Home » , , , , , , , , , , , » Resipi Telur Goreng Sejuta Ringgit Kini Terbongkar!!!

Resipi Telur Goreng Sejuta Ringgit Kini Terbongkar!!!



Masih ingat tak Farah pernah berkongsi tentang satu berita di mana seorang jutawan telah menawarkan sebanyak RM 1,000,000 semata-mata hanya kerana hendak memperolehi hak cipta resipi telur goreng yang dikatakan mempunyai bahan rahsia??? Dan Farah sendiri telah menyertai satu piket untuk menentang tindakan jutawan tersebut di sebuah ibu pejabat media terkemuka tanah air kerana jika jutawan tersebut memperolehi hak cipta resipi telur goreng itu bermakna kita semua sudah tidak dapat lagi menggoreng telur sebagai juadah harian kita. Huh!!! Dan sepertimana yang Farah maklumkan di dalam entri sebelum ini, pengumuman keputusan permohonan jutawan yang terbabit untuk memperoleh hak cipta resipi telur goreng yang bernilai SEJUTA RINGGIT tersebut telahpun diumumkan pada 15 Mei 2015 di 1 Utama Shopping Centre, Bandar Utama.

Bagi anda yang terlepas entri Farah berkenaan dengan perkara ini, bolehlah merujuk kepada entri Farah yang bertajuk Jangan Ambil Hak Kami UntukMenggoreng Telur!!! Resipi Telur Goreng Adalah Hak Semua!!!
***********************************

Rahsia kini telahpun terbongkar!!! Resipi Telur Goreng yang direbutkan oleh jutawan tersebut rupa-rupanya adalah Telur Goreng Planta. Ya, resipi #telurgorengplanta. Ianya semata-mata kerana aroma dan rasanya yang begitu lazat dan telah disediakan oleh ibunya sewaktu beliau kecil yang menjadikan beliau menginginkannya!!! Jutawan tersebut ingin memiliki hak cipta Telur Goreng Planta. Namun, hasrat tersebut berjaya dihalang oleh pihak Planta ~ Hurmm… Telur Goreng Planta sememangnya enak… Siapa yang dapat menafikan tentang perkara itu??? Sekiranya anda tidak percaya atau tidak pernah mencuba menggoreng telur dengan Planta…Cubalah sekali, pasti anda tertawan serta terpikat dengan rasanya… Percayalah…Ini kerana… Telur Goreng Planta memang menjadi pilihan isi rumah Farah sendiri dan juga merupakan kegemaran anak kecil Farah iaitu Ash.

   
Bagi Farah sebagai seorang ibu, Telur Goreng Planta adalah untuk si Manja Hebat!!!

“Semua orang boleh menggoreng telur. Telur goreng adalah salah satu resipi yang paling mudah dan cepat untuk disediakan – jadi kenapa memilih telur goreng berminyak, kurang garing tanpa keenakan yang dikehendaki??? Hanya dengan satu sudu Planta, Planta telah membuktikan keenakkan telur goreng boleh diubah serta-merta apabila dimasak dengan marjerin Planta yang harum aromanya. Planta bukan sahaja mempunyai rasa yang tersendiri, ia juga memberi tekstur garing beserta aroma yang menyelerakan. Hasilnya - telur goreng yang dimasak tampil sempurna, tanpa kesan minyak yang berlebihan dan penuh kelazatan!!!”, kata Joel Lim, Pengurus Jenama, Kategori Makanan, Unilever (M) Holdings Sdn Bhd.

Bertempat di 1 Utama Shopping Centre pada 15 Mei 2015, permohonan jutawan tersebut untuk memperoleh hak cipta Telur Goreng Planta telah GAGAL!!! Gembiranya hati Farah dan juga ibu-ibu yang lain bila mendapat perkhabaran mengenai berita ini!!! Yang lebih gembira lagi tentunya Ash! Anak kesayangan Farah ini sekarang boleh makan telur goreng Planta bila-bila masa...

Pada acara yang berlangsung di pusat membeli-belah terkemuka, 1 Utama, orang awam juga telah diberi peluang untuk menyertai Perang “Resipi Telur Goreng”. Orang awam dan pihak media diberi peluang merasa dan meneka perbezaan telur yang digoreng dengan Planta dan telur yang digoreng menggunakan minyak masak melalui ujian rasa itu. Selepas itu, mereka telah diberi peluang untuk mengundi resipi pilhan mereka. Ini termasuklah Farah sendiri.

Pemenangnya, tanpa sebarang ragu-ragu lagi, pastinya Planta!!! Kan dah cakap #telurgorengplanta memang sedap! Terliur tak?

Pelakon dan ibu kepada dua orang anak, Sharifah Sofia, juga turut serta dalam demonstrasi memasak telur goreng dan “Perang” Resipi Telur Goreng. Sharifah juga telah berkongsi pengalaman menambah telur goreng sebagai cara supaya anak sulungnya, Sharifah Ariana, berumur 4 tahun untuk menjamah nasi dan sandwich. Beliau mengakui keenakan telur goreng yang dimasak dengan Planta bakal menjadi resipi kesukaan ramai.




“Pengalaman hari ini membuktikan bahawa Telur Goreng Planta mempunyai rasa yang enak, lebih beraroma dengan tekstur warna yang menyelerakan, serta nampak menarik apabila dihidang. Kaum ibu yang menggunakan Planta untuk memasak telur goreng pastinya akan setuju bahawa resipi ini adalah mudah dan pastinya akan digemari oleh anak-anak mereka,” tambah Joel.


Untuk maklumat lanjut tentang Planta atau resipi telur goreng Planta, sila layari laman sosial Facebook Planta di www.facebook.com/PlantaMalaysia atau saluran Youtube Planta di www.youtube.com/resepiplanta.
Jangan lupa mencuba #telurgorengplanta di rumah, ye! Pasti jadi kegemaran si manja…

Marjerin Planta kini boleh didapati di semua pasar raya di seluruh negara dengan harga runcit sebanyak RM4.90 untuk 240gm dan RM8.40 untuk 480gm. Semua harga yang dipaparkan adalah termasuk GST.


Mengenai Planta
Planta merupakan jenama marjerin terkemuka di Malaysia. Planta adalah satu daripada jenama Unilever (Malaysia) Holdings Sdn Bhd, satu nama isirumah yang dipercayai di Malaysia untuk menghasilkan kek dan biskut, juga sebagai sapuan dan memasak selama lebih daripada 80 tahun.
Buat masa ini, Unilever Malaysia mempunyai portfolio 13 jenama utama yang merangkumi produk makanan seperti Lipton, Knorr, Lady’s Choice, Wall’s dan Planta, barangan penjagaan diri seperti Sunsilk, Dove, Lux, Clear, Lifebuoy, Fair & Lovely dan Rexona serta barangan penjagaan isirumah seperti Breeze. Kebanyakan jenama ini merupakan peneraju dalam kategori masing-masing.

Dapatkan Artikel Terbaru Dari www.bubblynotes.com Melalui E-mel Anda

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Resipi Telur Goreng Sejuta Ringgit Kini Terbongkar!!! , diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Friday, May 22, 2015.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

15 comments:

  1. macam2 skrg org nak hak cipta dia...
    Padahal semua ini Ciptaan Allah jua..

    ReplyDelete
  2. Wajib cuba resipi planta ni. Ihiksss :D

    ReplyDelete
  3. laaaa pasal ni ke,ma kat kg memang selalu goreng ngan planta

    ReplyDelete
  4. memang selalu guna planta.. sedap je bau dia.

    ReplyDelete
  5. Bagus piket tempoh hari u olls buat...rupanya ada rahsia tesembunyi dari Planta hehehhehe...mmg jutawan tu tak menang la...menang lg jutawan ibu2 yg buat resepi telur goreng guna planta...pasni nak cuba.

    ReplyDelete
  6. aha dah pernah try wt pakai plantan mmg sedap dan gebu je kan... buat nasi goreng guna plantan lg sedap..

    ReplyDelete
  7. Buh planta? Oh takpernah try. Bolehla cuba lepas ni.

    ReplyDelete
  8. owh. telur goreng planta yer. Hehehehhe

    ReplyDelete
  9. oooo..hihiih..
    eh, sdp eh #telurgorengplanta, kena cuba nih, tq planta ;-))

    ReplyDelete
  10. boleh try nti masak telur goreng planta

    ReplyDelete
  11. Hi memang suspen

    rujuk ulasan saya disini.
    http://norunnuha.blogspot.com/2015/05/resepi-telur-goreng.html

    ReplyDelete
  12. The truth is, akk x pernah try walhal.ada jer stok kat rumah. Nnt akak try okeh

    ReplyDelete
  13. Nak kena cuba nih...anak-anak saya suka makan telur goreng >..<

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia