Berjinak-Jinak Dengan "Potty Training"...

Farah Waheda Wahid
4

Hari tu, Farah ada maklumkan di dalam entri-entri yang sebelum ini, Farah hanya menunggu masa Ash pandai bercakap dan kemudiannya akan mula melatih tandas Ash ataupun di dalam bahasa yang lebih dikenali ramai... "potty training"... Bukanlah mengeluh kerana sudah tidak mampu untuk membeli lampin pakai buang Ash...Alhamdulillah, setakat ini kami masih lagi mampu untuk membeli lampin pakai buang Ash dan mengadakan apa yang perlu untuk Ash... Cumanya, "potty training" ni pada Farah memang Farah ambil berat...Memandangkan usia Ash bakal menginjak ke 2 tahun tidak lama lagi. Salah satu daripada punca yang Farah memandang berat perkara ini adalah kerana beberapa minggu yang lepas, Farah ada berborak dengan BFF Farah tentang "potty training"... Yang mana, BFF Farah ingin menghantar anaknya ke sebuah "playschool" yang berhampiran dengan pejabat beliau tetapi syaratnya, anak haruslah bebas lampin. Hu hu hu, memang ada "playschool" yang tidak kisah dengan bebas lampin ataupun tidak, tetapi ada di antara "playschool" yang "requirement"-nya memerlukan anak-anak bebas lampin. Sebab musababnya, tak dapat Farah jelaskan yer, kerana Farah bukan pihak pengurusan "playschool" terbabit, cumanya mungkin ini tidak mahu menyukarkan atau menyusahkan kerja-kerja petugas ataupun cikgu-cikgu di sana. Mungkin??? 

Ash masih belum boleh bertutur atau bercakap dalam bahasa seharian, tetapi faham dan bercakap di dalam bahasanya yang tersendiri. Sesekali terlepas juga sebutir dua butir perkataan. Bermakna, Ash di dalam proses untuk bercakap. Farah bukanlah berulang-ulang kali ingin berkongsi tentang apa itu "potty training", bagaimana "potty training" dan sebagainya...Jika berminat untuk membaca tentang "potty training" di Bubblynotes.Com bolehlah rujuk kepada entri-entri berikut:


Cumanya ini adalah cerita di satu hari yang indah...Ha ha ha... Macam nak masuk pertandingan bercerita jer mukadimah cerita ni kann??? Tak adalah, sebenarnya, nak cerita bahawasanya Nek Ma Ash telah mula menjinak-jinakkan Ash dengan "potty training" pada waktu dan ketika ini. Beberapa minggu yang lepas...#ehhh minggu lepas nak dijadikan cerita... Ash yang sedang bermain-main tiba-tiba termenung dan seolah-olah mula nak meneran...hidungnya terkembang-kempis... Nek Ma Ash cerita, dia tanyakan kepada Ash... "Ashhh...nak buang air besar ke???"... Terus Nek Ma Ash bukakan seluar, lampin pakai buang dan bawa Ash ke tandas.... Oh ya, tentang tanda-tanda anak kecil bersedia ke tandas ni boleh rujuk entri Petanda Anak Kecil Bersedia Ke Tandas... yang pernah Farah kongsikan tidak berapa lama dulu... Dan nampaknya... sukses!!! Menjadi!!! Alhamdulillah, Ash membuang di tandas "instead of" di lampin pakai buang. Sejak dari itu, bila tiba waktu Ash untuk membuang...sama ada Nek Ma Ash ataupun Farah akan perhatikan tanda-tanda gelagat Ash untuk "standby" bawa Ash ke tandas... Hik hik hik... Dah jadi satu kerja dah pula yer tak??? Tapi itulah tugas ibu, tugas bapa sebenarnya... 

Di kesempatan ni, nak juga luah sesuatu... Sebenarnya Farah nak berterima kasih sangat-sangat pada Nek Ma Ash kerana banyak beri tunjuk ajar, banyak beri bantuan dan banyak melakukan inisiatif-inisiatif yang positif di dalam mendidik Ash terutama sewaktu Farah bekerja. Terima kasih tu tak dapat nak ungkap dengan kata-kata sebenarnya... Farah tak pernah suruh punnn... Tapi Nek Ma Ash sendiri rela hati melakukan... Farah kalau boleh tak nak pun Nek Ma Ash buat...Tak apa biar Farah buat...tetapi entahlah... macam mana ek nak cakap??? Kalau Farah sendiri, In Shaa Allah, masih mampu untuk melakukan perkara-perkara ini untuk Ash... tetapi mungkin bergantung kepada pembacaan serta ilmu dari rakan-rakan sahajalah... Tetapi dengan adanya Nek Ma Ash... Alhamdulillah, suku daripada tugasan itu diambil-alih oleh Nek Ma Ash sewaktu Farah bekerja.

Ha ha ha...jangan nak serkap jarang dan fikir negatif yer... ihikss tiba-tiba... bila Farah tidak bekerja, bila Farah di rumah dan bila Farah bersama Ash...tolong maklum...wakakakaka...Nek Ma Ash memang lepas jer...Dia biarkan Farah yang buat semua... "Read my statement properly"... Ketika waktu Farah bekerja... Fahammm??? La la la la... 

Alah bisa tegal biasa, In Shaa Allah, semakin kerap melatih semakin akan biasa Ash dengan latihan tandas... Dengan izin Allah SWT, mana tahu, "by the end of the year" Ash sudah bebas lampin??? (harapan ni harapan...)...In Shaa Allah...Ia mungkin macam kebarangkaliannya tidaklah seawal itu Ash bebas lampin, Farah pun tidaklah meletakkan harapan yang tinggi pun, jika berjaya latihan ini, Alhamdulillah, jika tidak, tak apa masih ada masa untuk itu... Farah tidak memaksa Ash, tetapi mencuba sahaja.... Dan Farah tidak pula berfikir nak meletakkan tekanan pada Ash...tidak sekali-kali, cuma mencuba yang terbaik... In Shaa Allah... 

Post a Comment

4Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. umur ash dah nak 2 tahun.. cptnye masa berlalu.. In syaa Allah Ash akan bebas lampin pd usia yg muda.. sis kene berusaha kuat..>_<

    ReplyDelete
  2. bagus dari awal dah ber potty training..nanti senang tak payah pakai pampers dah..hihi

    ReplyDelete
  3. senang bila dah free diapers.. aisya pun dah ok tpi pengasuh still x bersedia nak free diapers aisya..

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !