Perlukah Ibu Bapa "Spot Check" Beg Sekolah Anak-Anak???

Farah Waheda Wahid
5
Sumber dari Google
Jauhnyaaa mengelamun Mommy Ash ni??? Ihikss... Lambat lagi Ash nak sekolah Farah oiiii... Ash akan mula masuk "school", In Shaa Allah sesi 2016/2017 kot? Dan mula masuk ke sekolah rendah, In Shaa Allah sesi 2020 kot? Lebih kurang begitulah perkiraan anggaran Farah... Jauh lagi kannn??? Macam manalah tiba-tiba fikiran boleh melayang-layang jauh sampai ke bab "spot check" beg sekolah anak ni? Adoiii... jauh betul imaginasinya... Dush dush dush... Tulah tu, kadang-kadang Farah ni boleh berfikir benda yang tak patut difikir lagi buat masa sekarang secara tiba-tiba...Hik hik hik... Merenung masa depan kaedahnya kot??? 

Berbalik kepada topik entri ini... perlukah ibu bapa "spot check" beg sekolah anak-anak??? Ini bukannya kenyataan tetapi persoalan... Kalau ikut-ikutkan masa zaman-zaman persekolahan dulu, memang setiap hari jer beg sekolah kena "spot check" dengan Nek Ma Ash... Ha ha ha... Tu yang bila jumpa buku mewarna, jumpa warna baru, jumpa pemadam baru... boleh jadi buntu nak menjawab tu soalan Nek Ma Ash yang berdas-das tu... Bila beli? Dari mana? Duit mana? Hu hu hu... Zaman sekolah rendah dulu memang rajin kumpul buku mewarna... Dulu kan satu buku 50 sen ajerrr...Paling mahal pun RM 5.00 tak silap... Hik hik hik... Suka tengok kartun-kartun yang comel-comel dalam buku mewarna tu...Yang jadi kena marahnya sebab satu-satu buku tak pernah habis mewarnanya... Ha ha ha... Belum habis lagi...bila "book shop" ada buku mewarna baru dah beli dah...Ha ha ha...Masa itu, tidak kenal dan tidak nampak lagi erti pembaziran... 

Yang ada anak-anak yang dah bersekolah ni... anda "spot check" tak beg sekolah anak-anak??? Mestilah kann??? Haaa...sekarang baru nak beri jawapan kepada persoalan... Bagi pandangan pendapat peribadi Farah, memang elok sangat kita-kita ni semua sebagai ibu bapa "spot check" beg anak-anak tu, jadi anak-anak "alert" dan anak-anak tahu yang mereka tidak boleh berselindung atau menyembunyikan apa-apa perkara yang mereka lakukan di belakang kita... Bagi Farah lagi, ini adalah salah satu caranya kita memantau anak-anak kita... Hurmm...mungkin ada yang tak nampak dan tidak sampai maksud kenyataan Farah ni... tetapi.. sebenarnya... banyak perkara yang kita boleh dapat dari aktiviti "spot check" beg sekolah anak-anak... Hik hik hik... Antaranya:

Adakah Anak-Anak Membazir Membeli Alat Tulis & Barangan Lain Yang Tidak Perlu?
Godek punya godek, mana tahu kita terjumpa barangan yang bukan kita belikan dan barangan-barangan baru yang sekali imbas kita sudah tahu ini adalah hasil dari aktiviti membeli-belah anak-anak dengan duit belanja yang diberikan dari "book shop" sekolah... Huishhh... "book shop" sekolah kan meriah dengan barangan-barangan yang boleh menarik kanak-kanak. Yang boleh menjadikan kanak-kanak teruja untuk membeli-belah. Tak punn, bukan dari "book shop", semasa atas bas sekolah ke, ada jual barang permainan ke, atau beli dari kawan-kawan yang menjual ke... Ihikss...teringat pada satu kisah "colleague" Farah dulu... Dia tak pernah "spot check" beg anak dia, tup tup tup satu hari tu, dia cuba "check" dan jumpa macam-macam mainan ko dalam beg tu. Bila tanya, dia kata, dia beli dari kedai runcit dan menjual kepada kawan-kawan dengan harga 50 sen satu atau 2 ringgit satu. Beli RM 2.50 jual lagi murah...Mana datang untungnya anak oiiii.... Muahahahaha.... 

Adakah Anak-Anak Menyimpan Barangan Rakan-Rakan Sekolah?
Haaaa...ini pun penting ni, kadang-kadang bila jumpa barangan yang bukan kita belikan kita, tidak semestinya barangan yang dinyatakan dibeli di "book shop" seperti yang dinyatakan di atas. Kadang-kala, anak kita dapat dari kawan, kawan beri pinjam, kawan beri, atau ambil dari kawan sebab sukakan sangat benda itu. Bila berlaku keadaan sebegini, inilah masanya kita kena didik anak kita supaya tidak mengambil barangan kawan-kawan yer ibu bapa... Ibu bapa mereka pun bekerja macam kita juga cari rezeki... Ajar anak-anak kita, jangan suka-suka ambil barangan orang lain yang bukan hak mereka, dan jika benar anak kita diberi oleh kawan-kawan dengan rela hati, ajar anak-anak sebaik mungkin supaya memulangkan dan belajar untuk menolak. Hu hu hu, bukannya sombong, tetapi kita boleh maklumkan kepada anak-anak, sekiranya mereka mahu mereka boleh meminta secara baik dari kita, bukannya mengambil dari kawan-kawan. 

Semak Buku-Buku Pelajaran Anak-Anak
Secara tidak langsung, sebenarnya kita juga boleh memantau "progress" serta tahap perkembangan anak-anak kita di sekolah. Hasil kerja rumah mereka, adakah mereka menyiapkan kerja rumah dengan baik dan mengikut jadual, adakah mereka tidak menyiapkan kerja rumah kerana bila kita tanya, katanya tiada kerja rumah yang cikgu berikan... Bila kita sentiasa menyemak buku-buku pelajaran anak-anak... sebenarnya kita memang "follow closely" perkembangan mereka..dan mereka tahu, mereka tidak boleh berkata bohong atau mereka-reka cerita kepada kita... kerana mereka sentiasa diperhatikan dan mereka tahu yang kita tahu pergerakan serta perkembangan mereka. Errr...tidaklah memikirkan negatif tentang anak-anak sendiri, tetapi ini adalah salah satu cara untuk kita pantau pelajaran anak-anak juga... Betul tak??? Errmm...tak taulah kalau-kalau ada yang tidak bersetuju, tetapi mungkin ini caranya Farah kerana Farah terlatih dengan cara sebegini semasa zaman-zaman persekolahan dulu...Ha ha ha, sampai sekolah menengah ko, Nek Ma Ash masih "spot check" beg sekolah... Bukan tak percaya anak, berhati-hati dan mengambil langkah yang sepatutnya yang perlu dilakukan untuk meminimakan sebarang risiko... Hik hik hik... 

Tulah, kalau beginilah pemikiran Farah, sememangnya, dah memang-memang Ash takkan terlepas dari "spot check"...bukan sekadar pengawas jer yang "spot check", dengan Mommy pun kena "spot check"...ihikss...kesiannn...mungkin terbawa-bawa karakter pengawas sekolah tu lagi kot??? Wakakakaka.... 

Jadi ibu bapa ni, memang tugasnya tidak pernah berhenti dan anak-anak mana mungkin dibiarkan terbiar begitu sahaja... Pengawalan, pemantauan segalanya penting sehingga mencapai umur anak-anak boleh berfikir sendiri, matang dan tahu hala tuju kehidupan masing-masing...Bukan ingin  menjadi ibu bapa yang terlalu mengongkong anak-anak... Terlalu mengawal pun tidak bagus juga...Anak-anak perlukan ruang mereka sendiri juga... Takut nanti jadinya kalau terlalu mengawal, lain jadinya kan??? Lagi dikawal, lagi memberontak...bahaya tu... Pandai-pandailah kann??? "The common sense, logical thinking, firmness has to be balanced..."... ^_*

*Kesian, Ash...ha ha ha...awal-awal Mommy dah "planning" nak "spot check" beg sekolah dia.... 

Post a Comment

5Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Pada akak sgt perlu..itu yg akak buat..sebagai langkah berjaga-jaga bukannya sebab tak percaya pada anak...:)

    ReplyDelete
  2. Jawapan dari saya, sangat perlu. Sebabnya, bukan tidak percaya kepada anak-anak, cuma mahu tidak ada apa-apa yang tidak elok. Macam contoh, kita sebagai ibubapa dah ajar elok dah pada anak-anak, sampai tempat sekolah, macam-macam orang dia kenal. Takut kalau, ada perangai yang tidak elok di ikutnya. Ha.

    ReplyDelete
  3. Mak ayah saya dulu, setiap kali balik rumah dr sekolah, beg mmg kena cek. Nak cek sama ada kerja sekolah ada ke tak...bila hbis ujian or periksa msti kertas dgn result wajib kena bg diorang. tak boleh terlepas..

    ReplyDelete
  4. Tak ramai ibu bapa ambil tahu pelajaran anak2 terutama bila ank dh masuk sekolah menengah..

    ReplyDelete
  5. ayah aku dulu spot check mengejut beg sekolah kami, antara yang ditemui adalah seperti kerja sekiolah tak siap dan kertas ujian.menakutkan weh

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !