Home » , , , , , , , » Sebab Wanita Hamil Tidak Boleh Memakai Kasut Tumit Tinggi

Sebab Wanita Hamil Tidak Boleh Memakai Kasut Tumit Tinggi

Sumber dari Google
Anda penggemar kasut tumit tinggi dan di dalam koleksi anda ada pelbagai jenis rekaan dan bentuk... Satu hari anda disahkan hamil dan anda sangat gembira... Cara pemakaian anda mungkin berubah tetapi mungkin anda masih memakai kasut tumit tinggi untuk ke acara-acara tertentu atau ke mana-mana sahaja. Ini disebabkan anda merasakan tiada salahnya memakai kasut tumit tinggi ketika hamil kerana anda adalah pakar si pemakai kasut tumit tinggi... Hu hu hu... Anda juga merasakan memakai kasut tumit tinggi ketika hamil tidak akan memberikan kesan atau impak apa-apa terhadap diri ataupun kandungan anda kerana anda pernah melihat golongan selebriti masih mampu bergaya walaupun hamil. Pada pemikiran anda...nahhh... hamil hamil lah tetapi ketrampilan diri tetap harus "maintain"...anda harus tetap bergaya dan tidak mahu kelihatan seperti kekampungan... mungkin??? 

Lupakan sahaja kasut tumit tinggi itu untuk seketika sewaktu hamil... jika anda tidak mahu ia mengganggu tumbesaran anak di dalam kandungan. Walaupun lah walaupun berkasut tinggi nampak cantik, nampak diva dan menyerlahkan penampilan (terutama bagi wanita-wanita rendah seperti "I is"...hik hik hik) lebih baik fikirkan tentang keselamatan diri dan juga "orang di dalam" yer??? 

Apakah sebab-sebab utama wanita hamil tidak boleh berkasut tinggi??? Menurut artikel di SINI

Masalah Kaki Bengkak
Kaki menjadi bengkak memang sinonim dengan wanita hamil tetapi apabila masih degil bertumit tinggi walaupun perut itu semakin membesar, anda sememangnya menempa masalah. Bebanan badan yang semakin bertambah tertumpu di satu titik iaitu di bahagian kaki hadapan. Ini menyebabkan kaki ibu hamil bengkak kerana kaki perlu menanggung badan yang semakin membesar.

Menyebabkan Varicose Vein
Semakin tinggi kasut yang anda pakai, semakin jelas kelihatan otot pada betis dan paha anda. Ini akan menyebabkan masalah "varicose vein" semakin kronik bahkan kaki juga mudah penat apabila berjalan. 

Mengganggu Keseimbangan Badan
Semakin lama perut semakin membesar seiring dengan usia kehamilan anda. Dengan adanya beban baharu di perut ia membuatkan fokus berat badan berubah. Jadi, keseimbangan badan turut berubah dan kemampuan untuk menyeimbangkan badan semakin berkurangan. Apabila ibu asyik memakai kasut tinggi walaupun kehamilan sudah masuk trimester ketiga, maka ia hanya mengundang bahaya ibu mudah terjatuh.

Sakit Saraf Sciatica
Ibu hamil berisiko merasa kesakitan dari bawah punggung hingga ke tapak kaki. Semakin membesar kandungan, rasa sakit ini menekan saraf sciatica. Ibu akan mengalami kejang kaki atau tapak kaki seperti dicucuk.

Sakit Punggung
Posisi kaki ketika berdiri membuatkan beban badan tertumpu kepada bahagian kaki hadapan. Lebihan beban pada kaki menyebabkan sumsum tulang belakang dan punggung berasa pedih kerana ketika hamil  ibu perlu menanggung berat badan sendiri dan berat bayi di dalam kandungan. Justeru, kaki yang menampung bebanan tersebut membuatkan punggung terasa sakit.

Tak payahlah nak tinggi tinggi sangattt oiii... tak semestinya tidak memakai kasut tumit tinggi ketika hamil tu menjadi satu kecacatan kepada ketrampilan...Ketrampilan bukan hanya pada kasut... Pada cara pemakaian, pilihan pemakaian yang tepat, kekemasan dan juga budi bahasa.... Ihiksss... Kalau agak-agak hamil tu... bersara dulu dari pakai kasut tumit tinggi... Lepas pantang...ha pakailah sepuas-puasnya ok??? 

Errr... masa hamilkan Ash... Bulan 3 dan ke 4 masih ber-"wedges"... Sampailah "wedges" itu putus dengan sendirinya, selepas itu mula memakai kasut "ballerina"...Ha ha ha... 

Dapatkan Artikel Terbaru Dari www.bubblynotes.com Melalui E-mel Anda

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Sebab Wanita Hamil Tidak Boleh Memakai Kasut Tumit Tinggi, diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Thursday, May 28, 2015.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

7 comments:

  1. Kalau tak hamil pun, macam penat juga kaki ni pakai kasut tumit tinggi all the time :)

    ReplyDelete
  2. Okje tak suka pakai kasut tinggi sangat, satu inci setengah tu pun dah rasa tinggi. Inikan lagi pregnant. Tp mmg nmpk divakan kalau pakai tumit tinggi ni.

    Okje pernah jatuh tau Farah disebabkan kasut tinggi ni hihi

    ReplyDelete
  3. takut je tengok org pregnant pakai heels. takut diorang jatuh. haha

    ReplyDelete
  4. Memang tak sesuai pun pakai kasut tinggi kalau hamil kan.

    ReplyDelete
  5. saya tak pregnant pun pakai flats je all the time. sebab "i is" sememangnya dah tinggi hihihi ;p

    ReplyDelete
  6. Mmg dh tak pakai dh skrg ni pun.. Hehe..

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia