Berkepit!!! ... "I Am Not In A Good Mood..."

Farah Waheda Wahid
12

Ayat entri tambahan: Baru habis "meeting"... baru sempat nak klik butang "publish"...Ha ha ha... Kenapa tak "auto-publish" jer??? Sajaaa...suka nak klik butang "publish" sendiri... "Fake" sangat... Sebab kalau "auto-publish" entri tidak "auto-share" di G+... Tu jer alasan... Mengada-gada kann??? *_^ 

Bukan main kannn tarik muka sampai begitu sekali??? Sekarang ini sudah pandai merajuk... bila merajuk dia akan lari ke satu sudut sambil menangis dan kemudiannya letak kedua-dua belah tapak tangan di mata. Bila dah merajuk tandanya harus dipujuk. Caranya Iman Firash menarik perhatian. Sekarang ini, sudah pandai tarik muka seperti yang kelihatan di dalam gambar di atas. Itu tandanya dia marah ataupun dia tidak sukakan sesuatu. Hu hu hu... Kena cakap perlahan-lahan dan kena bijak untuk "tackle" hati dia supaya dia tersenyum dan bergelak ketawa kembali. Kasar-kasar, tinggi suara dia tak layan ok??? Sama jer gaya dengan Mommy dia... Ha ha ha... Mau kalu sila cakap baik-baik dan sila berbudi bahasa. Ecewahhh....

Itulah ragam dan telatah Ash sekarang ni bila "mood" tak berapa nak baik... Semalam begitu juga ragamnya... Semalam adalah hari di mana "mood" ataupun angin dia tak berapa nak elok. Sedari pagi, laporan yang diterima oleh Farah... bangun dari tidur cari Mommy, selepas itu semuanya serba tak kena. Asyik sebut... Mommy, Mommy, Mommy... Lihat ke arah tangga, lihat ke arah pintu, tergodek-godek berjalan ke dapur mencari Mommy. Alahaiiii, Ash Mommy "work" lah... Semalam tu bukannya hari Sabtu!!! Hu hu hu...

Bila balik jer dari pejabat, sesampainya di rumah, terus dia berlari dapatkan Mommy. Dannn, akhirnya berkepit, berdakap sahaja dengan Mommy. Apakah??? Rindu sangat ke??? Memang sejak kebelakangan ni, manja agak macam "over" sikit ni anak teruna yang seorang sahaja ini... Ha ha ha, sejak kena tinggal semalaman sewaktu Farah ke Port Dickson atas urusan kerja baru-baru ini memang beginilah gaya Ash. Serik kena tinggal lettew? Kan Ash kan? Kan? Letakkan dia, Mommy nak naik ke atas untuk mandi, solat pun dia teriak. Nak tak nak sila nangis sebentar yer... Mommy perlu naik ke atas... Ngeee tak adalah... pasangkan Mickey Mouse Clubhouse yang sudah dirakamkan sebentar sementara Mommy ke atas, senyaplah seketika... Kebiasaanya elok jer duduk leka menonton... tetapi semalam tak mau pula dia...Dia tonton Mickey Mouse Clubhouse seketika selepas itu mula mencari kembali...Alahaiii...kesiannya anakku ini... Iyalah, di rumah dengan siapa lagi dia nak bermanja kalau bukan Mommy kannn??? Bila Abah dia ada, masa tu dia lepas betul-betul lah rindu dendam kat Abah dia kaw kaw...

Dia tak adalah berguling-guling atau hentak-hentakkan kaki ke apa ke sebab "tantrum" sebab "mood" tak berapa nak baik semalam...Cumanya cengeng jerlah... Mommy tak boleh ke mana-mana...Dia nak duduk atas pangku Mommy, nak Mommy duduk menghadap dia jer... Hu hu hu... Kemanjaan yang tidak berbelah bahagi nih!!! Yerlah nak dibahagikan dengan siapa pun kann??? Dia dah memang sorang...Dia tau dia sorang ... Sebab tu Cik Sue dia kata... Ash mengada-ngada... Ha ha ha... Bila Ash dah buat perangai macam tu, memanglahhh apa pun tak boleh... Nak buat apa pun tak boleh... Mommy kena duduk dengan dia jer lah...Ha ha ha... Nak buat juga kalu, kena tunggu Ash tidur... Memang semalam tak cukup tidur pun Farah ni... Bukan merungut tau...Cerita jer... Tidur adalah 2 jam jer...Bila Ash dah tidur semalam, baru basuh pinggan mangkuk, baru berus baju yang ada dalam rendaman, baru sapu rumah (tak boleh "vacuum" nanti ada budak tu terjaga", baru mop lantai sikit-sikit, kemas dapur, keluarkan bahan-bahan nak masak pepagi buta sebelum Subuh untuk bekal makanan ke "office"... baru lipat baju... ha ha ha...habis selesai semua, baru menghadap blog... sediakan entri ni... entri lain...draf dulu draf... Selepas itu... 2.30 pagi baru luruskan pinggang dan rehat. 4.30 pagi...bangun... Hari ni memang kena keluar awal sebab ada "meeting" kannn???

Hurmm... itulah dianya bila anak "tantrum" ataupun angin tak berapa nak elok kann??? Kena mengalah juga sekali sekala sebagai ibu... Mungkin ada ibu-ibu yang jenisnya boleh buat dek jer, biarkan anak-anak "tantrum" macam itu sahaja... Tapii, Farah pula jenis yang bukan begitu... Hu hu hu... "I am just not like that" dan memang tak boleh nak diubah...Tapiii, tak taulah satu hari nanti akan datang kalau pujuk dah, itu dah ini dah, semua tak jalan...Farah pun akan diamkan ajer... Ha ha ha... Cakap biar berlapik yer tak??? Sebab kita tak tau lagi akan datang tu macam mana...

Tentang "tantrum" si anak ni juga...Pernah Farah kongsikan di dalam entri terdahulu yang bertajuk...

Post a Comment

12Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Ank mnja mommy ni...jgn mrajuk2 erkk cian mommy hhehe

    ReplyDelete
  2. Ash sudah semakin cerdik cuma belum panjang akal
    Sebab itu bimbang kena tinggal lagi itulah cara dia tarik perhatian Mommy - cerdik tak cerdik.
    Memang sebaiknya jgn biarkan anak menangis panjang kurang elok. Nanti jadi kebiasaan.

    ReplyDelete
  3. comel jee perangai ash ni .. hihi

    ReplyDelete
  4. i is dah jenis surrender la...lantak la tantrum kejap lagi pandai la dia cari mama...ehhhee....kejam punyer mama ;)

    ReplyDelete
  5. mesti comel je masa dia merajuk tu kan kak? heee

    ReplyDelete
  6. comel je ash ni... geram tengok keletah dia. walaupun penat mcm mana pun, tetap dilayan kan karenah anak kecil ni.. :)

    ReplyDelete
  7. Dah pandai merajuk dah dia ye..comel je muka merajuk tu

    ReplyDelete
  8. haha sama lah dgn anak sy.. makin besar makin kuat merajukk

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !