Buaian??? "No More" Buaian...

Farah Waheda Wahid
11

Baru jer lagi bercerita tentang buaian dalam minggu ni kannn??? Cerita tentang Spring Buaian Putus!!! Ehh Patah!!! Ehh Putus!!!, hari ni cerita lagi tentang buaian dan Ash... Muahahaha...Minggu ni 2 kali dah bercerita tentang buaian... Harap jangan bosan pada yang membaca yer??? Hik hik hik... Pada yang tak membaca sekadar sekali lalu dan "speed/skip reading"... tak bolehlah nak pesan jangan bosan...betul tak???

Sepertimana yang Farah kongsikan di dalam entri yang terdahulu di awal minggu ini, pautan pada tajuk entri di perenggan pertama di atas, selepas dari insiden spring buaian putus atau patah itu.... Atuk Ash telah membelikan spring buaian yang baru untuk Ash... Kononnya setelah spring buaian baru itu dipasang, bila Ash mengamuk-ngamuk nak tidur, Farah cubalah masukkan dia ke dalam buaian. Tetapi masa nak dimasukkan ke dalam buaian tersebut, tiba-tiba dia meronta-ronta sambil kepala menggeleng-geleng dan mulut menyebut... "no no no no no"... Sebenarnya perkataan "no no no no no" tu ada lagunya yang tersendiri oleh Ash... Bila sebut "no no no no no" bermaksud dia tidak mahu dan betul-betul tidak mahu... Cuba masukkan juga ke dalam buaian dan bila berjaya masukkan dia ke dalam buaian... Dia bangun duduk sendiri sambil menangis-nangis seperti dipicit-picit  dan sebut lagi "no no no no no".... Sudahnya, angkat dia kembali dan baringkan di atas tilam, beri susu, dan tidurrrr.... 

Keesokkan harinya bila Farah bekerja, Nek Ma Ash cuba memasukkan dia ke dalam buaian untuk menidurkan dia, sekali lagi insiden yang sama berlaku.... Nek Ma Ash, telefon Farah dan maklumkan. Secara berturut-turut Ash tidur atas tilam dan tidak tidur di buaian. Wahhh... Mommy baru jer bercita-cita nak latih Ash tidur tanpa menggunakan buaian... Macam boleh baca kotak pemikiran Mommy jer Ash ni... Dan macam memudahkan kerja Mommy lagi jer Ash ni... Hik hik hik... Kalau benarlah begitu...Alhamdulillah... Takkanlah sebab fobia spring buaian yang putus / patah hari tu??? Mustahil, sebab Ash tak jatuh gedebuk pun... Mungkinnn...sudah tiba masanya dia tidur tanpa menggunakan buaian... 

Malam semalam, saja nak masukkan dia ke dalam buaian... Ha ha ha, sama juga telatah dan maklum balas dia... Dia tidak mahu!!! Ok... sekurang-kurangnya dah boleh fikirkan yang hujung minggu ni dah boleh "tapau" dah buaian tu... atau dalam erti kata lain "dismantle" buaian itu dan simpan di stor... Huh!!! Banyak dah barang Ash dalam stor tu... Lama kelamaan nanti mesti tak cukup ruang dah stor tu...Sekarang ni dengan "baby walker" Ash, dengan "playpen" Ash, dengan macam-macam benda Ash dan macam-macam benda Mommy... Ho ho ho... dahlah stor tu kecil sahaja di bawah tangga tu... Ahakss.."Bursting" lah ni nanti nampak gayanya ni.... stor tu.... Jual sebagai barangan "2nd hand" tidaklah kot... Nak simpan sebagai kenang-kenangan...Hik hik hik... "Sentimental Value" sangattt.... 

Sekarang dah bebas buaian... Alhamdulillah... Bebas lampin pakai buang??? Sedang di dalam proses... 

Post a Comment

11Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. yeaaaaaaaaa..bagus lah ash ni..dia pn tahu fobia kot hehe

    ReplyDelete
  2. Wahh dah tak tido dalam buai. Bagus bagus :D

    ReplyDelete
  3. salam. hee bebas buaian tandanye leh dpt adek baru lettewww ;p

    ReplyDelete
  4. Nah ok la tu sis, x payah lgi risau nak brayun2 kan

    ReplyDelete
  5. anak anak pernah tido buai..sebab pengasuh mintak...kat rumah tak pernah berbuai...

    ReplyDelete
  6. bagus lah kalau begitu, sbb dah besar lagi bahaya tido dlm buaian..good job Ash.

    ReplyDelete
  7. Senang tidur tanpa buai lepas ni..ehehe

    ReplyDelete
  8. Ohhh...cepat juga dia tak mo tido buai yer Farah....Ada budak sampai besar tau Farah

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !