Ke Sunway Lagoon-Lah Kita Nampaknya Lagi Ni...

Farah Waheda Wahid
8

Owhh... Hampir-hampir terlupa tentang tiket Sunway Lagoon yang Farah perolehi dari pihak Sunway Pyramid bulan Februari 2015 lalu hasil dari kerja "advertorial". 2 tiket dewasa dan 2 tiket kanak-kanak. Kalau Abah Ash tak ingatkan semalam dan tanya semalam, agaknya mereput sebegitu sahaja tiket-tiket ini disebabkan oleh penyakit terlupa bukannya penyakit pelupa. "Aiseyman", macam mana boleh terlupa tentang tiket ni ek??? Ha ha ha... Terima kasih Abah Ash kerana mengingatkan Mommy Ash semalam... 

Sebenarnya memang dah ada rancangan awal tentang lawatan kedua di tahun ini ke Sunway Lagoon ni. Lawatan pertama adalah sewaktu sambutan Hari Keluarga syarikat Farah berkerja pada 28 Mac 2015 sepertimana yang Farah pernah kongsikan di dalam entri Ash "Splashing Good Times" @ Sunway Lagoon. Lawatan kedua??? In Shaa Allah, sebelum tiba tarikh luput tiket-tiket tersebut pada 30 Jun 2015. Kalau nak pergi pun sebelum Ramadhan-lah pun kann??? Hew hew hew... tetapiiii dah tentu-tentulah bukan hujung minggu ni kerana Sabtu dan Ahad, Mommy Ash dah ada temujanji lain yang telah ditetapkan. Ash kalau dapat berendam??? Ash kalau dapat main air??? Sama sahaja macam kanak-kanak yang lain... Sukalah dia. Kalau boleh, kalau bolehlah dia memang tak nak keluar dari air langsung!!!

Ini kalau dia dah faham dan beritahu yang dia bakal dibawa berkunjung sekali lagi ke Sunway Lagoon tentu suka ni. Ha ha ha, faham tapi tak boleh nak bertutur dengan lancar lagi selain dari bahasa Jerman atau bahasa Korea dia. Kalau dah lancar bertutur, mau hari-hari dia tanya ni, bila nak pergi, bila nak pergi. Kann??? Yang untungnya sebenarnya, Ash masih di bawah 2 tahun dan tidak memerlukan tiket untuk masuk. Yang perlu adalah Mommy!!! Esok-esok bila dah berusia 2 tahun, masa tu kenalah bertiket yer Ash...

Hurmm, kalau ikut-ikutkan hujung minggu di dalam bulan Mei ini sememangnya dah penuh setiap minggu berturut-turut. Minggu lepas agak lapang pada hari Ahad. Tapi tak terfikir pula... Wakakakaka... Dok sibuk kalut pergi "collect" baju melayu Ash... Mana dan nak fikirnya. Dan cantik sebenarnya kalau pergi kali kedua ni sewaktu cuti panjang 4 hari yang lepas yer tak??? Ha ha ha, punyalah sengal memikirkan mana nak pergi sewaktu cuti 4 hari tu... Chaitt... Rupa-rupanya ada tiket yang belum ditebus oleh kita lagi ni Ash.

Memang ada banyak tempat "best" kat KL yang Abah Ash dengan Mommy Ash boleh bawak Ash, tapi dah alang-alang ada tiket ni, kita ke sana aje lah. Ke Sunway Lagoon-lah kita nampaknya lagi ni Ash... In Shaa Allah, In Shaa Allah, nanti Mommy cuba susun atur waktu untuk kita yer??? Kalau tak dapat hujung minggu, tengah-tengah minggu hari bekerja pun In Shaa Allah boleh. Untuk Ash, In Shaa Allah, Mommy akan cuba uruskan waktu dan fikirkan mana slot yang terbaik yer nak??? Nanti rendamlah puas-puas, mainlah air puas-puas... Berilah makan haiwan puas-puas... In Shaa Allah...

Post a Comment

8Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. rugi tu kalau tak pergi..lagipun ash kan suka main air ...mesti happening lagi kali ni..hehehe..

    ReplyDelete
  2. Bestnye dapat tiket FREE. Takpernah masuk Sunway Lagoon lagi. Sunway Pyramid pernah le. Hehe.

    ReplyDelete
  3. takpernah jejak lagi ke sunway lagoon..hehe..kesian tak??

    ReplyDelete
  4. Berjimba lagi lah ye Ash..ermmmm air oh air..sunway lagoon tunggu ash...

    ReplyDelete
  5. Mesti seronok Ash dapat main air tu

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !