Sesekali Layan Menu Kampung Style...

Farah Waheda Wahid
5
Semalam dah keluar hampir seharian, sebab Farah ada kerja di Selayang, hari ini kita duduk di rumah sahaja dan menghabiskan waktu-waktu berkualiti bersama-sama. "It's bonding at home time"... He he he, sesekali kena ajar anak duduk di rumah juga yer tak? Supaya tiada " expectations " dari Ash setiap kali Mommy cuti, Ash dan Mommy kena berjalan... hu hu hu, tu pun, dah ada "expectations" dah pun seperti yang dinyatakan di dalam entri Hujung Minggu Yang Panjang... Itu yang nak kena beri perhatian tu, tidak mahu Ash terbiasa sangat...

Aktiviti biasa di hari minggu, bermain bersama-sama, bergurau bersama-sama, berendam bersama-sama, menonton kartun bersama-sama, pendek kata secara majoriti segala aktiviti yang mungkin bersama-sama, ngeh ngeh ngeh... Hanya tumpukan perhatian dan fokus pada dia sahajalah hari ini... Owhh, kerja rumah pun Ash ringan tulang nak membantu, tapi tolong lambatkan kerja Mommy dan sepahkan adalah... muahahaha... Kenapa? tak percaya ke??? Sila lihat gambar di bawah...


Sibuk benar dia dengan penyedut hampagas itu... Sila abaikan muka yang putih melepak ibarat tepung gomak itu, kerana ianya adalah hasil dari cita-cita diri sendiri Ash yang mahu memakai bedak sendiri... Hua hua hua... Sibuk punya sibuk bantu Mommy... Sampai ke akhirnya...


Dan ini sebenarnya bukan Ash tidur atas simen yer.... ini namanya, Ash berlakon buat-buat keletihan... "Drama king" sangat tauuu... mana belajar pun tak pastilah Farah, yang pastinya, Mommy dia tak adalah pula macam ni... Hu hu hu, takkanlah Farah nak biarkan Ash tidur atas lantai yang tidak beralas pula kan??? Sebab, penat seharian bantu Mommy dia, awal-awal lagi, tengah hari tadi Farah dah masakkan upah Ash bantu Mommy.... Hua hua hua... iaitu... nasi beriyani ayam kegemaran Ash...


Seronok pula jadinya memasak untuk Ash... 3 kali tambah ok?.... Tapi Farah tak masak banyak punnn.... Dalam satu periuk bersaiz kecil yang memang dikhaskan untuk Ash... "Portion" kecil untuk Ash...

Fuh fuh fuh... Panjang meleret mukadimah kan??? Sekarang baru nak masuk intipati entri yang sebenarnya tak adalah panjang mana ceritanya... Sambungan dari perenggan nasi beriyani di atas... Untuk halwa tekak Mommy... Hari ni kepingin nak makan, makanan ala kampung yang ringkas tetapi cukup untuk membangkitkan serta membuka selera semasa...


Inilah dia selera serta "craving" Farah pada hari ini. Jantung pisang celur/rebus, sambal belacan yang mana belacannya dibakar terlebih dahulu, ikan masin tenggiri jeruk, ayam goreng seketul kecil... Dah itu sahaja... Ringkas...Ahakss... Sebenarnya, hari-hari makan macam ni pun tak apa... Boleh jer hidup makan macam ni... Senang tak nak bela Mommy Ash??? ^_*... Kalau tak ada lauk lain inipun jadiiii... tak "demand" sangat pun tentang lauk... tapiii, kalau tiba angin nak makan sedap-sedap, siaplah... Ha ha ha... Akan kugagahi juga walau macam mana pun... Cuma satunya, sejak jadi Mommy ni, kalau Mommy tak ada lauk pun tak apa... Kicap dengan nasi panas pun jadi... Asalkan Ash dapat makan sedap-sedap Mommy "more than happy"...

Tapi sedapkan? Kalau lauk macam ni??? Terbuka selera, betul tak??? Pada yang sukalah...pada yang tidak tu, mungkin memang tak boleh terima dan kurang gemar begini... 

Post a Comment

5Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. aduhhh kak Farah, kecurnya cik b. yang ringkas tu lah paling sedap. sambal belacan, nasi panas-panas. warghhhhh.. sedapnya... ^___________^

    ReplyDelete
  2. fuh itu pun da cukup mewah ..hehe sodap plak tgok ^,^

    ReplyDelete
  3. adoiii.. lauk mcm ni pun ah ekcur air liur...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !