Cemburu Rupanya Dia...

Farah Waheda Wahid
3

Bagi yang telah lama berkunjung ke Bubblynotes.Com tentu anda masih ingat lagi gambar bertarikh 26 November 2013 ini. Dan bagi yang belum pernah melihat, inilah gambar Iman Firash Bin Husaini sewaktu dilahirkan dengan berat 2.86 kg. Dah 1 tahun 6 bulan dah dia sekarang dan dah semakin banyak akalnya sekarang. Setiap hari pasti ada cerita baru yang dia akan olah dan membuatkan kami sekeluarga tersenyum serta bergelak ketawa. Abah Ash yang melihat pun tersenyum dan sesekali menggeleng kepala sambil tersenyum melihat telatah Ash. Dah tak tau nak cakap apa dah semua orang. Ada-ada sahaja ceritanya, ada-ada sahaja kerenahnya. Ha ha ha... Itulah warna kehidupan "motherhood" dan "parenthood". 

Al-kisahnya, pagi tadi, Farah tunjukkan gambar Ash yang ini dan beberapa keping gambar Ash yang lain sewaktu Ash mula-mula lahir. Agaknya di dalam pemikiran dia, itu adalah gambar bayi lain dan bukan dirinya. Ha ha ha... Sebabnya??? Dia tiba-tiba menolak-nolak gambar tersebut dan dia terus duduk di pangku Farah selepas itu, peluk Farah erat-erat menunjukkan tanda dia tidak suka. Ha ha ha... Ash ni lawaklah... Sangat-sangat lawak... Gambar Ash sendiri tu kot??? Ya ampunnn... Jangan risau, Ash belum akan ada adik lagi dalam waktu-waktu terdekat ni. In Shaa Allah... Sebab Mommy tak ada "planning" pun lagi dengan Abah nak beri Ash adik. Walaupun Abah beberapa kali ada "mention"... Hari tu pun Abah Ash ada menyakat Ash... "Tunggulah... Tengoklah... Kalau Mommy dapat adik "gegirl"... Habislah Ash... Mommy dah tak sayang lagi dah..."... Dia buat tak tau ajer Abah dia cakap macam tu, "yes" kerana dia tak faham lagi... Kalau faham??? Cuba tengok macam mana dia teriak agaknya atau macam mana dia jawab. Huh... Tunjuk gambar dia sendiri pun dah cemburu apatah lagi kalau ada adik kan??? Ekekekeke.... Ash oh Ash... Hai lahhh anak...

Sumber dari Google
Kalau ada adik betul-betul ni mesti cemburu ni... Kui kui kui... Tapi ini bukanlah bermakna Farah merancang nak memberi yer??? Cerita jer, sembang-sembang kosong tentang gelagat Ash. Dan alang-alang terlanjur tu, Farah selitlah juga perkongsian tentang kecemburuan seseorang anak terhadap adik yang baru hadir ataupun bakal hadir di dalam kehidupan seharian mereka.

Dari sumber di SINI, cemburu itu adalah semulajadi. Melihatkan perkara ini, cemburu adalah sesuatu yang dijangka akan berlaku. Anda tidak boleh beranggapan bahawa anak anda yang lebih tua gembira dengan kehadiran adik baru mereka seperti gembiranya ibu bapa mereka. Jarak umur di antara anak 2 hingga 4 tahun akan mencetuskan perasaan cemburu yang ketara kepada anak yang lebih tua. Manakala jarak umur 18 bulan atau 5 tahun ke atas mempunyai risiko lebih rendah. (Sumber: Majalah Pa&Ma Ogos 2012)

Tetapi, cemburu bukanlah perasaan yang utama wujud pada anak anda. Anak anda akan mula menyayangj adik barunya dan melihat mereka sebagai pelengkap di dalam kehidupan seharian. Tetapi sebelum mereka mula untuk menyayangi adik baru mereka, anak-anak ini mungkin akan menunjukkan perangai yang kadangkala memeningkan kepala kita sebagai ibu bapa. Yang penting adalah kita sebagai ibu bapa perlu bersedia.

Ada ketikanya anak-anak cemburu dengan kehadiran orang baru, lalu mereka melakukan salah satu tindakan berikut:

1. Anak yang lain mula menarik perhatian kita dan ada ketikanya kita merasakan beban kerja semakin bertambah. Anak yang besar minga disuapkan makanan, dipakaikan baju, dia bertanya dengan pelbagai pertanyaan, meragam dan sebagainya. Anak yang berusia 6 tahun pun ada berkelakuan seperti anak berusia 2 tahun semata-mata bagi mendapatkan perhatian ibunya. Apa yang penting di sini ialah, kita sentiasa perlu tenang dan bersabar.

2. Anak yang lebih besar bermain terlalu kasar dengan adik kecilnya. Dia hanya mahu melakukan eksperimen, sejauh mana tindakannya dapat membuatkan adiknya menangis. Ibu bapa perlulah bercakap secara baik-baik dengan anak, itu bukan caranya dan ia menyakitkan si kecil.

3. Fahami rasa cemburunya dan jangan cepat melenting. Ini membuatkan anak-anak lebih meragam lagi. 

4. Sebelum kelahiran anak yang baru, bawalah anak-anak bermain dengan anak kecil ataupun bayi orang lain dan katakan padanya, satu hari mereka akan dapat adik kecil juga. Dengan cara ini, anak menjadi lebih bersedia bagi menyambut orang baru.

5. Libatkan anak dalam persediaan menyambut bayi seperti membeli baju, lampin, buai, botol susu dan sebagainya.

6. Berikan anak-anak memegang perut apabila bayi bergerak-gerak. Ini menyeronokkan hatinya dan membuatkan dia tidak sabar menantikan kelahiran adiknya.

7. Ajak anak-anak bersama-sama berbincang mengenai nama adiknya itu nanti. Minta juga pandangannya dalam memilih fesyen dan warna baju bagi bayi itu nanti.

8. Adakan masa secara peribadi dengan anak-anak yang lain tanpa gangguan dari bayi. Terutama apabila adik kecilnya ini sudah tidur maka gunakan peluang itu bagi memberikan perhatian pada anak yang besar pula. Manjakan dia, belai dan ciumnya, bermain dengannha dan sebagainya. Dia pasti menghargainya.

9. Minta anak-anak menolong kita seperti meminta ambilkan air semasa kita sedang menguruskan adiknya yang masih kecil. Dia pasti merasa diperlukan dan dihargai. Sebenarnya anak-anak kita akan berasa bangga jika dapat menolong kita.

Sebenarnya, ini adalah masalah normal kepada anak-anak yang baru sahaja menjadi abang atau kakak. Yang penting adalah jangan sesekali memarahi mereka kerana tindakan ini akan lebih memburukkan keadaan. Cuba tunjukkan bahawa kasih sayang anda tidak pernah hilang kepadanya. Kecemburuan ink perlu ditangani dengan sebaik mungkin. Sentiasa dekatkan dia dengan adik barunya. In Shaa Allah, anak-anak kita akan cepat menerima kehadiran adik barunya dan mula menyayanginya.

Yang telah berpengalaman mungkin lebih tahu kan??? Farah sekadar berkongsi sedikit panduan dari hasil pembacaan... Moga-moga bermanfaat yer?

*Hik hik hik... Cemburu anak Mommy ni rupanya... 

Post a Comment

3Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Kelaka la Ash ni...tp comel sgt reaksi Ash ni ^^

    ReplyDelete
  2. Mmg normal pun... Dh besar pun cmburu...

    ReplyDelete
  3. Haha..Kelakar la Ash ni.. Dah pandai rasa tergugat...kiki

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !