Grafitti Pertama Ash...

Farah Waheda Wahid
14
Perkara ini memang sudah terjangkakan dan perkara ini memang sememangnya tidak dapat dielakkan walaupun Farah pernah berkongsi tentang cara atau kaedah bagaimana mengelakkan anak-anak dari menconteng dinding di dalam entri Cara Mengelakkan Anak-Anak Dari Menconteng Dinding... Setiap perkara pasti ada yang pertama kali dan dari pertama kali itulah tindakan atau langkah yang seterusnya diambil... Jika tidak bermula bagaimana pula nak ada jalan cerita dan pengalamannya yer tak? Dah mula barulah pengalaman yang sebenar itu datang. Dari situ bermulalah segalanya... Amboiii banyaknya perkataan mula... Dan secara tiba-tiba terasa, dah kenapa aku ni menaip ayat tunggang langgang??? --------> Ahaksss, itu tandanya minda letih kesan dari hari Isnin yang sibuk tetapi masih jugaaaa nak menyediakan entri untuk keesokkan harinya... Hua hua hua...

Ceritanya semalam... Farah kalau di pejabat mesti sekurang-kurangnya 2 atau 3 kali menelefon Nek Ma Ash untuk bertanyakan perkembangan Ash dan sambil-sambil tu kalau Ash tidak tidur, Farah akan berborak-borak di talian telefon bersama-sama Ash barang seminit dua walaupun tak faham bahasa apa yang Ash tuturkan. Nak dijadikan cerita, petang semalam Nek Ma Ash menghantar laporan berbunyi begini...
"Dik, anak ko dah buat lukisan pertama dia pada dinding ruang tetamu tingkat atas baru kejap tadi... Mama tengah kemas bilik, tau-tau dia dah capai barang solekan ko yang macam pensel warna dan krayon tu dan korek-korek dengan jari lepas tu corat coret pada dinding..."
Haaa... tu dia... macam tu sekali laporan atau aduan Nek Ma Ash... Memang Farah bawa bersama alat-alat solekan di dalam beg tangan Farah... Tetapi ada sesetengah yang Farah tak pakai, Farah akan tinggal di rumah. Bawa sebeban alat solek nak ke mana? Lainlah kalau ada acara ataupun majlis kan??? Dalam hati, terus membayang-bayangkan alat solek yang mana ni ek? Antara yang bermain di fikiran... "brow liner", "eye liner", "lip liner" ataupunnn "foundation stick"... Hishh... tiba-tiba tak sabar nak balik dah pulak... Wakakaka... Fikir tentang bagaimana rupa bentuk grafitti pada dinding dan juga fikir apakah benar alat solekan yang Farah agak... Aduyaiii, habislah habislah alat solekku terkorban ni...

Sampai-sampai rumah adalah kanak-kanak riang tu sambut Mommy dia... Orang dah buat salah memang macam tu kan??? Manja-manja, lentok-lentok... Saja "lettew" nak alihkan perhatian Mommy tu tak bagi tengok hasil seni dia di tingkat atas rumah tu. Hu hu hu... Tak apa... kita tak yah kejar-kejar sangat... Dah beri dia plastik yang ada buah tangan untuk dia... mulalah mendaki tangga ke tingkat atas... dan apa yang dilihat... tadaaa...


Iya!!! Betul jangkaan Mommy!!! Tepat sekali!!! Ianya adalah "foundation stick" Mommy... Huwaaaa.... Ahakss... "over exaggerate" jer ni huwaa huwaa bagai ni... Ekekekeke... Lukisan apa??? Mommy pun tak dapat nak tafsir... Dan bagaimana rupa "foundation stick" yang dikorek dengan jari-jari halus itu???


Begitulah seadanya, patah dan habis dikerjakan oleh Ash... Nak cakap apa??? Redhakan ajerlah... Tak ada rasa nak hamuk, tak ada rasa nak marah pun di dalam hati... Cuma jadinya tak tau nak cakap apa dan rasa nak tergelak jer... Geli hati memikirkan telatah Ash... Dia punya dah buat salah, dia punya nak mengurat Mommy... Ha ha ha... Sibuk panggil Mommy dengan nada romantik dia... "Mee... Mee..." ha ha ha ejaan mengikut sebutan bukannya mee bandung ke, mee ladna ke, mahupun mee hailam...


Anak bertanya... Mommy menjawab...


Ooooo... dah sampai fasa menconteng dinding dah yer???.... La la la la... Nampak-nampak gayanya, ada projek cat mengecatlah ni tak lama lagi dan kalau dah sampai ke tahap ini... tahap dah mula suka conteng dinding... Mommy sorok semua alat tulis dan alat solek di tempat yang tinggi dan tak boleh Ash cari serta capai...Hik hik hik...Nak menjalankan aktiviti menulis menconteng mewarna segala bagai, kena tunggu Mommy ada ataupun Nek Ma Ash kena tunggu...Ha ha ha, dah bertambah lagi tugasan Nek Ma Ash tak pepasal... Dush dush dush... Haruslah, dari terus menerus ada grafitti yang tidak terjangka kenalah buat begitu... Hu hu hu....

Ok je sebenarnya, tak ada pun rasa nak marah Ash pun sebab itu adalah normal kan??? Semua ibu bapa akan melalui fasa-fasa ini di mana dinding rumah menjadi mangsa... Dan mungkin juga ada sebilangan kecil tidak... Hik hik hik... Fasa dan peringkat anak-anak sedang membesar memanglah kena rasa semua, kalau tak rasa rugi oiiii.... Itulah kenangan yang akan terpahat sewaktu zaman-zaman mereka kecil dan hendak membesar di dalam hati kita yang akan kita ingat setiap detik perkembangan mereka di hadapan mata kita... Asam garam bagi kita sebagai ibu bapa yang beranak kecil kann??? Hari ni kita rasa, esok lusa tulat ibu bapa lain juga akan merasa..."So, it's a norm..." tak ada apa-apa yang pelik...

Cumanya...huwaaaaaa....habis "foundation stick" Mommy...Ekekekeke...Nasib baik ada lagi satu Ash...Kalau tidak Mommy nak pakai apa??? 

Post a Comment

14Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. assalamualaikum :)
    singgah pagi

    ReplyDelete
  2. ala... tomeynyer... hehe... mmg cam tu la sis kan... bila ada anak kecik ni... mmg kreatif dorg ni, wlupun lipstik, foundation kita jd mangsanya...

    ReplyDelete
  3. fuh...jenuh la mommy kena simpan sgala stik2 tkut Ash kebas...

    Naseb la Aqil dpt ja pen pensil cari kertas.Kalau dinding alamat la....

    ReplyDelete
  4. Kelaka la baca entry farah ni..sue alami benda yg sama. Ada mural dkt rumah sue hasil sentuhan tgn 3 org anak...nk pindah rumah baru nnt baru rumah ni akan di cat semula. Lg pun rumah ni hakmilik kami bukannya disewa dr org/ agensi..

    ReplyDelete
  5. Bagus mama ash tak marah2 pun...ash ni cute lah comellllllllllllllllllllll sgt2...geyammm tak puas jumpa aritu...huwaaaaaaaaa...

    ReplyDelete
  6. haha.. akak dah pernah kena dah ms adam dulu.. habis 1n botol day cream akak dipakaikan di muka.. dah lah mahal hokehhh... rs nak nangis tp ku tahan jebattt..

    ReplyDelete
  7. Hahahah. ash terlebih kreatif ni. Hiksss

    ReplyDelete
  8. sesi pembelajaran...hahahhahaa

    ReplyDelete
  9. Hihihihihi...ash...ash...ilmu pertama..kenangan manis..grafitti pertama PC hingga kini masih kekal di balik pintu..bila tanya babah kenapa tak cover dengan cat..baba jawab..biarkan..sejarah..ubat rindu..memory anak babah umur 7 tahun..takkan berulang lagi..bila PC balik kampung..PC tengok..senyum sendiri..

    ReplyDelete
  10. sel sel otak sedang berhubung tu kak..alamatnya kena simpan leklok materials yang boleh membuat contengan.

    ReplyDelete
  11. haha, tuu dia yang ash lukis pakai brg make up mommy, hihi. sel sel otak sedang berhubung

    ReplyDelete
  12. Ha, sama macam anak saya. Dah bagi kertas dah, nak juga conteng dekat dinding. Mungkin dia nak ruang yang besar kut.

    ReplyDelete
  13. haaaa, kene cari sumthing tu kowt nak bagi dia nak menconteng hiihihihi

    ReplyDelete
  14. Ha ha ha. Dah pandai selongkar barang mommy ye.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !