Antara Punca-Punca Besar Suami Suka Merajuk...

Farah Waheda Wahid
8
Sumber dari Google
Jeng jeng jeng... asyik cerita tentang isteri yang suka merajuk jerrrr.... Sesekali kita berceritalah pula tentang suami yang suka merajuk ni...Ha ha ha, apa??? Ingat orang perempuan jer yang merajuk-merajuk ni??? Orang lelaki pun suka merajuk ok??? Cuma mereka tak suka nak mengakuinya walaupun perbuatan jelas menunjukkan mereka merajuk dengan kita... Hati lelaki ni sebenarnya adalah lembut dan lebih sensitif dari perempuan...ekekekeke... itu jika kita sebagai perempuan tidak menjaganya dengan betul. Kadang-kadang tu perlakuan yang kita anggap remeh tetapi sebenarnya tidak bagi diri mereka. Biarpun mereka nampak tegas sebagai ketua keluarga, tapiii jauh dalam-dalam sudut hati mereka, mereka pun nak belaian mesra dan manja seperti seorang bayi!!! Sado-sado pun boleh merajuk juga ok??? "Expect the unexpected"...Ekekekeeke...

Terjumpa pula satu artikel di SINI yang mengatakan bahawasanya ada beberapa perkara remeh yang boleh menyebabkan pasangan merajuk dan yang boleh kita elakkan diri kita sebagai isteri dari melakukannya. Kalau kita bijak menyelesaikan masalah remeh ini, In Shaa Allah hubungan tu elok-elok jer... Apa tu antara punca-punca yang dikatakan besar tu??? 

Menepis Pelukannya
Semasa isteri sedang membasuh pinggan atau memasak dan tiba-tiba si suami memeluk dari belakang, jangan sesekali menolak kerana akan menyebabkan suami rasa tersinggung dan merajuk. Biarkan sahaja perlakuannya, kerana ini hanya sekejap sebagai tanda kasih sayang dia kepada diri anda.

Tidak Menggosok Pakaian Kegemaran
Apabila dia sudah mengingatkan anda supaya menggosok baju berkenaan dan anda terlupa melakukannya pasti akan menyebabkan si dia naik angin. Errr...ada ke yang jenis macam ni??? Ok tak ada pula setakat ini bagi Farah. Apatah lagi jika dia yang perlu menggosoknya sebelum ke tempat kerja. Anda akan lihat dia tidak bercakap dengan anda dan itu tanda dia sedang merajuk. Walaupun nampak remeh tetapi boleh menyinggung hati kecilnya.

Tidak Angkat Panggilan Telefon
Ha ha ha, ini klasik tau tak...Kalau kita isteri telefon, dan telefon tidak berangkat, kita mungkin akan rasa ok dan cuba faham sama ada suami itu sedang sibuk ataupun sedang memandu ataupun sedang apa-apa sahajalah.... Secara umum yer... tiada kena mengena dengan sesiapa pun...errrr...tetapi ada jer wanita yang kalau suami tidak angkat panggilan telefon akan terus telefon bertubi-tubi sebab risau dan rasa tak sedap hati... Hu hu hu... Biasalah tu perasaan seorang isteri kannn??? Tapi kalau isteri yang tak angkat telefon....ini paling penting ni, jangan sesekali tidak mengangkat panggilan telefon daripadanya. Walaupun bukan sesuatu panggilan yang penting, sekadar ucapan "hello" atau tanya khabar atau tanya dah makan ke belum walaupun waktu tu bukan waktu makan... anda harus mengangkatnya. Jangan biarkan dia menelefon beberapa kali sehingga menyebabkan dia marah dan tidak ada "mood" untuk bercakap dengan anda.

Lagi satu yang mungkin dianggap remeh oleh anda, terlepas untuk menjawab panggilan. Apa salahnya jika anda cuba dail kembali, jangan biarkan. Siapa tahu ada hal penting untuk diberitahu. Dan mungkin juga si dia mahu menyatakan emosi yang dialami, sedih, gembira atau tertekan dengan seseorang??? 

Bercakap Tinggi Suara
Ini bukan lelaki jer lah yang tak suka..."I is" pun tak suka ok??? Anda juga diingatkan agar menjaga intonasi dan kawalan suara ketika berkomunikasi dengannya. Jangan sesekali meninggi suara kerana lelaki tidak suka pada pasangannya yang bersikap begini. Walaupunnnn...walaupun ko jenis cakap memang "loud", memang "style" gitchewss...bila dengan suami... haruslah automatik jadi sopan santun sikit yer...wakakakaka... Hormatilah dia sebagai suami anda dan sentiasa menjaga perasaannya yang kadang kala agak sensitif. Silap gaya dia akan merajuk untuk beberapa hari disebabkan perkara ini.

Layan Laman Sosial Di Telefon
Jangan kerana terlalu asyik mengejar teknologi sehingga lupa tanggungjawab sebagai isteri. Jika dalam kereta atau hanya berdua-duaan dengan suami, jangan sesekali bermain FB, Twitter, What's App atau apa-apa sahaja laman sosial. Pasti pasangan tidak gemar jika anda hanya melayan laman sosial ini berbanding bercakap dengan dirinya.

Elak Layan Lelaki Lain
Jika anda seorang yang peramah, simpan sahaja sikap itu jika sedang bersama suami, melainkan suami memang dah faham sangat-sangat yang anda tu memang peramah...Kui kui kui...Tu punnn, jangan terlalu melayan lelaki lain walaupun teman sekolah dahulu. Sesetengah lelaki ni kan cemburu dengan situasi ini dan dia hanya mahu anda melayannya seorang. Walau bagaimanapun, sebagai isteri, kita sendiri perlu tahu batas-batas tertentu yang boleh diikuti. Pandai-pandailah "adjust"...

Jangan Tukar Siaran Lain Ketika Menonton Televisyen
Walaupun nampak remeh, tetapi jika berlaku bakal mengundang rasa merajuk buat lelaki. Janganlah sesekali menukar rancangan lain sekiranya dia dulu yang sedang menonton televisyen. Apatah lagi jika sedang menonton rancangan kegemaran seperti bola sepak. Lebih baik anda mengambil hatinya dengan menyediakan segelas air panas untuknya. Tak payah tanya...terus buat jer...minum tak minum tu belakang kira...Hik hik hik...

Tidak Sediakan Keperluan Ketika Makan
Lelaki mengibaratkan diri mereka seperti raja. Errr...tapi betullah, sebab papa Farah kalau selagi mama Farah tak hidang selagi tu dia tak akan makan ok??? Ha ha ha.... Apa sahaja keperluan mereka perlu dihidangkan di depan mata. Sekiranya mereka tengah makan, jangan lupa menyediakan air basuh tangan, air minuman dan juga sentiasa menemaninya di meja makan. Walaupun anda tidak makan sebab diet kannn???tetapi cukuplah sekadar menemaninya berbual di meja makan. Mungkin keadaan ini lebih menyelesakan bagi dirinya.

Haaa...macam mana??? Betul ke tak betul ni??? Mungkin ada yang betul mungkin ada yang tidak...Ada lelaki yang mudah didampingi dan mudah caranya, ada lelaki yang "complicated"... Bergantung jugalah kepada jenis suami yang macam mana yang ada dengan kita...Yer tak??? Asam garam rumahtangga biasa lettew.... Sekurang-kurangnya mungkin artikel ni dapat membantu sesiapa yang tiba-tiba kehilangan punca kenapa suami merajuk atau mengelak...mana tau kot-kot ada terkait pula kann??? Hik hik hik... 

Post a Comment

8Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. betul!!! selalu berebut siaran tv...then kite yg menang.. tp dia pulak merajuk.. hahahaha.. betul sangat dah ni..

    ReplyDelete
  2. hehehee...
    betul semua tu

    jom lawat blog ku http://85mutiarabeauty.blogspot.com/

    ReplyDelete
  3. Akk yg sll makan hati dgn suami ada la. Mana x nya. Akk pi keja dia x bgn lagi. Akk dah tido dia x balik keja lg. Sabtu ahad pun keja. Urusan anak sume akk yg handle. Dari beli bju. Buka sekolah. Sukan sekolah. Ambik report kad dll.

    ReplyDelete
  4. Hehe... Mmg kna layan sebaiknya...

    ReplyDelete
  5. hihi lelaki juga manusia ada hati dan perasaan tetapi tula jika hal remeh pu mahu merajuk macam pasal gosok baju n etc better tukar jantina sahaja.Perempuan bukannya maid ya.Kaum isteri khususnya golongan ibu ada bnyk sgt task yg mereka perlu buat.Jika isteri juga berkerja wajib suami sediakan maid jika suami tidak mampu bantu sama.Sebab tugas maid bukan ganti tugas isteri tetapi mnjlnkn tugas suami dirmh yg xmampu suami buat.Jadi sbg suami isteri mohon saling membantu dan bertolak ansur.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !