Azul Authentic Nasi Kukus | Tak Perkena Sasau, Kena Mengigau...

Farah Waheda Wahid
7
Ini cerita Sabtu, 2 Mei 2015... ^_^... Lawatan Ash, Nek Ma dan Mommy ke Azul Authentic Nasi Kukus bersama-sama dengan beberapa orang keluarga rakan-rakan Kelab Blogger Ben Ashaari, sememangnya, aktiviti ini telah dimasukkan ke dalam kalendar Farah pada hujung bulan April 2015 dan Alhamdulillah, akhirnya sampai juga ke sini walaupun belum pernah sampai ke sini kan??? Kita gunakan Waze sahajalah, bukannya susah sangat, teknologi kan ada??? Hik hik hik... 

Apa ada di Azul Authentic Nasi Kukus ni sampaikan Farah dan rakan-rakan lain sanggup ke sini??? Uishhh... macam-macam ada...Ini yang nak cerita ni... Memang dari perspektif peribadi, tak rugi punnn kami ke sini pada hari Sabtu yang lepas... Sebab bak kata "tagline" Azul Authentic Nasi Kukus... Tak perkena sasau, kena mengigau... 

Azul Authentic Nasi Kukus ni terletak di Selayang...Haaa, orang-orang Selayang dan berdekatan dengan kawasan Selayang...Apa lagi??? Kalau agak-agak hilang punca nak makan apa, di mana ataupun penggemar nasi kukus tu, sila-silalah jejakkan kaki anda ke Azul Authentic Nasi Kukus di Selayang ni. Ianya berdekatan dengan Fakulti Perubatan UiTM, Selayang yang juga bersebelahan dengan dewan Ideal Convention Centre. Untuk lebih jelas, sila rujuk peta lokasi di bawah...


Azul Authentic Nasi Kukus ini sebenarnya baru saja memulakan operasi mereka beberapa bulan yang lepas. Azul Authentic Nasi Kukus berkonsepkan minimalis dan ringkas. Makanan-makanan yang disajikan adalah selera yang berkonsepkan pantai timur iaitu Kelantan yang mana rempah ratus yang digunakan di dalam masakan sajian adalah rempah ratus yang diimport khas dari bumi Kota Baharu, Kelantan. 

Di antara menu yang disediakan di Azul Authentic Nasi Kukus adalah... 

Nasi Kukus Ayam Berempah
Nasi Kukus Daging Kerutuk 
Nasi Kukus Ikan Keli Berempah 
Mee Kari  
Rojak Buah
Dan juga Coconut Shake serta A&W Float!!! Dari lidah yang merasa, tekak yang menyalurkan makanan ke perut... Lidah terasa kesedapannya dan perut terasa amat kenyang...Burppp...Alhamdulillah... Kalau mampu memang nak bertambah-tambah lagi makan pada hari kejadian, tetapi disebabkan kena beringat bahawa tubuh badanku ini ibarat sudah bagai belon yang dipam-pam dan tidak ingin menembun lagi...Muahahaha... Makanya, kenalah bawa-bawa sedar diri dan kawal-kawal makan... Bak kata Tun M dalam salah satu dokumentari kehidupannya yang pernah Farah tonton dulu... Berhenti makan apabila perut sudah mula terasa kenyang bukannya sehingga sendawa... Ash pun nampak gayanya sangat suka makan nasi kukus di Azul Authentic Nasi Kukus... Huishh, jangan tak tau, anak teruna "I is" lidahnya dan seleranya boleh tahan ok??? Jadi boleh percaya dia, jika dia menunjukkan sama ada sesuatu makanan itu sedap ataupun tidak... 

Ada satu lagi perkara yang istimewa, iaitu sesuatu mengenai pemilik Azul Authentic Nasi Kukus ni... Pemilik atau pengusaha Azul Authentic Nasi Kukus ini adalah merupakan seorang "pastry chef" yang mana Azul Authentic Nasi Kukus ini juga menyediakan kek dan juga pencuci mulut untuk tempahan. "Restricted" untuk tempahan sahaja... Perghh... "I tell you"... Memang tengok jer pun dah tergoda dan jadi "melting" serta "inviting"...Tak percaya, jom tengok... 

Kek Daim

Kek Red Velvet

Kek Berries Chocolate Moist

Muffin
Haaaaa.... haaaaa.... haaaaa... terliur tak tengok gambar-gambar pencuci mulut hasil air tangan pemilik Azul Authentic Nasi Kukus ni??? Kalau nak lihat pilihan kek dan pencuci mulut boleh rujuk Laman Facebook nin9landers dan Laman Facebook Everyone Can Tart oleh pemilik Azul Authentic Nasi Kukus ni. 

Ini bukan setakat gambar jer nampak menyelerakan dan sedap yer... Tetapi ianya memang betul-betul sedap... Kena dengan tekak Farah...kena dengan tekak Ash...kena dengan tekak Nek Ma Ash dan kena dengan tekak rakan-rakan blogger lain yang turut sama merasa. Menurut pemilik Azul Authentic Nasi Kukus, di Azul Authentic Nasi Kukus mereka mengamalkan penggunaan MSG yang sangat-sangat minima dan ianya hanya digunakan di dalam sesetengah jenis makanan sahaja. Mereka juga menggamalkan penggunaan santan yang rendah kolestrol di dalam setiap masakan. Yang lebih menarik??? Makan di Azul Authentic Nasi Kukus tiada caj GST yang dikenakan kerana Azul Authentic Nasi Kukus telah menyerap kesemua GST-GST tersebut!!! ^_*

Khidmat penghantaran makanan juga ada disediakan. Untuk sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi 019 633 9005 | 018 369 8456.

Untuk Maklumat Lanjut:


Alamat:
AZUL AUTHENTIC NASI KUKUS
No.47, Jalan PS8
Prima Selayang
KM15 Jalan Rawang
68100 Batu Caves
Selangor Darul Ehsan

No. Telefon:
019 633 9005

Bagi sesiapa yang mencari peluang pekerjaan ataupun perlukan wang saku tambahan, Azul Authentic Nasi Kukus kini sedang memerlukan pekerja tambahan sepenuh masa dan juga separuh masa. Jika ada sesiapa yang berminat, bolehlah menghubungi pemilik Azul Authentic Nasi Kukus seperti nombor yang tertera di atas yer??? 

*Masih terbayang-bayang dan terasa-rasa kesedapan serta keenakkan...jika ada masa nanti, pasti Farah dan Ash akan berkunjung kembali ke sana.... 

Post a Comment

7Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !