Home » , , , , , » "Teambuilding" | Restoran Chardin Sea View Village, Port Dickson... Bahagian 2

"Teambuilding" | Restoran Chardin Sea View Village, Port Dickson... Bahagian 2


Huishhh, lama betul terperap cerita sambungan dari entri Teambuilding | A Short Getaway For 2 Days...Bahagian 1, ya ampunnn bukan tak mahu disambung tetapi disebabkan Farah terlalu sibuk kebelakangan ini, jadinya tak sempat-sempat nak sambung...Hu hu hu... Oh ya, gambar di atas tu kawan sepejabat Farah. Ngee... saja kenalkan...bukannya sebab apa-apa punnn... 

Sambungan kepada entri yang sebelumnya... (kalau nak tahu cerita bahagian pertama, sila klik pada pautan yang diletakkan pada tajuk entri sebelum ini di perenggan pertama di atas). 

Setelah selesai dengan aktiviti "Corporate Social Responsibilities" atau lebih dikenali sebagai CSR di Rumah Anak Yatim dan juga Rumah Orang Tua di Rasah, Negeri Sembilan, sedang-sedang elok, jam di tangan menunjukkan pukul 12.00 "plus plus" tengah hari. Destinasi seterusnya sebelum lawatan terakhir ke Rumah Anak Yatim di daerah Port Dickson itu sendiri adalah Restoran Chardin Sea View... Sebuah restoran yang berkonsepkan ala Cina, dengan masakan menu Cina yang lokasinya adalah di tepi laut. Sambil makan sambil melayan angin laut dan bunyi ombak. Memang "rare" sedikitlah dari hari-hari biasa yang lain kan??? Kelainannya adalah menikmati makanan tengah hari di tepi laut. Bukanlah kata jakun...muahahaha... tapi yang dimaksudkan adalah, hari-hari biasa mana ada kesempatan makan tepi laut. Kira "rare" lah ni kan.??? Oh ya, walaupun restoran ini berkonsepkan ala Cina tetapi ianya adalah HALAL yer...

Memang sedang-sedang elok sangatlah tu, Masing-masing sudah keletihan dan kelaparan,..Perut pun dah berkeriok-keriok...Ekekekeke... Mari kita tengok apa yang dihidangkan kepada kami-kami semua yang sedang kelaparan semasa waktu dan ketika itu... Akan tetapi, maaflah yer jika kualiti gambar kurang memuaskan kerana masa tu "capture" pakai tablet sahaja... Dan dah keletihan, serta agak macam tak nak orang pelik tengok kenapalah Farah ni dok sibuk "capture" gambar semua makanan... Ahakss, mereka-mereka itu tidak ramai yang tahu "I am a blogger"... Asal ada bahan jer, rakam, asal ada bahan jer, rakam...Muahahaha... Blogger...Biasalah lettew... Nak nak lagi bila sentiasa mencari ilham dan idea serta sumber untuk entri yang seterusnya dan seterusnya lagi...


Bawang putih dan cili padi... Fungsi??? Penambah rencah nasi menurut rakan-rakan sekerja berbangsa Cina... Bawang putih dan cili padi tu digaul dengan nasi putih panas-panas dan makan... Huishhh... Farah memang taklah nak buat macam tu dan makan, bukan penggemar bawang dan bukan biasa makan cili padi dengan nasi macam tu jer... Tapiii tengok diaorang makan bukan main berselera lagi... 


"Oyster Omelette"... tapi Farah tengok ajer telur dadar yang "inviting" ini, sebab tak boleh makan... Mungkin ada yang pernah membaca dan tahu kenapa, tetapi pada yang tak tahu dan nak tahu kenapa, boleh rujuk entri Salah Satu Nikmat Yang Telah Ditarik Selepas Pembedahan Bersalin... Sedappp jer tengok diaorang makan... Gulppp...Telan air liur... 


"Homemade Bean Curd"... lembut jerrrr... dan rasa pun cukup!!!


Sup... Ada "seaweed" dan sayur-sayuran... Jujur, yang ini Farah kurang sikit, kurang nak diterima di tekak... 


"Golden Salted Egg Squid"... Yang ini memukau...memang sedap sotong ni... Memang jadi ulam dengan nasi jer masa makan tu... 


"Thai Chicken" yang sedap juga.... Antara menu yang paling laku... 


"Superiour Soup Lala"...yang ini Farah tak makan, tapi mereka-mereka kata sup lala ni sedappp... Kalau suara ramai kata sedap tu, sedaplah...Heeee... 


Sayur kailan goreng, digoreng seperti biasa tetapi rasanya sedap, ya, yang ini Farah puji... 


"Asam Fish" ... Ikan segar yang ditangkap hidup-hidup dari akuarium yang terdapat di Restoran Chardin Sea View... Menu paling terakhir sampai sewaktu dah hampir nak habis nasi...Muahahaha... Makanya makan sedikit saja... Beri kawan-kawan lain makan...Sebab mereka makan bertambah, beberapa orang dari kami pula sekali jer makan nasi...tak tambah pun... Dan ada yang mampu ratah... Farah memang kurang suka meratah...

Alhamdulillah, kenyang untuk tengah hari itu... Jumlah makanan yang dihidangkan? Harganya? Heee... Tak tahu nak beritahu macam mana dan tak boleh nak dimaklumkan sebab bukan Farah yang bayar, syarikat yang taja kann??? Jadinya makan ajerlah... 

Kalau-kalau ada sesiapa yang bercuti atau ke Port Dickson, mencari tempat makan, mungkin boleh mencuba Restoran Chardin Sea View Village, Port Dickson ini... Dari 10 bintang, "rating" yang Farah berikan adalah 7 bintang / 10 bintang. Peta lokasi adalah seperti yang tertera di bawah berikut: 


Restoran Chardin Sea View Village
Batu 1, Jalan Seremban
Port Dickson
71000 Negeri Sembilan

06 | 647 4569

Dapatkan Artikel terbaru dari Situs ini melalui e-mail Anda.

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel "Teambuilding" | Restoran Chardin Sea View Village, Port Dickson... Bahagian 2, diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Wednesday, May 27, 2015.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

7 comments:

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia

iWON.MY