Teh Tarik Place | Paradigm Mall

Farah Waheda Wahid
10
Sumber dari Google
Cerita makan lagi!!! Kali ini cerita tentang Teh Tarik Place yang terletak di Paradigm Mall. Destinasi tempat makan yang seterusnya untuk kami. Ini pun berlaku secara kebetulan. Sebenarnya dah makan dah di majlis Telur Goreng Planta sebelum itu...(owhhh masih berhutang lagi cerita majlis Telur Goreng Planta...sabar yer, saya masih menunggu kelulusan dari pihak Planta untuk itu, nanti Farah kongsikan...hew hew hew).... Ini kira-kira macam makan kali kedualah ni, nak kata makan tengah hari tidak juga sebab Ash dan Farah dah makan, nak kata makan petang tidak juga... Ha ha ha...Ianya di tengah-tengah... Kalau keluar dengan Abah Ash memang kami akan singgah makan... Yerlah mungkin Abah Ash belum makan tengah hari lagi walaupun kami dah makan kann??? Makanya kami singgah di Teh Tarik Place ni. 

Kedai yang mempunyai "ambience" yang "cosy"...Itu yang Farah boleh katanya dan di dinding Teh Tarik Place ni terdapat cerita-cerita bagaimana teh dihidangkan dan cara teh diminum oleh pelbagai bangsa, kaum dari seluruh dunia...Ada sejarah sikit-sikit...Kira-kira bila duduk di dalam kedai ni jadi tak bosanlah sementara menunggu tempahan makanan serta minuman tiba. Apa "specialty" di Teh Tarik Place ni, "signature" di Teh Tarik Place ini sudah tentulah yang sinonim dengan namanya... Teh Tarik!!! Tapi Farah taklah memesan Teh Tarik ketika itu, kawan Farah di Facebook yang maklumkan.


Haa begitulah ceritanya... Sebenarnya kalau diikut-ikutkan memang tak larat nak makan lagi terutama nasi...Sebab sejak kebelakangan ini Farah memang kurang makan nasi...Sejak mengamalkan "virgin coconut oil"... ha ha ha... Tapi betullah, bukan cerita kosong...Ini pun lagi satu cerita, "virgin coconut oil" ni nanti Farah cerita kemudian...#ehhh hari tu dah kata kemudian, ni kemudian lagi...Tentulah ada sebab di sebaliknya kenapa kemudian-kemudian tu timbul...Kena tunggu pihak klien beri "q" dahulu, baru Farah boleh cerita... Hew hew hew... Tak boleh sesuka suki hati jer.... Okkkk...kita sambung cerita tentang menu yang kami pesan di Teh Tarik Place... 


Pesanan kami bernombor 33...Ha ha ha, itupun nak cerita ke? Tak adalah sebenarnya saja jer nak tempek gambar Iman Ash... Rugi pula rasanya tak tempek gambar dia... Sebab dia ada di tempat kejadian kannn??? Dan makanan kami yang dipesan adalah... 


Ini namanya "lunch meal combo"... pesan ni pun sebab Ash... nak beri Ash makan nasi lagi...Ha ha ha...Mommy kan suka sumbat mulut Ash dengan nasi...Sebab takut Ash lapar...Jadi secara automatiknya di sini Ash kongsi dengan Mommy.... Ayam goreng, nasi putih dan sayur tauge... Air sirap... Ekekekeke... Tapi bila Ash dah tak nak, dah keluarkan... Mommy pula yang kena habiskan... Tak habis punnn.... 


Ini pula menu yang dipesan oleh Abah Ash...Beehoon goreng... Tapi Mommy "tag" lah sikit... Ha ha ha... Sedap cukup rasa, cukup lembut... Tiba-tiba rasa menyesal pula tak "pesan" beehoon goreng...Ha ha ha, ini pun rasa macam nak pergi balik jer semata-mata untuk makan beehoon goreng ni... Dia ada satu "taste" yang Farah boleh kata Farah suka... Hurmmm... Makan kongsi-kongsi ni adalah perkara biasa.... 

Itulah antara makanan yang terdapat di Teh Tarik Place dan sebenarnya bukan ni saja, banyak lagi menu yang nak kena eksplorasi ni... Kalau dah beehoon goreng dia sedap, bayangkan pula mee goreng mamak dia... Berapa harganya Farah tak pasti sebab bukan Farah yang keluarkan dari poket Farah... hik hik hik, Abah Ash yang bayar... Terima kasih sayang!!! Walaupun bukan "fine dining", bukan yang mahal-mahal dan mungkin ada yang berkata, setakat makanan macam ni, warung tepi jalan pun boleh dapat... tetapi tetaplah bersyukur kerana masih dapat makan... Hew hew hew.... Yang pastinya... harganya tidaklah setinggi mana atau semahal mana walaupun terletak di dalam "mall"...Mampu makan kaedahnya...Semua orang mampu ok??? 

Kalau-kalau berminat untuk mencuba... bolehlah rujuk peta lokasi ini... 


Teh Tarik Place (Paradigm Mall)
Lot 2F-25, Level 2, Paradigm Mall
No.1, Jalan Kelana SS7/26A Kelana Jaya
47301 Petaling Jaya SS7
47301 Petaling Jaya, Selangor

Lokasi / Cawangan Lain..Boleh rujuk di SINI

Untuk Maklumat Lanjut:


"From Malaysia With Love - Chillex & Enjoy Comfort Food In A Comfortable Setting!!!"

"Rating" dari 10 bintang, Farah beri 8 bintang / 10 bintang.

Post a Comment

10Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Mn teh tariknya?? ;)

    Nmpk menyelerakn!

    ReplyDelete
  2. pergi makan kat teh tarik place, teh tarik xde !!! hahahhahahah okbaii tak lawakk ;p

    ReplyDelete
  3. Sedapnya pekena teh tarik..bihun goreng pun nampak mengancam je

    ReplyDelete
  4. Best eh Teh Tarik Place ni kak Farah? Tak silap ada jugak kat SCM. Haritu nak try tapi full house hehe cantik tempat dia

    ReplyDelete
  5. dh lama teringin nak try teh tarik kat sini, tp tak pergi2 lagi..ahhah..lama sungguh tk jjcm ni, memerap je kat rumah :-((
    kat sini dgr2nya mi goreng mamaknya sdp!

    ReplyDelete
  6. dah pernah pergi..layanan tak mesra pun, sedap tak berapa, harga boleh tahan...ala-ala mamak di dalam mall.

    ReplyDelete
  7. kite pernah pergi yg kat Bangi. hehe. boleh tahan sedap ^^

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !