Home » , , , , , , » Misi Menggeledah Almari...

Misi Menggeledah Almari...

Sumber dari Google
Disebabkan panggilan telefon tengah hari tadi, tiba-tiba kotak pemikiran jadi sesak memikirkan apakah yang sesuai untuk dipakai pada pagi Sabtu nanti...Hik hik hik, biasalah orang perempuan kann???  Sebulan, 2 minggu, seminggu, beberapa hari, malam sebelum hari kejadian, mesti dah sibuk merancang-rancang apa yang nak digayakan pada hari kejadian... Bagi orang lelaki, tak se-"complicated" mana punnn.... Bagi mereka, pakai ajer apa yang ada di dalam almari tu... Iyaaa... memanglah pakai ajer apa yang ada di dalam almari tu, tapi nak pakai yang mana? Padanan yang mana? Ha ha ha.... itulah bezanya wanita dan lelaki... #ehhh tetapi ada juga lelaki yang lebih kurang sama jer dengan wanita ok??? Sibuk dok fikir padanan baju.... 

Sejak akhir-akhir ni, memang padanan baju menjadi satu masalah pada Farah... Rasa macam dah tak ada baju lagi nak "rotate"...Wakakakaka...Walaupun sebenarnya banyak jer lagi baju di dalam almari tu...Alhamdulillah, tak adalah sampai boleh buka butik, tetapi cukuplah untuk pusingan-pusingan yang sewajarnya...Haippp bukan berlagak atau menunjuk-nunjuk ok???  Tak ada niat punnnn.... Cerita jer cerita jer...Jangan nak silap faham sangatlahh.... 

Owhh, sambung balik cerita...Ini tengah berfikir ni nak pakai padanan baju apa ni... Nak main belasah jer boleh juga... "daring" sikit kannn??? Haippp... "daring" bukan bermaksud "as in" berpakaian menjolok mata yer... maksudnya melawan arus di sini... Hik hik hik...Ataupun dengan kata lain tak ikut tema... Nak ikut tema, alahaiiii...boleh juga kot??? Tapi kenalah sesuaikan dengan majlis juga.... Sebenarnya bila tiba bab pemakaian ni, ada masa-masa Farah lebih selesa berseluar, tapi kalau dah macam ni gayanya, kena berkain jugalah ni... 

Di dalam pemikiran dah nampak satu dah...Tapi nak kena cuba dulu...Wakakaka...Al-maklumlah itu sebelum melahirkan punya, manalah tau kot-kot tak cukup kain ke, atau kain kena makan lipas ke (alasan), atau ho ho ho..."bursting" ke... Kena tengok juga ni... Nantilah tengok macam mana... Yang pastinya...konsepnya ba alif ta ya kaf... batik... Kena cari padanan batik... Kalau macam gambar di atas ni pun ok jugak ni...Ha ha ha... Moga-moga berjumpalah hendaknya apa yang dicari nanti ni dalam almari... 

*Tak semestinya perlu beli yang baru, yang lama jika bersesuaian pun nampak ok juga kan??? Lagipun bukan lama sangat nak memakainya...Beberapa jam jer.... - ini sah-sah selesai jer acara, terussss tukar seluar jeans ni.... muahahahaha.... Sebab senang nak "rushing" pula selepas tu ke satu tempat lain pula... #ehh silappp... ambil anak dulu lepas tu baru pergi... 

Dapatkan Artikel terbaru dari Situs ini melalui e-mail Anda.

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Misi Menggeledah Almari... , diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Thursday, May 21, 2015.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

12 comments:

  1. cantik sentuhan batik pakai untuk event sekali sekala kan...nampak kelainan...wowww bagus byk stok baju2 ni...leh mix and match

    ReplyDelete
  2. wahhhh, mesti glamer nnt tu...

    akk skrg pun pening nk pakai bj apa sbb dah bf baby Aliff ni...

    ReplyDelete
  3. wah ! seronok...
    cari jgn xcari farah hehehe..
    *zaza pun tgah cari baju ikut tema utk mggu depan uwaaaaa...

    ReplyDelete
  4. Harap jumpa yang sesuai..mesti akak nak gojes macam selalu :)

    ReplyDelete
  5. hopefully jumpa yang macam akak nak..hihi :D

    hwaiting..!

    ReplyDelete
  6. assalamualaikum farah...wah bestnya...sesekali jadi glamer kn...:)

    ReplyDelete
  7. pakai kebaya nyonya la kak..santek..ayu gittew!
    moga mendpt baju yg diidamkan...

    ReplyDelete
  8. Farah kreatif....mesti gempak nnt punya..hehehe. Akak pula jenis perempuan x reti bergaya. Haihh..kesian laki akak.

    ReplyDelete
  9. Mix n match je kan sis, x prlu nak membazir

    ReplyDelete
  10. Nak ikut! Hehe.
    Azie pun recycle jugak kalau bab2 pakaian ni. Semua mix & match aje :)

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia

iWON.MY