Hai Lahhh Nasi Beriyani...

Sumber dari Google
Ini bukan kes Farah "craving" Nasi Beriyani... Tetapi ini kes Iman Firash yang kemaruk Nasi Beriyani...Nasi putih biasa dia dah tak pandang dahhh.... Aduyaiiii.... Pengsannn.... Sungguh, bukannya Farah saja-saja reka cerita sebab nak dijadikan cerita... #oopss "I is" tak pernah reka cerita untuk dijadikan cerita...Alhamdulillah, setakat ini Bubblynotes.Com semuanya adalah yang benar sebenar-benarnya, tiada yang benar melainkan yang benar... Hu hu hu.... Pesan "big boss", "big brother"... Kejujuran adalah lebih bernilai dari kekayaan... #ehhh ok...tersimpang pula cerita kita yer... Haaa...Iman Firash tak pandang nasi putih langsung!!! Kalau katalah sama ada Nek Ma Ash ataupun Farah sendiri yang menyuap nasi putih bersama lauk, dia akan keluarkan balik... Ko rasa??? Agak-agak, kuciwa tak hati, jiwa lara segala bagai... Masak nasi, masak lauk susah payah untuk dia... tapiii dia tak nak makan... Ha ha ha... "I is" sedey... Bila dah tak nak makan tu, takkan nak dipaksa pula yer tak??? Sebab Farah pernah terbaca satu artikel, jika kita kerap memaksa anak makan ia adalah tidak sihat dan berbahaya ke atas perkembangannya... Hurmmm.... 

Tapiiii... bila masakkan dia Nasi Beriyani... "uolss" tak perlu suruh dia makan pun, dia sendiri akan datang ok??? Ha ha ha, tengok tengok tengok... "demand" ke tak "demand" Iman Firash...Dush dush dush... Disebabkan Nek Ma dan Mommy yang risau kalau-kalau dia lapar jika tak makan walaupun masih menyusu...Sangguplah kami berdua ni turuti kehendak selera si anak teruna seorang ini...Sanggup ko hari-hari dok membega dapur masak Nasi Beriyani semata-mata untuk Ash...Ha ha ha...Janji anak "I is" nak makan tanpa cara paksaan...Kalau tak makan bukannya apa, nanti malam walaupun menyusu, dia gelisah...Sebab apa??? Sebab laparrrr.... Haaaa...tulah siapa suruh tak makan lagi... Anak Mommy ni jaga badan ke apa??? Disebabkan bimbang dia tidak mendapat cukup nutrien untuk perkembangan semasa... terpaksa jugalah bagi suplemen supaya boleh "cover" tang mana yang tak cukup tu ye tak??? Ha ha ha.... Tapi tidaklah memberi Nasi Beriyani yang kosong semata-mata, adalah ikan goreng dia, adalah sup daging dia, sup sayur dia, ikan masak taucu dia, ubi kentang dia... 

Orang berkata-kata jangan terlalu menurut sangat kehendak anak, dah tu??? Kalau anak tu tak makan langsung, mana nak datang tenaganya??? Mana nak datang nutriennya??? Harapkan keterbergantungan kepada susu formula semata-mata??? Nutrien susu ibu dahlah tak ada yer tak??? Sebab Ash tak menyusu susu ibu... Ooo, tak boleh tak boleh...macam mana pun kena beri dia makan tanpa paksaan tetapi secara psikologi asalkan makanan tersebut seimbang dan menunya adalah menu yang sihat... Hurmmm.... 

Anak susah makan ni adalah satu "ujian" buat para ibu sebenarnya. Sebelum menjadi anak yang susah makan, anak-anak ni terlebih dahulu apa kita suap masuk, apa kita hala, nganga... waktu itulah, waktu itu, mereka sangat berminat nak cuba apa yang kita tawarkan pada mereka, menikmati pengalaman dan rasa baru yang belum pernah mereka rasakan. Tetapiii, selepas beberapa bulan, bila dah mula dapat kaki, bila dah mula melasak... dah mula dah susah nak makan... Masak sedap macam mana punnn... ko hiaslah macam mana punnn...Ha ha ha... tetap tergeleng-geleng kepala, tetap mulut tu cakap... "no no no no no" dengan muncung-muncung sekali...kecuali Nasi Beriyani!!! Nak dibuang sayang, terasa membazir pula, dahlah zaman-zaman GST kannn??? Akhirnya??? Apa lagi, Mommy lah yang belasah makan... Paksa memaksa makan, tiada di dalam kamus "parenting" Farah...Hu hu hu... Tau tak??? Tak elok paksa anak-anak makan ni kalau mereka tak mahu makan??? Sebab banyak kesan buruk daripadanya...  

Menurut artikel di SINI, sekiranya kita terlalu dan kerap memaksa anak-anak makan sedangkan mereka tidak mahu makan... ianya akan mengakibatkan... 

Rasa Tertekan
Membuka mulut anak dan memasukkan makanan ke dalam mulut anak secara paksa bukan cara yang betul nak selesaikan masalah anak susah makan yer... Dengan cara ini, anda sebenarnya memaksanya melakukan sesuatu yang dia tidak mahu lakukan dan bila kita sebagai ibu bapa melakukan perkara ini... akibatnya anak-anak akan rasa tertekan. Jangan pandang enteng perasaan anak yer... walaupun dia masih kecil ataupun walaupun baru setahun umurnya, masa nilah semua senang sangat dia nak "record" di dalam kotak pemikiran dan memori dia tentang segala pengalaman dan kebiasaan yang kita sebagai ibu bapa ajarkan kepadanya. Rasa tertekan bukan sekadar membantutkan pertumbuhannya menjadi seorang anak yang gembira, tapiiii turut melibatkan kestabilan emosi di masa akan datang.

Anak Susah Makan Akan Menjadi Semakin Benci Kepada Makanan
Bila dah sibuk dok paksa-paksa sangat anak makan, lama-lama semakin disuruh makan semakin susah nak makan. Dalam diam-diam, secara psikologi, dia akan marah atau menyalahkan makanan. Kalau kitalah ada di posisi anak kita, disuruh atau dipaksa makan bila ibu kita kepal-kepal nasi lah contoh lepas tu sumbat secara paksa ke dalam mulut kita...mesti kita akan tutup mulut rapat-rapat macam anak-anak kita... Kalau berterusan, memang anak akan terus lari bila nampak kita bawa pinggan ataupun jadi trauma dengan makanan... Hu hu hu... 

Mengalami Gangguan Kesihatan
Sebab anak susah makan, kita ni pun mengalahlah dengan hanya memberikan makanan yang disukainya sahaja. Macam kes Ash ni lah... suka Nasi Beriyani...mengalah Nek Ma dan Mommy masakkan Nasi Beriyani hampir setiap hari untuk dia. Tapi tak adalah nak beri Nasi Beriyani semata-mata tergolek-golek macam tu sahaja... Sayur tetap perlu ada, ayam, daging, ikan... Sebab anak-anak memerlukan makanan bergizi yang dari jenis lain seperti sayur dan buah untuk pertumbuhannya. Kalau kurang sayur nanti, boleh jadi sembelit dan sebagainya. Dan satu perkara, anak-anak tahu bila untuk berhenti makan bila dia rasa diri dia sudah cukup kenyang. Oleh yang demikian, kalau mula-mula anak-anak anda makan punya makan bila disuapkan dan selepas itu dia mula menolak. Itu tandanya dia dah kenyang. Tolong jangan paksa lagi??? Boleh??? 

Tidak Menghargai Dan Tidak Dapat Menikmati Makanan
Rasa benci pada makanan membuatkan anak cenderung untuk tidak menghargai makanan yang kita sediakan dan dalam masa yang sama dia tidak dapat menikmati makanan tersebut.

Tak ada satu cara yang betul-betul tepat yang dapat digunakan untuk membuatkan anak-anak mahu makan jika mereka susah makan sebenarnya. Tetapi ada kepelbagaian alternatif, ada yang kata hias makanan cantik-cantik yang dapat tarik minat anak untuk makan, ada yang kata bagi suplemen dan macam-macam cara lagi yang boleh dicadangkan. "No harm of trying" tetapi yang penting kena ada kesabaran yang tinggi!!! Bila anak-anak masih kecil ni jomlah kita sama-sama mengenali karakter anak-anak masing-masing... Kita sebagai ibu terutamanya faham apakah yang dia tidak suka. Tak ada masalah kalau anak cuma makan sesenduk atau 2 senduk nasi, asalkan perutnya terisi. Mungkin anak kita jenis yang tak makan banyak tetapi jenis makan berulang. Siapa tahu kan??? Kitalah kena analisa anak kita sendiri... Dan berikan anak-anak bermacam rasa dan tekstur makanan untuk melatih kepekaan lidahnya terhadap segala jenis makanan.

Mungkinlah dia bosan dengan menu yang sama hampir setiap hari ataupun sebaliknya dia nak menu yang sama setiap hari. Ha ha ha, yang kita ni pula, rajin dok tukar-tukar... Setiap anak adalah berbeza dan setiap waktu pun mereka berubah sepanjang proses perkembangan serta pembesaran. Gunakan naluri dan "instinct" sebagai seorang ibu untuk mengetahui apa yang dia suka dan yang mungkin berubah-ubah setiap saat.

*Bila tiba musim "mashed potatoes" musim tu jerlah... bila tiba musim daging kisar masak sos...musim tu jerlah... sekarang ni, musim Nasi Beriyani, Ash ni... lepas ni Mommy tak taulah musim apa pula lagi... Ha ha ha... Tak apalah, asalkan dia nak makan tanpa cara paksaan.... 

Dapatkan Artikel terbaru dari Situs ini melalui e-mail Anda.

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Hai Lahhh Nasi Beriyani... , diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Wednesday, May 13, 2015.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

15 comments:

  1. wah..jenuh la mommy dia nak masak nasi beriyani.akak baru lepas makan nasi beryani...tengah craving ..rugi tadi amik sikit..huaaa

    ReplyDelete
  2. Tulah akak susah hati ni Farah..
    Anak2 akak ni susah betul nak pujuk makan..
    Makan apa yg hendak ditekanya ajer..

    ReplyDelete
  3. kemahen tau ash ni...pasni mintak nasi arab plak tau ash bleh cik sue tumpang sama hahhahaa

    ReplyDelete
  4. betul tu.. bila anak memilih dan cerewet nak makan kita pula jadi stress.. huhu.. Aisya kadang memberontak bila time makan..

    ReplyDelete
  5. nasi beriani dan sewaktu dgnnya mkn gitu pon sedap...tu yg ash suka

    hr tu buat nasi arab stgh pinggan Aqil makan.sedap sgt smpai dok mnta suap ja

    ReplyDelete
  6. Nasi briyani..erm, lamanya wana tak makan..lahai..jadi terliur :)

    ReplyDelete
  7. peh, nasi beriani tu..hamboi..
    timm kje kt sr selalu tgk parents pksa anak mkn..
    pstu ank dia muntah..
    pastu kmi jugk kna cuci..hampeh..huhu..

    ReplyDelete
  8. irine pon susah makan ... kalau disuap lagi taknak ..dia nak makan sendiri..dapat laa 4-5 suapan..pastu buat main..ketuk2 pinggan..

    ReplyDelete
  9. saya pernah jumpa ada budak umur tahun tak nak makan nasik sebab dia nampak nasi putih tu macam ulat..dia geli..tapi kalau nasik tyu di masuk kan warna2 baru dia makan..ash macam tu jugak kot..hehehh

    ReplyDelete
  10. pehhh nasi briani. lama tu tak makan. hehe

    ReplyDelete
  11. Kena masak nasi beriyani hari hari ni nampaknya..sedap kot nasi tu dia suka makan tak pun nampak macam menarik :)

    ReplyDelete
  12. farah... anak sulung i pon macam tu dulu.. prefer nasi yg ade rase instead of nasi putih.. nnt lelame ok la ngan nasi putih..

    ReplyDelete
  13. Ash ni keturunan mamak ke hape.. Hehe

    ReplyDelete
  14. haii lahh nasi beriyanii... kenapa best sgt gmbr tuhh

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia

iWON.MY