Mommy Jadi Seriau... Memang Tak Boleh Dilepaskan...

Farah Waheda Wahid
11

Baru dapat kaki, kaki masih belum kuat, sudah pandai berlari ke sana ke mari. Ligat!!! Ash berada di tahap yang tidak boleh dibiarkan, tidak boleh leka, jangan sesekali pantang lepa... Sebab pada tahap ini memang banyak risiko kemalangan yang bakal berlaku... Sungguh, Farah sekarang ni, tak kisah penat berkejar-kejaran, berlari ke sana ke mari, asalkan tidak berlaku sebarang kecederaan atau kesakitan kepada Ash... Pada tahap ini, di usia masih muda, memang tulang belulang di dalam tubuh badan Ash serta kanak-kanak lain masih muda dan senang sahaja mengalami kecederaan...Tak cukup dengan itu, ia juga jika tidak dipantau dan dijaga sebaiknya boleh menimbulkan implikasi yang lain... Kita ni sebagai ibu bapa sudah semestinya tidak mahu perkara-perkara yang buruk berlaku kepada anak-anak kita dan tidak meminta sesekali ia berlaku kann??? Selama 1 tahun 6 bulan ini, Farah belajar mengetahui dan merasai bagaimana sakitnya hati serta perasaan seorang ibu apabila anak-anak sakit dan cedera. Sungguh... Sebelum-sebelum ni rasa juga, tetapi bila bergelar ibu rasanya itu lebih ok??? Sebab itu, orang-orang yang terlebih dahulu makan garam sering berkata... bila dah jadi ibu nanti, rasalah bagaimana rasanya seorang ibu terhadap anak... Huishhh, tahap "over" Farah ni, kalau boleh semut jangan gigit dan nyamuk pun jangan hisap darah anak "I is pleaseeee..." ....Muahahaha...Tapi semut dan nyamuk itu kadang-kadang tak perasan tau-tau ajer dah berbintat... Hik hik hik.... 

Semalam Farah ada terbaca keratan berita mengenai Budak Perempuan Parah Jatuh Eskalator dan sedutan berita terkini mengenai keadaan kanak-kanak tersebut dari sumber di SINI pada hari ini... 

KOTA KINABALU, 10 Mei - Panjang umur. Meskipun terjatuh dari eskalator di tingkat satu sebuah pusat beli-belah dekat sini, seorang kanak-kanak sekadar mengalami kecederaan kecil. Dalam kejadian pukul 2 petang itu, Noraini Herman, yang berusia 1 tahun 6 bulan, hanya mengalami kecederaan ringan di bahagian mata kiri, hidung dan mulut. Ekoran kejadian malang itu, kanak-kanak tersebut dibawa ke Hospital Queen Elizabeth 2 (QEH2) bagi mendapatkan rawatan lanjut. Mangsa bersama ibunya berada di pusat beli-belah tersebut bagi membeli keperluan harian. Setelah selesai membeli barangan, ibu mangsa membuat pembayaran tiket tempat letak kereta manakala kanak-kanak itu bermain berhampiran eskalator. Mangsa bagaimanapun, tidak bernasib baik apabila dia terjatuh dari eskalator tersebut. Orang ramai yang melihat kejadian itu memberi bantuan, sebelum dihantar ke QEH2 untuk menerima rawatan lanjut. Sementara itu, Ketua Polis Kota Kinabalu, Asisten Komisioner, M.Chandra berkata, berdasarkan maklumat awal, mangsa dipercayai terjatuh dari eskalator tingkat satu berdekatan kedai emas sebelum mangsa dikejarkan ke QEH2. Mengesahkan kejadian itu, Chandra berkata, kanak-kanak tersebut sekadar mengalami kecederaan ringan dan berada ddalam keadaan stabil. "Meskipun ditempatkan di zon kritikal di QEH2, namun kanak-kanak ini berada dalam keadaan stabil," katanya menambah keputusan pemeriksaan x-ray ke atas mangsa masih belum diketahui.
Memang malang tidak berbau...dan sebab itu Farah bukannya nak gebang atau mengatakan diri Farah cukup bagus ataupun hebat ke apa yer??? Anak Farah pun baru nak membesar...sebab itu Farah ada rasa seriau itu yang amat-amat sangat dan sebab itu dalam sesetengah keadaan Farah tidak akan sesekali membiarkan Ash bebas serta terlepas ke sana ke mari sesuka hati. Ada sesetengah tempat atau kawasan yang Farah yakin Farah boleh lepaskan dia dan biarkan dia bebas akan Farah lepaskan sambil mata tak kelip pantau. Farah akan ada sahaja dekat dengan Ash tak kiralah apa orang nak kata... Nak kata Ash tu lelaki dan harus dibiarkan supaya tak jadi lembik sangat ke apa ke? Farah tak peduli ok? Sebab "safety first"...Memang mereka suka bebas dan tidak terikat dengan ibu bapa dalam usia sebegini, memang mereka seronok untuk bereksplorasi di sana sini...Tetapi bagi Farah masih ada tempatnya, masih ada caranya, masa ada batasannya... Nak main tempat-tempat merepek macam eskalator ke apa ke pada pandangan dan fikiran Farah... Ya ampunn, "sorry it's a no no"... Farah akui, tentang bahagian ini Farah sangat mengawal walaupun ramai yang tidak akan bersetuju dan mengatakan jangan dikawal sehingga sebegitu sangat.... 

Farah juga tidak mengatakan bahawasanya ibu kepada kanak-kanak yang terjatuh tu salah atau cuba menyalahkan yer...Juga ibu bapa lain tak pandai jaga anak ke apa? Jangan salah faham... Setiap dari kita punya cara masing-masing di dalam menjaga dan mendidik anak masing-masing... Kita tak tahu bagaimana sebenarnya kejadian yang berlaku pada saat itu...Cumanya Farah meluahkan rasa seriau Farah dan ingin menyatakan bahawasanya kejadian-kejadian seperti inilah yang Farah tidak mahu seboleh-bolehnya berlaku kepada anak Farah. Ibu bapa mana yang mahu kejadian buruk berlaku kepada anak mereka kan??? Yang berlaku tetap telah berlaku, apa pun kita jadikan ianya sebagai pengajaran dan supaya kita lebih "alert" di dalam menjaga serta mengawal anak-anak kita di tempat-tempat awam ataupun di mana-mana sahaja.... Bila Allah SWT berkata "Kun Fa Ya Kun"... sebenarnya Farah tidak menolak...jika Allah berkehendakkan ianya berlaku pada sekian hari dan sekian tarikh...Ia akan berlaku juga, cumanya kita doa sebaik mungkin semoga anak-anak kita semua dilindungi, dijauhkan dan kalau boleh kita sendiri sebagai ibu bapa kena berusaha sebaik mungkin untuk memastikan keselamatan anak-anak masing-masing. Apa-apa pun boleh berlaku pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja...Sungguh, ianya salah satu ketakutan yang berlaku di dalam hati ini, tetapi mahu tidak hidup perlu diteruskan dan kehidupan sehari-hari perlu diteruskan. Apa yang boleh, berhati-hatilah sebaik mungkin... Hu hu hu... Susah nak cakap sebenarnya kann??? Kadang-kadang memang sebab benda nak jadi... 

Agak macam Mommy terlalu mengawal, tetapi "most of the time" kalau keluar berjalan-jalan, Mommy hanya akan melepaskan Ash di kawasan-kawasan tertentu dan tidak berapa nak yakin kalau dilepaskan di kawasan-kawasan yang ada risiko serta boleh mengundang bahaya... Untuk keselamatan Ash, Mommy lebih selesa ikat Ash supaya duduk diam-diam di "buggy" Ash... Hu hu hu... Nak kata fobia melampau atau trauma pun tak taulah nak cakap Farah ni, tetapi sebelum apa-apa suka sangat fikirkan serta bayangkan yang macam-macam tau... Dush dush ... Kadang-kadang tu rasa macam alahaiiii kenapalah boleh fikir sampai macam ni sekali, sejauh ni... Hu hu hu... Tak suka sebenarnya bila fikir yang terlalu berimaginasi sangat ni...yang tak seronok pun untuk diimaginasikan... 

Untuk anak gadis kecil yang terlibat... Aunty doakan semoga kamu cepat sembuh yer sayang... "Speedy recovery for you dear little angel"... In Shaa Allah, Amin... 

Post a Comment

11Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. tu yang kita khuatiri kan...lagilah kalau dah dpat kaki...isk..macam manalah nanti awfiyah kalau dah dapt kaki..hehehe

    ReplyDelete
  2. Anak.. 9 bulan kita bawak dia dalam perut.. Mustahillah seorang ibu tu x sayangkan anak dia.. Malang tu x berbau.. xde sape boleh jangka.. sebab tu kalau sorang, memang x kua bawak anak gi Pasaraya.. or tempat yg sesak.. walaupun dua2 gegurl tapi tgh membesarkan.. memang lasakla...

    ReplyDelete
  3. Good sharing dear...anak2 dapat kaki memang seronok tgk keletah dia mula pandai berjalan.

    ReplyDelete
  4. kannn anak baru dpt kaki ni mak yg letih lebih ;)

    ReplyDelete
  5. Begitulah perasaan seorang ibu. Bukan kita nak mengongkong anak tersebut tetapi untuk kebaikan anak juga. Anak2 kecil masih tidak faham perihal keselamatan. Ibu bapa lah yg harus mengambil berat tentangnya..

    ReplyDelete
  6. Biarlah jadi mommy yg terlebih alert daripada yg cuai Farah
    Yg kesal bukan keluarga aje tapi masyarakat umum juga.
    Ash tengah nak meligat ni kena perhatian lebih...

    ReplyDelete
  7. time ni kena lebih perhatian sket ekk... tgh mula nak explore tu. ke sana ke sini dia lari..

    ReplyDelete
  8. ujian utk mereka tapi pengajaran utk semua...

    ReplyDelete
  9. sudah pasti semua ibu atau bapa tidak ingin kejadian buruk berlaku. Kena sentiasa berjaga-jaga berhati-hati tetapi sekiranya berlaku juga maka ianya sudah ketetapan takdir. Walaubagaimanapun jika ia datang dari kelalaian ibubapa pastinya akan memberi kesan yang mendalam

    ReplyDelete
  10. my anak buah 10 bln . dah mula belajar berjalan . nasib baik kakaknya ramai blh la tlg jaga . tu pun kadang sampai ke dapur juga kacau mamanya masak ...

    ReplyDelete
  11. Akk yg bw anak anak dah besar ni pun risau tambah la klw bw bb. Bb lain ragam. Anak anak besar pun ada ragamnya jugak. Apa apa pun kena beri perhatian kpd anak anak sentiasa. Jgn lepas pandang. Kes culik la kes jatuh eskalator la dan mcm mcm lagi.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !