu perkara yang susah kita nak bendung atau kawal. Sebab bila jadi ia akan jadi. Tapi sebagai ibu bapa kita kena pantau supaya jangan hinggakan ia memudaratkan sudut psikologi anak-anak sehingga memberikan kesan atas kehidupan mereka di masa akan datang... 

*Peringatan buat diri sendiri juga....

Dapatkan Artikel terbaru dari Situs ini melalui e-mail Anda.

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Teman Imaginasi - "Imaginary Friend"..., diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Wednesday, May 6, 2015.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

7 comments:

  1. Kakak dah lalui zaman anak-anak berkawan, berbual dgn teman imaginasi mereka Fara. Kadang anak patung dan gambar dalm buku pun boleh tau.. Tapi bila dah makin besar ia akan hilang dgn sendirinya.. kita mamanya pulak jadi teman:)

    ReplyDelete
  2. anak saudara dayah selalu macam ni T_T..sekarang dah kurang sejak masuk sekolah rendah

    ReplyDelete
  3. haha, seramnya. macam ank kak rara.. cakap sorg2 >.<

    ReplyDelete
  4. setakat ni anak2 saya mcm tak da pula imaginary friends ni.mungkin sebab depa 3 beradik selalu main sama2..

    ReplyDelete
  5. irine pon dah start ada teman imaginary.. tp kengkadang macam seriau pulak kalau tetibe dia dok babai babai kat dinding.. dah banyak kali.,.huwaaa..ngeri

    ReplyDelete
  6. si kakak tu kdg berimaginasi juga.. Tapi bila imaginasi tu... Bgi la kertas ke anak patung supaya dia tak layan imiginasi cakp sengsorng tu..

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia

iWON.MY