Home » , , , , , , , , , , » "Ovulation Test Kit"... "Ovulation Predictor Kit"...

"Ovulation Test Kit"... "Ovulation Predictor Kit"...

Kita masuk kepada cerita orang-orang yang baru berkahwin, sudah lama berkahwin tetapi bukannya cerita melucah ataupun perkataan-perkataan yang membawa kepada pemikiran kelucahan yer??? Ini adalah lebih kepada informasi dan juga pengetahuan umum untuk semua orang-orang yang baru berkahwin, sudah lama berkahwin. Sekadar perkongsian. Mungkin sememangnya ada yang menggunakan "ovulation test kit" ataupun "ovulation predictor kit" ini dan Farah juga tidak menolak kemungkinan mungkin ada di kalangan kita yang tidak pernah menggunakan langsung ataupun mengetahui langsung tentang "ovulation test kit" ataupun "ovulation predictor kit" ini... Tak apa, dalam kehidupan ini tidak semua perkara kita semestinya tahu, kadang-kadang ada juga perkara yang kita tidak tahu dan baru tahu... Hidup kan sentiasa belajar... 

Kegunaan??? Secara ringkasnya, ianya adalah sangat-sangat berguna bagi orang-orang yang berada di alam perkahwin di dalam urusan "anak"... Maksudnya... kalau sesiapa yang "trying to conceive -TTC" ataupun kalau sesiapa yang merancang jarak anak, merancang anak..."ovulation test kit" ataupun "ovulation predictor kit" ini adalah sesuatu yang membantu kita di dalam menentukan hari subur kita sebagai seorang wanita. Rupanya dan harganya??? Ada bermacam jenis di pasaran tu... selalunya di farmasi lah...Kebiasaannya diletakkan bersama-sama "pregnancy test kit"... Jadi sila baca betul-betul sebelum membeli sama ada ianya adalah "ovulation" ataupun "pregnancy"...Jangan tersilap beli... Hik hik hik... Harga ada pelbagai, dari yang semurah-murahnya sehingga ke yang semahal-mahalnya... Ikut kemampuan serta bajet masing-masing...  



Sedikit perkongsian secara lebih terperinci mengenai "ovulation test kit" ataupun "ovulation predictor kit" ini yang Farah dapat kongsikan dari artikel di SINI

Apakah Luteinising Hormon (LH)?
LH adalah salah satu hormon yang terlibat di dalam proses ovulasi di dalam seseorang wanita pada setiap bulan. Sebelum proses ovulasi berlaku, paras hormon LH ini akan meningkat dengan secara mendadak. Ini dikenali sebagai "LH Surge". LH Surge ini akan merangsang folikel matang yang berada di dalam kilang telur seseorang wanita untuk pecah. Hormon LH akan dapat dikesan di dalam air kencing 12 jam selepas LH Surge. Ovulasi akan berlaku lebih kurang 24 jam selepas hormon LH dikesan dalam air kencing. 

Apakah "Ovulation Predictor Kit - OPK" Ataupun "Ovulation Test Kit - OTK"?
OPK ataupun OTK adalah sejenis alat yang boleh dibeli di mana-mana kedai farmasi yang boleh digunakan untuk mengesan "LH Surge" dengan hanya menggunakan air kencing sahaja. Oleh itu, ujian mudah ini boleh dilakukan di rumah atau pejabat. 

Bilakah Saya Patut Memulai Menggunakan Alat OPK/OTK Untuk Menentukan Hari Subur Saya?
Ini terpulang kepada kitaran haid anda. Kira kitaran haid anda yang lepas selama 3-6 bulan. Ambil kitaran haid yang terpendek dan tolakkan 17 hari.

Contohnya:
Kitaran haid yang terpendek ialah 27 hari.

Mula membuat OPK/OTK --> 27 - 17 hari = 10. Hari untuk memulakan ujian OPK/OTK ialah pada hari ke-10 haid.

