Inspirasi Fesyen Dari Buluh | Fabrik Dari Buluh...

Farah Waheda Wahid
7
Sumber dari SINI
Fabrik dari buluh??? Buluh tu kan miang??? Boleh ke dijadikan fabrik dan digunakan di dalam industri fesyen untuk dijadikan pakaian kita??? Ha sudahhh...karang tak pasal-pasal jer tergaru sana tergaru sini sebab miang... Tu perkara pertama yang terlintas di dalam fikiran Farah minggu lepas sewaktu Nek Ma Ash beritahu bahawasanya sekarang ni buluh pun dah dijadikan fabrik. Tiba-tiba hari ni baru teringat cerita perbualan kami minggu lepas. Ha ha ha... Nek Ma Ash memang minat fesyen mesyen ni... Kadang-kadang anak dia tak tau lagi cerita, maknya dah tau dulu dah dan maknya tukang beritahu pada anaknya. Ahakss...oklah tu... sumber informasi bergerak... 

Disebabkan teringatkan cerita tu oleh Nek Ma Ash...hari ini secara tiba-tiba gigih mencari maklumat ataupun artikel yang berkenaan dari sumber di SINI

Sumber dari SINI
Dikatakan pakaian yang direka dari fabrik buluh ini adalah dinamakan sebagai Bliz dan dijual secara atas talian. Menurut petikan dari sumber:

Buluh atau bambu dikategorikan tumbuhan rumput yang banyak tumbuh di negara ASEAN. Keistimewaan tumbuhan ini pelbagai. Ia bukan saja boleh dibuat perabot dan produk kraf tangan seperti bakul barangan perhiasan, sebaliknya turut digunakan dalam pembikinan fabrik. Keistimewaannya gentian pepohon itu yang lazimnya tumbuh di hutan boleh diproses sebagai fabrik kapas eko sebagai pilihan dalam industri fesyen pakaian. Bagaimanapun, potensi penggunaan fabrik berasaskan buluh ini masih terlalu baru dan belum berkembang di negara ini berbanding negara lain. 
Ramai peminat fesyen tidak tahu kehadiran pakaian yang menggunakan fabrik buluh. Bukan saja pakaian semua produk menggunakan kain juga boleh dihasilkan daripada fabrik buluh jenis Moso ini. Apa yang istimewa, tumbuhan jenis ini mempunyai tempoh matang hanya tujuh tahun" Shazila Ghazi, Pengarah Urusan
Tidak seperti di Australia, terjemahan fabrik jenis bambu sudah berkembang sejak awal 2001. Pelbagai produk seperti pakaian bayi, sarung tangan, seluar dalam, baju tidur dan apa saja yang berkait rapat dengan fesyen pakaian menggunakan fabrik gelatin buluh.
Inspirasi Produk Australia
Lantaran keunikan itu, dua adik-beradik menjadikan inspirasi produk Bamboo Australia untuk memperluaskan penggunaan gentian buluh dalam menghasilkan fesyen busana mereka.

Justeru, sejak 2009 lalu, Bambo Malaysia Sdn Bhd ditubuhkan dan mewujudkan jenama Bliz bagi tujuan berkenaan dan setakat ini mendapat sambutan yang memberangsangkan.
Pengarah Urusannya, Shazila Ghazi dan adiknya Pengurus Produksi dan Rekaan, Shahiza Ghazi yakin produk berasaskan buluh ini mampu menawarkan pilihan yang hebat, pada masa depan.
Shazila berkata, siapa sangka kunjungan keluarga mereka untuk melawat Shahiza, 27, ketika menuntut di Australia membuka peluang perniagaan beridentiti tumbuhan pepohon itu.
Katanya, ayah beliau yang juga ahli perniagaan mendorong mereka dua beradik untuk membuka perniagaan ini ketika membuat kunjungan ke negara berkenaan pada 2008 lalu. 
“Ayah datang melawat adik saya, Shahiza dan terjumpa produk berasaskan buluh. Jadi, ilham membuka perniagaan menjual baju ini bermula di sana.
“Ramai peminat fesyen tidak tahu kehadiran pakaian yang menggunakan fabrik buluh. Bukan saja pakaian semua produk menggunakan kain juga boleh dihasilkan daripada fabrik buluh jenis Moso ini. Apa yang istimewa, tumbuhan jenis ini mempunyai tempoh matang hanya tujuh tahun saja,” katanya yang mengimport fabrik itu dari beberapa wilayah di China.
Oleh itu, pada hujung tahun lalu selepas melalui proses pembangunan penyelidikan pada 2009, Bliz memacu semangat mengeluarkan pakaian wanita, tuala, selendang, anak tudung, baju, pakaian dengan pelbagai warna pilihan dan menepati selera masyarakat tempatan.
Katanya, jika sebelum ini, Bliz memilih lapan warna dalam fabrik jenamanya dan antaranya adalah hitam, putih, coklat, Salmon Pink, turquoise, hijau gelap dan maroon, Bliz akan tampil menarik dengan beberapa warna pilihan lain.
Bermula daripada saiz sekecil S sehingga XL, pakaian yang dijual oleh syarikat ini tidak menolak jika ada tempahan saiz lebih besar seperti XXL mahupun XXXL semata-mata memberikan peluang semua orang menyarungkan fabrik daripada tumbuhan liar atau tanaman ini.
“Atas permintaan ramai menerusi online, kita menambah warna yang diinginkan pelanggan. Dalam masa terdekat, kita keluarkan warna ungu gelap, merah jambu terang, merah dan kelabu,” katanya.
Dapat Sambutan

Beliau berkata, sambutan diterima amat menggalakkan setiap kali menyertai di mana-mana pameran atau pertunjukan fesyen. Antara aktiviti yang sudah dijalankan oleh Bamboo Malaysia ketika Perhimpunan Agung UMNO 2010, Christmas @ 1 Mont Kiara 2011, 1-day Sale @ Kelab Golf Rahman Putra 2010, Persada International Wedding Fair 2011, World Bamboo Congress Belgium 2012, Project Revive (May 2012) Pantai Klebang, INBAR Tour China 2012, Floria Putrajaya 2012, World Bamboo Day Malaysia 2012 serta World Innovation Forum Kuala Lumpur November 2012.
Wanita berusia 33 tahun ini, berkata selama beroperasi, syarikatnya hanya menyediakan pakaian wanita, tetapi masa depan, mereka merancang untuk menyediakan baju lelaki.
“Kita berhasrat mengeksport produk ini ke negara luar seperti London, United Kingdom dan India. Untuk pasaran India, kami mengeksport pakaian wanita India Muslim, manakala negara lain pula kami akan mengeksport baju untuk wanita dan lelaki dalam masa terdekat ini,” katanya memberitahu pakaian dari jenama itu meraih minat pihak korporat dan kerajaan untuk dijadikan uniform.
Istimewanya, Bliz akan mencipta kelainan apabila mengambil inisiatif bekerjasama dengan beberapa jenama fesyen batik seperti Victor Khoo, Nukleus, Monkey Apparels dan Alana Ilham Creation yang mana fabrik mereka akan mencipta variasi dalam dunia fesyen batik.
Kata Shaliza, walaupun masih baru dalam pasaran fesyen pakaian, beliau sentiasa mahu memberikan kepuasan kepada pelanggannya dan berharap jenama itu akan menghuni di hati setiap peminat fesyen.
“Jika jenama ini mendapat sambutan, ia memberi peluang yang baik kepada pelanggan kerana kami dapat merendahkan sedikit harga daripada harga sekarang. Ini kerana kami dapat membeli secara pukal dengan harga murah daripada pengedar. Harga sekarang 15 peratus lebih mahal kerana kami membeli dalam kuantiti kecil dan membabitkan kos produksi,” katanya yang bercita-cita memberikan harga paling istimewa kepada pelanggan.
Buat masa ini, kedua-dua beradik ini sepakat tidak mahu membuka butik mahupun cawangan bagi menumpukan kepada jualan secara online dan menerusi ruang pamer mereka di Plaza Mont Kiara.
INFO: Jenama Bliz

* Pemenang ‘Most Creative World Bamboo Day Event’ sempena World Bamboo Day 2011 yang berlangsung selama seminggu.
* World Bamboo Day disambut pada 18 September setiap tahun.
* Produk keluarannya adalah antibakteria, menyerap peluh baik dan cepat kering.
* Tekstur nipis, ringan dan sejuk.
* Terdiri daripada dua jenis kain- wooven dan knitted.

Farah cuba juga mencari laman web mereka untuk melihat pilihan-pilihan yang ditawarkan secara atas talian, mana tahu kalau-kalau ada yang menarik perhatian, nampak-nampak gayanya pencarian tidak berhasil pula... Seperti tidak nampak penampakkan jaringannya... Puas sudah cuba mencari...Ke ada sesiapa tahu??? Maaflah disebabkan itu tidak dapat nak berkongsi pilihan-pilihan Bliz... Nampak-nampak gayanya kena saja-saja cuci-cuci mata melawat ke ruang pamer mereka di Plaza Mon't Kiara ni... In Shaa Allah... Nak tengok saja pun tak salah kan??? Kalau-kalau lah kalau-kalau Farah ke sana... nanti Farah kongsikan yer??? In Shaa Allah... 

Post a Comment

7Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Fuh.. Buluh pun blh buat baju... eh.. Tak miang eh..

    ReplyDelete
  2. Tak sangka buluh boleh buat pakaian komersial yer... menarik gal ^-^

    ReplyDelete
  3. Inovasi baru ni.nampak menarik untuk dicuba fabric ni.

    ReplyDelete
  4. Duckscarves ada Basic Bamboo Cotton shawl. Macam best je nak pakai :)

    ReplyDelete
  5. wah ada produk dri buluh..menarik sgt. sejuk pulak tu. tringin nak pakai. sesuai dgn cuaca malaysia yg panas. mesti selesa

    ReplyDelete
  6. baru tau buluh boleh buat baju...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !