Sudah Pandai Menarik Perhatian...

Farah Waheda Wahid
12

Ini tak pastilah ni, ambil gambar "selfie" ke, ambil gambar "passport" yang sebenarnya ni... sebab dia pandai-pandai sendiri main telefon Mommy dia dan godek-godek dalam diam-diam... Tau tau dah ada gambar dalam galeri telefon... Ha ha ha... Acah ajer, sebenarnya dia godek-godek jer selepas tu mulut becok sambil tangan dia ambil jari Mommy dan hala ke arah telefon... Itu tandanya dia suruh "set up" kan "camera timer"... Bila dah set, dia duduk diam-diam sampailah gambar dia terakam. Tapi bukan nak cerita tentang main telefon... Nak bebel pasal Ash sekarang ni dah pandai jadi "attention seeker"... Ha ha ha... 

Situasi 1
Mommy beri salam, Mommy masuk ke rumah, Mommy cium dia dan dukung dia, kemudian letakkan seketika sebab nak ke dapur hantar bekas-bekas bekal ke pejabat, dia akan menangis secara tiba-tiba... kadang-kadang sampai tersedu-sedu dan bergenang-genang air mata..."real" punya nangis... Ok, dia rindu dan itu caranya dia tarik perhatian. Selagi tak ambil selagi tu dia akan menangis.... 

Situasi 2
Mommy borak dengan Nek Ma dia, borak punya borak, tiba-tiba sampai bahagian yang paling seronok nak borak, tiba-tiba dia menjerit... terus berhenti borak... wakakaka... bila berhenti borak dia normal jer... bila dia dah normal, sambung berborak balik, dia akan menjerit kembali secara tiba-tiba dan itu tak kena ini tak kena.., ok, dia minta jangan borak "please" dan sila tumpukan perhatian pada Ash?

Situasi 3
Kalau dia terjaga memang taklah dapat nak menghayati televisyen... Muahahaha... Walaupun dia tengah main, kita pun main sama, sesekali kita kerling atau tertumpu pada televisyen, dia akan merengek-rengek... Yerlah kekadang tu sambil-sambil menghadap dia sambil-sambil curi tengok televisyen... Kui kui kui, sambil menyelam minum air... tapi tak adalah disebabkan semata-mata nak tonton televisyen biarkan dia lantak pi nak buat apa... oh "no no no no no"... dia tak minta apa, cukup sekadar Mommy peluk dia pun dah sangat ok dah pada dia...

Ha tu lah contoh-contoh situasi Ash dan cara dia menarik perhatian Mommy... Tak salah dia pun bila dia begitu... Haruslah rindu Mommy kan? Haruslah nakkan perhatian Mommy kan? Siang Mommy kerja, cuma malam dan hujung minggu jer Mommy sepenuhnya ada di rumah dan melayan dia...makanya dia tentu tidak mahu melepaskan peluang keemasan bagi dia tu...Kalau tidak rugilah... Manfaat setiap masa yang ada bersama kerana masa itu tidak akan berulang...Yang Mommy pula, kena selalu ingatkan diri sendiri, walau apa pun yang berlaku, jangan merungut dan jangan mengeluh...Alhamdulillah setakat ini tidak pernah merungut dan tidak pernah mengeluh, malah bahagia bersama anakanda tercinta ni...Ecewahhh... Tapi yer, belum pernah merungut dan mengeluh lagi tentang penat ke, apa ke... Masih diberi kekuatan... Cuma saja-saja borak-borak dengan anda di Bubblynotes.Com adalah...Ekekekekeke.... Faham punnn kenapa dia macam tu...

Anak yang melakukan sesuatu perkara untuk menarik perhatian ibu bapa ni sebenarnya mereka suka rasa diri mereka disayangi. Macam dalam kes Iman Ash ni... dia manja!!! Haaa tulah, selalu sebut anak manja Mommy, anak manja Mommy, hari demi hari sekarang ni memang dah nampak dah ke arah menjadi "Mommy's Boy" dah ni...Wakakaka... Habislahhhh...akan datang bakal menantu "I is" betul-betul kena ambil hati "I is" dan betul-betul kena ngam dengan "I is"... #ehhh ke situ pula...Wakakakaka... Jauh sangattt...

Bagi Farah lah kannn??? Sebenarnya untuk membuat anak-anak merasa disayangi tidak semestinya ia memerlukan wang ringgit atau perbelanjaan yang banyak. Tidak perlu semestinya bagi kita yang bergelar ibu bapa ini membelikan hadiah yang mahal atau percutian yang menelan perbelanjaan yang besar. Sekiranya kita membuat anak kita berasa tidak istimewa sepanjang tahun, barang permainan yang mahal atau jamuan hari jadi yang dianjurkan di tempat bertaraf 4 atau 5 bintang tidak akan dapat mengubah perasaan yang dirasai anak kita itu. Apa yang penting di dalam jangka masa panjang adalah perkara-perkara kecil yang kita lakukan setiap hari. 

Di dalam kes Ash, Farah faham sangat kenapa dia sudah mula pandai untuk menarik perhatian... Muahahaha...makanya Mommy sudah mula berada di satu fasa yang sudah dijangka semenjak Ash berada di dalam "tummy" Mommy lagi... "be prepared Mommy!!! - note to self... the game is about to begin...". Sebagai Mommy, bagi Farah, Farah kena mula memastikan dan "alert" tentang emosi Ash dan apa yang Ash rasa.

Melalui satu artikel yang Farah sempat baca di SINI buat diri sendiri dan juga buat perkongsian sebagai peringatan dan panduan bersama.... ada 6 cara mudah yang boleh kita lakukan untuk membuatkan anak-anak merasa disayangi...

Ucapkan Kata-Kata Sayang Terutama Di Kala Dia Sedih
Anak-anak perlu mendengar ucapan kasih sayang, lebih-lebih lagi sekiranya mereka sedang mengalami masalah atau kemurungan. Contohnya, apabila berlaku sesuatu kejadian di sekolah yang menyusahkan hatinya. Pada saat-saat sedih seperti ini, dia perlu tahu yang anda sentiasa ada disisinya untuk memberi sokongan kepadanya. 

Tunjukkan Yang Anda Gembira Apabila Berjumpa Dengannya
Serlah wajah riang ketika pulang dari pejabat atau ketika menyambut anak anda pulang dari sekolah sebagai contoh. Katakan yang anda merinduinya. Tak kiralah ko sedih ke, ko serabut ke, ko apa ke, yang penting depan anak, tunjuk wajah ceria...jangan masalah diri sendiri sampai tempias pada anak...Kesian anak tu tak tau apa-apa... Mereka tidak perlu tahu apa-apa pun masalah kita yang tidak melibatkan mereka yang masih kecil... Dan mereka tidak perlu terlibat pun... Kalau ada yang suka bercerita pada anak-anak tu, tapis-tapis lah sedikit yer... Tapi kalau boleh, tak payah cerita kot???

Perhatikan Dan Akui Perkara-Perkara Baik Yang Dilakukannya
Ibu bapa ni kalau menegur kebiasaannya bertujuan baik sebab berharap anak-anak tidak mengulangi kesalahan atau kesilapan itu lagi. Tetapi teguran-teguran ini mengecewakan anak-anak apabila ibu bapa tidak nampak dan tidak memuji perkara-perkara baik yang mereka lakukan. Anak-anak akan berasa kurang bersemangat dan mungkin akan cenderung melakukan perkara-perkara yang buruk hanya untuk menarik perhatian ibu bapa. Alaaa...bukannya susah sangat ok??? Sebagai contoh... "Anak Mommy buat apa tu??? Wahhh...Ash "study"... Pandaiiii.... "Clap your hand"...Contohlah contoh...

Dengarkan Kata-Katanya
Apabila anak bersuara dan ingin memberitahu anda sesuatu perkara, tumpukanlah perhatian dan dengarlah apa yang ingin dikatakannya itu. Lihat wajahnya dan hindari diri daripada menyampuk sehingga dia selesai bercakap.Mendengar itu bukanlah sekadar mendengar dan mengangguk sahaja.

Satu cara untuk menunjukkan kepada anak yang anda betul-betul mendengar apa yang dikatakannya adalah dengan bertanyakan soalan seperti... "Jadi, xxxx ambil pen Ash tanpa kebenaran Ash?"... Mendengar tidak bermakna anda mesti bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh anak anda. Tetapi dengan mendengar, anda boleh membantu anak anda meluahkan isi hatinya serta membuatkannya berasa lega dan tenteram kerana anda mengambil berat atas kesejahteraannya.

Anak anda akan berfikir, "Mommy / Abah mengambil berat terhadap diri saya, jadi saya tak perlu bimbang." Anak anda perlukan keselesaan emosi seperti ini. Kadangkalan anak anda perlukan anda untuk mendengar pengakuannya. Ini berlaku kerana mungkin dia merasakan yang dia telah melakukan satu kesalahan dan kesalahan ini membuatkan mereka berasa resah gelisah. Sekiranya ini terjadi, kawal diri daripada memarahinya. Sebaliknya, pujilah dia kerana bersikap jujur dan berani berbincang dengan anda. Dia perlu tahu yang anda tidak memandang rendah kepadanya hanya kerana dia telah melakukan kesalahan. Ini bermakna, walaupun dia telah melakukan kesilapan, anda masih menganggapnya istimewa.

Luangkan Masa Untuk Melakukan Apa Yang Diingininya
Kanak-kanak mengaitkan kasih sayang dengan perbuatan. Lebih-lebih lagi kanak-kanak kecil, mereka tidak memberitahu untuk menjelaskan ungkapan ini, tetapi mereka tahu apa itu kasih sayang. Bagi kanak-kanak, kasih sayang adalah apa yang dialami dan dirasainya atau apa yang dilihatnya dilakukan oleh orang lain. Apa yang anak anda mahu lakukan bersama anda? Membaca sebuah buku cerita bersama-sama atau bergurau bersama-sama atau menonton televisyen bersama atau mewarna bersama-sama? Mungkin juga membuat dinosaur kertas mengikut model yang terdapat di dalam buku origami yang anda baru belikan untuknya atau membuat kentang putar untuk makan malam nanti? Apa pun yang anda lakukan bersamanya, biarlah dia yang memilih aktivitinya dan jika anda tidak boleh melakukannya serta-merta, tetapkanlah tarikh dan masa yang sesuai untuk anda dan juga dirinya. Aktiviti-aktiviti ini boleh dirancang terlebih dahulu tetapi boleh juga dilakukan secara spontan. Perkara-perkara kecil yang anda lakukan bersama akan meninggalkan kesan mendalam di hati dan perasaan anda berdua.

Tunjukkan Minat Terhadap Apa Yang Diusahakannya
Kanak-kanak gemar menunjukkan kepada kita apa yang sedang mereka lakukan. Sebagai contoh, jika anak anda berusia 9 tahun sedang menyiapkan 2 keping lukisan yang berlainan dan bertanya kepada anda lukisan mana satu yang lebih anda suka, dekati anak anda dan amatilah kedua-dua lukisan dengan penuh minat. Katakan sesuatu yang khusus, "Yang ini lagi cantik sebab Ash melukis "aeroplane" dengan jelas. Warnanya pun lebih terang".

Elakkan daripada menjawab secara acuh tak acuh, "Mommy tengok sama ajer dua-dua lukisan tu." Ataupun sekiranya anda sedang melihat anak belasan tahun anda bermain badminton, anda boleh memujinya dengan berkata, "Pukulan Ash sekarang semakin baik dan lebih bertenaga". Ataupun sekiranya dia meminta pendapat anda mengenai karangan yang sedang ditulisnya, anda boleh berkata... "Bahagian pengenalan karangan yang Ash tulis tu memang bagus". Anda mungkin berfikir yang kata-kata pujian akan membuatkan diri anak terlampau berpuas hati dengan dirinya sendiri dan tidak lagi mahu berusaha. Tetapi tiada apa yang lebih memotivasikan seorang anak selain daripada kata-kata perangsang daripada ibu bapanya. Tidak kira dalam keadaan apa pun atau apa pun yang sedang dilakukan oleh anak anda, carilah perkara yang elok dan betul dan berikanlah puji-pujian. Anak anda akan menghargai kata-kata pujian itu dan akan berasa gembira.

Kalau ada yang perlu diperbaiki atau kurang tepat, beritahulah dengan cara yang sebaiknya bukannya dengan cara mengkritik atau mengkritis.

Seni keibubapaan...Ilmu keibubapaan... "The arts and psychological parts of being a parents..."... ^_^ 

Post a Comment

12Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. hihihihi ..
    macam minta kawan baru pun ye jugak ni

    ReplyDelete
  2. mcm arfan skrg ni mcm tu jugak.. klo mama ad sblh dia wt xlyn je smbil main hp, tp klo mama xde sekejap je dh menggagau mencari siap nangis mcm skt2..nampak je muka mama trs diam.. pastu smbg main hp.. aduhai anak..lucu btl.

    ReplyDelete
  3. Eeeee tembam nya pipi dia.. geram tengok.. rasa nak cubit2 je.. hihi..

    ReplyDelete
  4. same la kisahnye dgn anak kite...balik rumah letak die kejap sbb nak masuk dapo masak...dah meraunggg.... main dengan ayah tak nak...main dengan kite pun xnak...nak main sorang2...tapi kena dekat dengan die

    ReplyDelete
  5. baby kita pun sama.. sedey je hantar kat tempat ngasuh.. mmg tak sanggup nk tinggalkan dia..

    ReplyDelete
  6. uhukss.. manjanyaa dia.. tp betull.... kecik2 pon dah pandai mintak perhatian...

    ReplyDelete
  7. apapun situasi dan keadaan..Ash ttp comel..geram betol tgok pipi dia tu :)

    ReplyDelete
  8. Sama la dgn si adik..mnja lebih.. tapi tak nak dia manja sgt.

    ReplyDelete
  9. comel gmbr selfie ash hehe

    fae kagum ngan kak farah able to type long entry with good content.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !