Tawaf Ifadah | Tawaf Qudum | Tawaf Wada | Tawaf Sunat.... Tawaf Yang Mana Ni???

Farah Waheda Wahid
8

Grrrr... satu Dewan Kenanga, Bangi Golf Resort dia tawaf, dia pusing dan dia bereksplorasi... Kisah hari Sabtu malam minggu baru-baru ini. Satu dewan dia yang "conquer"... Tak mau duduk dalam "buggy"... Ok itu Mommy faham... Duduk lama-lama dia bosan... Nak lepas... Nak bereksplorasi... Tengah berkembang secara aktif begitulah kaedahnya... 

Makannya tak seberapa... Berjalan ke sana ke mari yang lebih... Muahahaha... Kegigihan seorang ibu melaksanakan tugasan "review buffet Ramadhan" ataupun "food review", sebelah tangan dukung anak yang sedang melasak... sebelah tangan "capture" gambar-gambar makanan. Dah biasa dah begini keadaannya... Itulah namanya beranak kecil... Tugasan bukan alasan melepaskan anak bebas sebegitu sahaja tanpa kawalan dan tanpa dijaga... Dahlah terkontang-kanting dia seorang sahaja, memang harus dijaga... Nek Ma Ash memang ada sekali, tetapi Farah tak beri Nek Ma Ash jaga... Beri Nek Ma Ash makan dan rehat... Tapi ibu kann??? Tak sampai hatinya membiarkan kami berdua beranak sebegitu sahaja... Ada masa Nek Ma Ash suapkan Mommy dia, ada masa Mommy curi-curi suap makanan sebelah tangan... Dan kami bergilir-gilir jaga Ash...

Aikkk??? Merungut ke??? "No no no no no" jangan suka sangat nak tersilap faham. Cerita jer... Kongsi-kongsi pengalaman sebenar bila beranak kecil. Manalah tahu, kot-kot ada yang membaca bakal mempunyai anak tidak lama lagi... Boleh juga tambah-tambah persediaan bila anak sudah mula melasak... Muahahaha... Ini sebagai contoh... Contoh cerita ajer... Dan ramai lagi ibu-ibu berpengalaman di luar sana yang mungkin mengalami pengalaman yang hampir serupa. 

Memang benarlah kata-kata ibu-ibu yang telahpun berpengalaman, bila anak sudah dapat kaki, ada masanya kita sebagai ibu ni akan berkejar-kejaran ibarat tidak cukup tanah. Ha ha ha... Ash sekarang tidak mahu dipegang sangat... dia mahu bebas dan yer Mommy sedar dan tahu itu. Memang Mommy berikan kelepasan berpantau itu, kena "follow" rapat-rapat... kena perhatikan dekat-dekat kerana adakalanya dia suka mengambil risiko untuk diri sendiri. Phewww... Ash jenis yang gemarkan cabaran... Yang adakalanya, membahayakan... maka larat tak larat, letih tak letih, memang kena betul-betul perhatikan dia. Ya ampunnn... kalau malam boleh tidur tak sedar, memang dah lama dah tidur kaw kaw punya yer tak??? Malangnya tidak boleh...hik hik hik... 

Kaki tu masih belum berapa nak kuat lagi, tetapi gemar sangat nak berlari ke sana ke mari. Lari tu yang merisaukan tu... takut tersembam ke? tersadung ke? tertumus ke? Suka sangat tiru gaya "aeroplane"... macam dalam iklan Dutch Lady tu... Ke kiri ke kanan serongkan badan... Huhh...pengaruh iklan sangat...


Iya iya iya, biarkan dia bereksplorasi, tetapi hati tak kuat untuk lihat Ash terjatuh... dan mengalami kecederaan... jadinya tak adalah melarang dia bereksplorasi, cuma doa banyak-banyak dalam hati jangan apa-apa berlaku yang boleh menyesakkan hati seorang ibu. Kita doa yang baik-baik ajerlah kannn??? Sangat seriau dan sangat risau kalau-kalau dia terjatuh dan terkena bahagian-bahagian sensitif seperti kepala dan leher ok, dan sangat seriau jika terdengar-dengan bunyi duggg... Allah...kalau boleh minta-minta dijauhkanlah... In Shaa Allah, Amin.... 

Bukan main seronok dia jelajah satu Dewan Kenanga tu, bukan main seronok dia ke sana ke mari. Nampak bungga manggar nak bunga manggar. Nasib baik kakak-kakak di meja penyambut tetamu rajin melayan. Dah tuuu... dibuatnya macam penyapu bunga manggar tu. Lagi satu ceritanya, di sebelah dewan ada majlis pada masa yang sama. Kira dewan lagi satu ler... Ada kenduri kahwin... Dia punya jelajahhh... Mak aiiii... lepas masuk ke dewan majlis kenduri kahwin tu... Pengantin nampak, pengantin senyum dan beri "goodies bag" pada dia... Pandai pula tu ... "youuu"... hujung-hujung jer... Tebal muka Mommy tau tak Ash??? 

Masuk kembali ke Dewan Kenanga, dia main-main lagi... teruskan penjelajahan... tiba-tiba menjerit... Dahlah suara tu "deep" tapi nyaring... Ramai dengar... Bukan mengamuk atau "tantrum" tapi Ash memang kuat menjerit... Wakakaka, ikut siapa lettew kann??? ^_*... #ehhh bukan Abah mahupun Mommy... Tapi ramailah yang perasan kannn??? Lepas dah jerit, gelak... Luculah tu pada dia tu... Mommy bap ye baru tau... Saja kannn??? Nak meretiskan diri Ash tu walaupun bukanlah retis... Wakakakaka... 

Akhirnya, bila Mommy dah rasa... cukuplah tu Ash... memang Mommy tak kira, suka ke tak suka ke... Mommy dukung dia... Ha ha ha, mula2 tu bising minta lepas... Tapi upah aiskrim terus senyap... Siap ermmm ermmm bunyinya makan aiskrim... Tu sedap sangat lettew pada dia... Pengsann... Anak dapat kaki dan sedang berkembang, macam itulah gayanya... Terima kasih Yanty Lee untuk gambar ini... Dengan Cik Sue dia, dia kaki gaduh jer... Ha ha ha... Sebab Cik Sue suka sakat dia... Cik Sue kata dia mengada-ngada... Lepas tu dia "show off" kesedapan aiskrim kepada Cik Sue... 

Gittewlah ceritanya bila anak sedang berkembang dan dapat kaki... segala dia nak jelajah, segala dia nak eksplorasi... Harap-harapnya susut dengan drastiklah Mommy dia selepas ini... Muahahaha...

Post a Comment

8Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. assalamualaikum farah...dah semakin membesar Ash skg...tu yg semua nak dijelajahinya yer...:)

    ReplyDelete
  2. Haha nakal dah sekarang ni.. baru la boy..

    ReplyDelete
  3. hahaha, biasalah tu, tempat baru mesti seronok jadi bahan eksperimen Ash..

    ReplyDelete
  4. budak aktif mcm tu ler hihihi..

    ReplyDelete
  5. ash dh dpt kaki...msti la nk jln ja...hihihihi

    ReplyDelete
  6. waktu melasak kannn...takpe takpe makne nyer sihat la tu ;)

    ReplyDelete
  7. salah satu cara proses pembelajaran anak-anak adalah dengan menjelajah

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !