"EL"... Cuti Kecemasan Sudahnya Semalam...

Sumber dari Google
Bila anak pernah ada sejarah "Febrile Seizure" / "Fever Fits" / Sawan Demam, bila badan dia sudah mula menunjukkan tanda dedar atau "mild fever"... hati sebagai seorang ibu sudah mula goyang dan sudah mula berat untuk ke pejabat. Kenapa??? Masih terbayang-bayang sewaktu 12.30 AM: Berkejaran ke KPJ Selangor Specialist Hospital, Shah Alam pada akhir Februari 2015. Pada waktu itu, masih terbayang-bayang bila anak mata hitam Ash ke atas, tangan kejang, kaki kejang...Walaupun kurang dari 5 minit kira-kira 2 minit kejadian tersebut berlaku, Farah masih tetap tak boleh nak lupakan bayangan terjadinya perkara itu di hadapan mata Farah sendiri. Masih terbayang detik-detik cemas yang berlaku bila ianya berlaku cepat-cepat bawa Ash ke sinki dan letakkan dia di bawah "running water" di sinki sehingga badan Ash lembik macam keladi busuk. Haaa...bayangkanlah...boleh bayang tak??? Sanggup tak seorang ibu melihat anak dari rahim sendiri dalam keadaan yang begitu??? Sudah tentu tidak... Tiada masa untuk menangis tiada masa untuk apa-apa, apa yang terlintas, capai beg tangan dan capai kunci kereta...Masukkan Ash ke dalam kereta, dengan Nek Ma tak bersalin pakaian, Farah pun sama... terus "shoot" ke KPJ. Mulut pula tidak berhenti-henti membaca apa-apa surah dan zikir yang patut. Dalam fikiran, Ash dan Ash dan nak cepat sampai ke KPJ sahaja. Tengah malammm.... 

Sejak dari kejadian itu, setiap kali bila badan Ash mula dedar, cepat-cepat akan diberikan ubat demam dan suhu badan akan dipantau bagi memastikan suhu tidak terlalu tinggi. Sekiranya suhu sudah mula tinggi, Farah perlu memasukkan "supposistory" dengan secepat mungkin supaya kepanasan suhu badan itu turun. Selain dari itu, Farah tidak akan memakaikan baju tebal jika Ash demam, kadang-kadang tu tidak berbaju hanya berlampin pakai buang sahaja. Semuanya demi memastikan haba turun dan tidak terperangkap di dalam baju yang tebal.

Orang kata, bila sekali dah terkena dan memberikan kesan yang mendalam, kita akan sentiasa beringat dan akan sentiasa cuba memastikan keadaan itu agar tidak berlaku lagi. Itulah yang berlaku semalam. Pagi semalam badan Ash tiba-tiba dedar... Seawal 6 pagi, Farah kejutkan Ash dan berikan Ash ubat demam. Kemudiannya, Farah ke pejabat seperti biasa. Hati berat nak ke pejabat bila dia demam, hati mula goyang dan sangat-sangat risau. Walaupunnnn... anda melihat senyuman di wajah Farah, boleh #selfie segala bagai macam tiada apa-apa...Ketahuilah, ha ha ha... Farah ini memang sentiasa tersenyum walau apa pun permasalahan yang melanda...Sekalipun Farah tidak pernah menunjukkan yang Farah ni mempunyai masalah... Farah akan cuba memastikan bahawasanya ianya tidak dilihat oleh orang lain...Kerana itu adalah sifat azali yer bagi sesiapa yang tidak mengenali Farah... Senyum itu adalah antidot Farah, senyum itu adalah sesuatu yang menceriakan hari Farah walaupun ada masalah di sebaliknya...Kenapa perlu membawa masalah kepada orang lain? Orang lain tidak tahu apa-apa pun? Maka, senyum sahaja... Jadi jangan tertipu ok??? Ha ha ha.... Dalam hidup ni, dah terlalu lama dah pun... bukan setakat 1, 2, 3 tahun tapi bertahun-tahun lamanya dah, Farah sentiasa tersenyum walaupun sebenarnya ada masalahnya yang sedang Farah hadapi.... 

Lakukan tugasan pejabat seperti biasa, dan telefon Nek Ma Ash sejam sekali untuk mengetahui perkembangan Ash... Lebih kurang dalam pukul 11.00 pagi macam tu, Nek Ma Ash telefon... 

Nek Ma Ash: "Adik, Ash tidur terperanjat-terperanjat, kuat pula tu... lepas tu sambil tidur sambil tersedu-sedu menangis..."

Farah: "Ma, jangan tinggal Ash... "sponge" Ash dengan air pili biasa, guna termometer tu untuk pantau suhu Ash, kalau naik 37 atau 38 terus masukkan Voltaren di punggung..."...

Macam tulah yang Farah pesan pada Nek Ma Ash semalam... tup tup tup, tak lama selepas itu, Nek Ma Ash telefon lagi...Berdebar-debar tau tak nak angkat telefon... Sebelum angkat, dah fikir bukan-bukan... 

Nek Ma Ash: "Adik... boleh balik tak? Boleh minta dengan "boss" untuk balik tak, tadi mama kejutkan Ash dan mandikan Ash di sinki. Haba yang keluar dari badan Ash bila mandikan tadi, panassss betul...".

Farah: "Ok, mama tunggu adik balik sekarang!!!"

Dah tak ada tunggu-tunggu lagi dah, terus What's App "boss" yang sedang ada mesyuarat di Hotel Armada, Petaling Jaya, terus kemas barang-barang dan hantar 2 e-mel penting, kemudian terus "shoot" balik... Hati dah berat dari pagi, sudahnya "EL"...cuti kecemasan juga semalam... Sampai rumah, Ash nampak Mommy, terus berlari lemah (sebab demam) dapatkan Mommy... Peluk Mommy... Selepas itu, memang melekat jer lah dengan Mommy, Nek Ma suap makan tak mahu, Mommy suap makan mahu, lepas itu banyak ragam dan banyak rengeknya... Biasalah budak-budak tak sihat memang macam tu kann??? 

Teruskan pemantauan suhu, teruskan pemberian ubat secara konsisten mengikut sukatan dan jam... masukkan "suppository" sekali... selepas setengah jam mula berpeluh, mandikan secara kerap... Alhamdulillah, suhu turun...Dan pagi ini kembali seperti biasa...Masih di dalam pantauan lagi... Dan Mommy kembali bekerja seperti biasa pada hari ini... 

*"EL"... Cuti kecemasan yang bukan saja-saja hendak kita ambil... Kalau sesuatu berlaku pada anak atau melibatkan anak... memang tak fikir panjang dah kan??? "Family first!"... Anak... Memang sesuatu yang penting pada Farah dan juga pada semua orang yang bergelar ibu bapa... 

Dapatkan Artikel Terbaru Dari www.bubblynotes.com Melalui E-mel Anda

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel "EL"... Cuti Kecemasan Sudahnya Semalam... , diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Thursday, May 28, 2015.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

11 comments:

  1. alahai ash,nak manja2 dgn mommy ye..sian dia dmm..semoga cpt sembuh

    ReplyDelete
  2. Tindakan yg betul. Ta mahu pisang berbuah dua kali
    Tak apalah - memang bila dah jadi mommy ni cuti kita kena lebih utk anak.
    Moga Ash beransur sembuh.

    ReplyDelete
  3. Cian ash..moga cpt sembuh ya nak..

    ReplyDelete
  4. Hati ibu mana yang senang kalau anak sakit kan.semoga cepat sembuh ash :)

    ReplyDelete
  5. bila ada anak memang anak diutamakan.semoga cepat sembuh ash

    ReplyDelete
  6. saya pernah mengalami situasi macam ash..jadi saya faham perasaan farah..

    ReplyDelete
  7. Mmg suspen tu Farah kalau Ash dah pernah kena kejang gitu. Takutnyaaa......Alhamdulilah ....anak anak okje tak pernah kena.
    Untunglah Ash ada Nekma

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia