Mengatasi Anak-Anak Yang Sering Mengalami Mabuk Perjalanan...

Farah Waheda Wahid
6

Mabuk perjalanan ni maksudnya rasa mabuk bila menaiki kenderaan untuk menuju ke sesuatu tempat...Ihikss...ini semua orang pun tau kann??? Orang-orang yang mengalami mabuk perjalanan ni atau mabuk kenderaan ni, memang asal naik kereta jer, rasa loya, rasa kepala berpusing, rasa nak muntah... lebih kurang juga dengan mabuk laut kot???  Farah tak berapa nak pasti rasa sebenarnya bagaimana sebab Farah tak pernah mengalami kedua-dua keadaan iaitu sama ada mabuk kenderaan ataupun mabuk laut...#ehhh... Mabuk kenderaan pernah sekali dulu sewaktu naik Cameron Highlands... He he he... Tapi Farah tak muntah cuma rasa kepala tu macam berpusing-pusing dan berbayang-bayang jer lah... Errr...kepala ke otak? Ha ha ha, lebih kuranglah... Ash juga, Alhamdulillah setakat ini tiada tanda-tanda bahawasanya dia ada simptom mabuk perjalanan... Kaki berjalan adalah lagi... Ha ha ha...Asal hujung minggu jer, Mommy... "car"... 

Mabuk perjalanan ini sebenarnya adalah gangguan pada telinga di bahagian dalam dan ketidakmampuan untuk menyesuaikan antara pergerakkan kenderaan dan juga sistem sensor tubuh badan kita... Jap, tak silap ada rakan Farah dulu pernah katakan kalau agak-agak rasa nak jadi mabuk perjalanan atau mabuk kenderaan ni, jangan telan air liur semasa itu... Hurmm... Ingat-ingat lupalah pula... Dan anak-anak kecil juga tidak terkecuali dari mengalami mabuk perjalanan atau mabuk kenderaan. Ada seorang sepupu Farah tu, dia masa kecil jer, asal naik kereta jer mesti muntah. Sian dia... 

Mabuk perjalanan ataupun mabuk kenderaan ini biasanya tak jadi macam tu sahaja, tetapi ianya adalah melalui beberapa tahap. Di antara simptom-simptom mabuk perjalanan ataupun mabuk kenderaan adalah:
  • Rasa mual.
  • Berpeluh dingin.
  • Muntah.
  • Rasa seolah-olah kepala berpusing.
  • Letih.
  • Sakit kepala.
  • Produksi air liur bertambah.
  • Pucat.
Sedikit panduan untuk mencegah mabuk perjalanan ataupun mabuk kenderaan yang dipetik dari artikel di SINI untuk anak-anak kecil:

1. Pilih posisi yang tepat. Jika menaiki "cruise"..hamboiii "cruise" ajer... pilihlah kabin di tengah sebab pada titik ini goyangan kapal paling tidak terasa. Jika naik kapal terbang, "booking" lah tempat duduk di bahagian depan tepi sayap kapal terbang. Jika naik kereta api, duduklah berhampiran tingkap dan menghadap ke hadapan. Jika naik kereta ataupun bas, yang sebaik-baiknya duduk di hadapan di sebelah pemandu.

2. Duduk santai dan tidak terlampau tegak. Usahakan agar posisi mata memandang pada sekitar 45 darjah. Dalam duduk itu juga, usahakan kepala tidak banyak bergoyang dan kalau lagi baik sandarkan pada kerusi. Macam "car safety seat" biasanya ada penghadang macam gambar Ash di atas tu kan???

3. Sila isikan perut anak anda sebelum memulakan perjalanan. Jangan biarkan perut mereka kosong di saat memulakan perjalanan. Sebab kalau perut kosong, ia akan membuatkan anak terasa mual. Tapi, jangan pula beri makan sampai berlebihan. Kurangkan makanan berlemak tinggi, kawal minuman jus termasuk buah-buahan masa nak memulakan perjalanan tu. 

4. Bawa bekal buah sebagai bekal di dalam perjalanan. Buah-buahan menyediakan cukup air bagi penawar dahaga, serat yang mengenyangkan, memberikan tenaga dan penghilang rasa pening kepala kerana kelaparan. Pilih buah yang praktikal seperti epal, anggur, "pear" dan pisang. Ooo lagi satu asam...hik hik hik...ini untuk anak-anak yang dah besar sikit dan dewasa lah...Asam ni sangat membantu kot?  

5. Ajar anak untuk pandang ke hadapan dan bukannya pusing ke kiri pusing ke kanan untuk melihat pemandangan atau benda yang tidak bergerak sebab ini pun boleh jadi penyebab mabuk perjalanan ataupun mabuk kenderaan. Jangan biarkan mereka pejamkan mata dan paksa diri untuk tidur kecuali benar-benar mengantuk.

6. Jangan biarkan anak membaca. Membaca memang dapat menghilangkan kebosanan semasa menempuh perjalanan yang jauh dan panjang, tapi bagi mereka yang mengalami mabuk perjalanan ataupun mabuk kenderaan boleh membuatkan anak-anak rasa mual. Mata pun ada kaitannya dengan keseimbangan. 

7. Kalau anak-anak mengadu mula rasa mual atau kita tengok dah lain macam jer... beri anak makan buah yang anda bawa. Kalau mual tu tak reda, bantu anak dengan mengepal dan meramas jari jemari tangan secara lembut untuk menaikkan peredaran darah. Untuk menghilangkan kepala berpusing, "pijat" atau picit lembut jari jari dan telapak tangan anak. 

8. Buka tingkap kereta untuk "fresh air circulation" ke dalam kenderaan. Jika tak boleh juga... rasa mual juga...bawa-bawalah berhenti kenderaan tu yer... Keluar dan ajak anak berjalan-jalan di sekeliling seketika untuk meneutralkan rasa-rasa yang tak sedap tu. Ini memang sangat efektif untuk mencegah mual atau perasaan nak muntah tu, terutama bagi kanak-kanak. Ini kalau naik kenderaan peribadilah, kalau naik kenderaan awam... hu hu hu... memang tak boleh nak buat ni... 

Begitulah serba sedikit yang boleh Farah kongsikan... Semoga bermanfaat kepada semua ibu bapa dan semua pembaca yang sudi membaca di luar sana... *_^ 

Post a Comment

6Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. hui..mabuk naik kenderaan mmng dialami dieyana dan anak-anak. dh kawin, rasa ni dh hilang dgn sendiri, sekarang, anak2 pula.aduyai..anak yang no 1 n 2, dh okey, skrg cik kembar pula..aduyai...dan utk pertama kalinya, cik kembar diberi 'ubat tahan muntah naik kenderaan'. sebelum ni tk pernah bagi mmng seksa tgk diaorang muntah..bleh rasa perasaan tu sbb dulu saya pun mcm diaorang.. :-((

    ReplyDelete
  2. Salam. Hee gud info ni mak ;p

    ReplyDelete
  3. Nice tips... Ank2 sy bukan mabuk perjalan... Mabuk nk berjalan tak kira time ada la..

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !