Bukan Baju Melayu Hipster...

Sumber dari Google
Hari tu bukan main "viral" lagi kannn Baju Melayu Hipster rekaan Zery Zamry di media sosial. Kemainnn semua pakat dok cerita tentang Baju Melayu Hipster ni... Hik hik hik... Hakakkkk juga yang perhati jerrr... sebab belum rasa nak bercerita lagi. Hari ni, hakak pun petiklah Baju Melayu Hipster rekaan Zery Zamry ni di dalam entri Bubblynotes.Com... Ekekeke... Sebab memang nak bercerita pun tentang Baju Melayu. Dan bila ingat Baju Melayu Hipster ni, nak juga tengok siapa-siapa kot kot yang Farah kenal kalau-kalau Syawal tahun 2015 ni bergaya dengan Baju Melayu Hipster. Haaa... jangan lupa bergambar "from top to toe" tau??? Lepas tu jangan lupa kongsi pula. Iyalah, Baju Melayu Hipster ni adalah "where trends meet tradition" konsepnya. Sesuatu yang lain dari yang lain... Lari dari kebiasaan biasa... Untuk kaum lelaki... "Are you daring enough???"... He he he... Ada jer kan yang "daring" dan berani mencuba sesuatu yang baru kannn??? Lagipun bukannya suruh tak berbaju punnn....

Bagi Iman Ash pula, Mommy dia ni belum teringin nak pakaikan Baju Melayu Hipster... Muahahaha... Masih tradisional asli lagi koleksi Baju Melayu Raya 2015 ni. Dan pilihan corak atau rekaan Baju Melayu Ash untuk tahun 2015 ini masih lagi mengekalkan Baju Melayu Teluk Belanga dan bukannya Baju Melayu Cekak Musang.


Kenapa dan mengapa??? Untuk keselesaan Ash... Itu sahaja, mudah sahaja jawapannya. Tahun lepas Baju Melayu Teluk Belanga, tahun ini pun masih tetap sama... tiada perubahan yawww.... Saja jer "wash out" gambar Baju Melayu Raya Ash di atas sebab nanti tak "surprise" lahhh... Belum raya dah basi dah... Muahahaha... Jadi biarlah begitu gambarnya... Yang pasti leher dah mengikut sepertimana kehendak Mommy, warna??? Asalnya Mommy dia dah pilih tema dah punnn seperti di dalam entri... Tema Aidilfitri 2015??? Dah Dapat Dah... tetapi saat-saat akhir sudah bertukar daaa... Jika tahun lepas tema kami merah hitam... tahun ini xxxxxxxx digandingkan sama ada "silver" ataupun emas. Yang nampak depan mata ni, memang cun kalau ianya digandingkan dengan "silver"... Kalau tentang pakaian ni, kadang kala boleh jadi asalnya rancang warna lain akhirnya "output" jadi warna lain. Bha ha ha...

Sedikit perkongsian mengenai asal usul Baju Melayu dari sumber di SINI

Dipercayai telah di gunakan sejak Sultan Muhammad Syah (1424-1444) iaitu lebih kurang 700 tahun yang lalu. Mengikut catatan dalam Sejarah Melayu baginda menyarung Baju Melayu (dipakai cara sarung, lengkap destar. Tiba di masjid barulah baginda mengena jubah (pakaian Atas Angin)).

[Jenis-jenis Baju Melayu] 
Dalam sejarah melayu juga dikatakan bahawa Baju Melayu yang di pakai oleh rakyat melaka singkat dan sendat, tetapi seorang pembesar melayu telah memanjangkannya dan membesarkan pesaknya, maka terbentuklah Baju Melayu seperti sekarang.

[Falsafah Baju Melayu]
Baju Melayu cekak musang mempunyai 5 butir kancing. Ada pendapat mengatakan ini di ambil sebagai lambang keharmonian rumah tangga, 2 butir di bahagian atas melambangkan ibu dan bapa dan 3 butir di bawahnya melambangkan anak-anak mereka.

Tetapi pendapat ini di sanggah oleh Azah Aziz atau lebih dikenali dengan Mak Engku. Beliau berpendapat bahawa tujuh butir untuk kalangan bangsawan atau raja di istana. Ini bersamaan juga dengan salah satu seni pusaka orang melayu itu sendiri iaitu keris. Dalam rekabentuk keris = berlok 3 – 11. Lok 11 ialah milik Sultan & Ratu, lok 9 (Pewaris), lok 5 untuk bendahara dan anak-anak raja.

Selain itu, lima butang di dada melambangkan lima rukun Islam yang harus menjadi isi dada pemakainya. Enam pesak di kanan dan kiri melambangkn enam rukun iman yg menjadi sangkar benteng pemakainya. Tiga poket melambangkan tiga tuntutan iaitu Islam, Iman dan Ihsan yg perlu dipenuhi. Tengkolok yg berbutang satu melambangkn kepercayaan kepada Allah yang MAHA ESA dan sunat bagi orang Islam menutup kepala.

Sampin juga melambangkan kedudukan seseorang seperti pangkat, status, bujang, sudah berkahwin dan sebagainya. Sampin juga boleh dibuat sejadah semasa mengembara. Sampin juga boleh dijadikan alas makanan atau “suprah” semasa menggembara kerana sunat jika makanan dialas.

[Falsafah Baju Melayu Dan Islam]
Sesetengah Ulama Nusantara menyatakan bahawa falsafah Baju Melayu adalah selari dengan Agama Islam. Ini di buktikan dengan menyatakan bahawa 5 butir kancing melambangkan rukun Islam yang lima, 4 butir kancing melambangkan syariat, hakikat, tarikat dan ma’rifat dan bagi 3 butir pula ia membawa maksud Islam, Iman dan Ihsan.

Indah sungguh seni pusaka tinggalan nenek moyang kita orang Melayu, cukup indah, berseni dan mempunyai falsafah yang tersendiri. Masih banyak rahsia Baju Melayu yang masih boleh di ungkai seperti mengapa Baju Melayu Johor hanya satu butang? mengapa diadakan pula poket Baju Melayu yang sebelum ini tiada poket ketika zaman kesultanan Melayu terdahulu?

Namun artikel ini sekadar memberi info serba sedikit tentang pusaka orang melayu agar kita bukan sahaja tidak lupa bahkan tidak akan malu untuk memakai atau mengenakannya. Hendaklah kita berbangga dengan asal keturunan kita.

Begitulah ceritanya tentang Baju Melayu serba sedikit... Ha ha ha, pagi-pagi Sabtu dah belajar sejarah yer? Baju Melayu Ash dah siap... Sebenarnya kalau ikut Mommy dia bulan depan baru nak disediakan tetapi Nek Ma Ash dah terlebih ke depan pula... Ho ho ho... Baju Melayu ini ditaja dan dibawakan khas oleh Nek Ma kepada Ash... Songkok dan sampin masih belum ada... Mungkin tiada sampin sebab Farah rasalah... Ha ha ha... biar jer dulu Ash tak bersampin... Kecil-kecil ni sampinnya sekejap ajer... Lepas tu entah dah ke mana, maka lebih elok tidak dipakaikan terlebih dahulu... Beli pun nanti buat bazir jer... Pakai sekejap kemudian kepuk dalam almari... Pendapat Farah lah... pendapat lain orang berbeza-beza yer tak? 

Terima kasih Nek Ma Ash atas tajaan ini... Susah-susah ajer... Hu hu hu... Dah kata tak perlu pun, Abah dan Mommy boleh sediakan dia tetap nak juga...

Dapatkan Artikel terbaru dari Situs ini melalui e-mail Anda.

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Bukan Baju Melayu Hipster..., diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Saturday, May 16, 2015.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

10 comments:

  1. Tapi kakak rasalah Farah kalau Ash pakai tak kiralah hipster ke traditional tetap comel. Budak kalau pakai pakaian tradisi kan nampak comel.

    ReplyDelete
  2. hahahah pls lah bukan baju melayu hipster. terkejut habis nenek dan tok kalau tengok golongan ni pakai baju melayu hipster whatsoever. mahu kena hambat satu kampung.

    ReplyDelete
  3. no no no to baju melayu hispter hehe. btw, baru tau ada makna/simbolik disebalik design baju melayu tradisional tu yer, good sharing farah

    ReplyDelete
  4. Baju melayu teluk belanga...atau baju melayu cekak musang..tidak lapuk dek hujan..tidak kejang dek panas..cuma pudar warna dek sabun..hihi..

    ReplyDelete
  5. baju melayu terlampau modernn niihh.. papepun cantikk

    ReplyDelete
  6. Ye la, tp nt terkejut tok nenek tgok pki baju cam ni hihi
    bergantung pada persekitaran kita jenis yg mcm mn..klu yg x biasa mesti tertanya tanya

    ReplyDelete
  7. Baju melayu hipster tu ada jual ke? Erks. Hehehehhe

    ReplyDelete
  8. Sama mcm akak..sampai dia umur 3 tahun kot pakaikan baju melayu teluk belanga utk keselesaan ank bujang tu..skrg dah pandai pilih sendiri mcmana design yg dia nak..but also bukan baju melayu hipster yg pada akak ..sorry to say..ia merosakkan imej baju melayu.

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia

iWON.MY