Bagaimanakah Caranya Menggunakan Alat OPK/OTK Tersebut?
  • Gunakan jenama Clearblue sebab jenama ini adalah lebih sensitif dan tepat.
  • Terdapat juga dalam pasaran Clearblue digital yang akan memberikan keputusan terus untuk anda. Jadi tidak perlulah menggaru kepala untuk cuba "interpret" keputusan sekiranya menggunakan Clearblue Urine Strips itu.
  • Gunakan sampel air kencing dari pukul 10 pagi sehingga 8 malam. Jangan gunakan sampel air kencing yang pertama. Juga pastikan mengurangkan meminum air 2 jam sebelum membuat ujian air kencing tersebut agar air kencing tidak menjadi terlalu cair. 
  • Buat ujian tersebut pada waktu yang sama setiap hari.
  • Ambil sampel air kencing.
  • Rendamkan strip ujian ke dalam air kencing.
  • Bacakan keputusan selepas 5 minit. 
  • Untuk keputusan positif, T Line (Test Line) hendaklah sama terang dengan C Line (Control Line) - bagi Farah lah kannn...kalau susah nak baca keputusan tersebut, beli jer yang "digital ovulation testing".
  • Kadangkala terdapat setengah-setengah pesakit di mana keputusannya menunjukkan garisan T Line yang samar-samar. ("faint positive"). Sekiranya terdapat keraguan hendaklah mendapatkan kepastian dari doktor yang merawati terutamanya jika anda sedang mengalami rawatan kesuburan seperti IUI atau untuk prosedur "Frozen Embryo Transfer".
Selepas Mendapat Ujian Positif atas OPK/OTK, Bilakah Saya Perlu Melakukan Hubungan Seks?
Lakukan hubungan seks bila pada hari pertama mendapat ujian positif OPK/OTK dan kemudian lakukan hubungan seks pada keesokkan harinya juga.

Bagaimana Kalau Saya Mempunyai Haid Yang Tidak Teratur?
Seelok-eloknya hendaklah berjumpa dengan doktor dan pastikan apakah punca haid tidak teratur. Di dalam pasaran terdapat juga "fertility monitor" di mana pengguna akan membuat ujian air kencing pada strip setiap pagi dan meletakkan di dalam alat tersebut. "Monitor" ini yang akan menganalisa hormon LH dan estrogen di dalam air kencing dan memberitahu sama adda kesuburan anda adalah rendah, tinggi atau "paling subur" ("peak"). Akan tetapi, harga "fertility monitor" ini adalah agak mahal.

Haaaa... moga-moga bermanfaat untuk semua...selamat mencuba! Bagi yang TTC, sekiranya sudah mencuba 3 - 6 bulan sendiri mungkin ada eloknya untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan bantuan. Dan menurut artikel yang disediakan oleh Dr. Tasha ini, janganlah terlalu taksub dengan alat OPK/OTK ini kerana mungkin boleh menimbulkan rasa tekanan di antara kedua-dua pasangan kerana terpaksa merancang waktu melakukan hubungan intim semasa "waktu subur". Salah satu kaedah yang lebih kurang tekanan ialah dengan melakukan hubungan intim 2-3 kali seminggu. Sekiranya anda sudah boleh mengagak waktu subur, anda boleh melakukannya dengan lebih kerap dalam tempoh tersebut. Bagi yang nak merancang jarak atau merancang anak tu, bolehlah elakkan dari melakukan hubungan intim bila tiba hari subur anda... Kita tak tau kan? Mungkin ada di kalangan kita yang sememangnya merancang jarak anak ataupun merancang anak... *_^ 

Dapatkan Artikel terbaru dari Situs ini melalui e-mail Anda.

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel "Ovulation Test Kit"... "Ovulation Predictor Kit"..., diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Wednesday, May 13, 2015.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

7 comments:

  1. sebelum kahwin dulu period memg x regular.. risau jugak x mengandung.. huhuhu.. tp dah rezeki awal.. ni lepas beranak, period dah regular kot.. kitaran 30-31 hari.. hope lepas ni senang nak test pakai opk ni

    ReplyDelete
  2. Woww detail sungguh entry ttg opk ni...julia tak pernah guna opk...rasa teringin plak saje2 nak guna hehehhe...good sharing dear.

    ReplyDelete
  3. Good sharing..tambah ilmu sikit hari ni :)

    ReplyDelete
  4. dok tgk tp x penah beli n guna...hihihi...

    ReplyDelete
  5. Last guna 6 tahun yang lalu. Ha ha ha

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia

iWON.MY