Dahulunya, kerap juga soh seh soh seh tentang mencari "safety kit" untuk barangan di rumah disebabkan oleh Iman Ash yang terlalu suka sangat bereksplorasi di dalam kawasan rumah...Ke depan, ke belakang, ke depan ke belakang, lepas tu sekarang ni tambah-tambah pula dengan suka berlari-lari... Lagi buatkan Farah selalu kering darah...Sebab isu keselamatanlah...Bukannya apa, dia masih baru sangat lagi dapat kaki, setiap kali berlari dia kerap terjatuh...masih belum berapa stabil lagi, tetapi yang kita kering darah, yang itulah yang suka dibuatnya... Hu hu hu...Huwaaaa....Ashhhh, janganlah buat Mommy rasa macam ni!!! Kalau dia faham yer tak??? Ini dia tak faham lagi...Faham juga kadang-kadang tu...Entri yang Farah maksudkan itu adalah... Mencari Pelindung Bucu Tangga yang ada diselitkan juga tentang "safety latch for cabinets"...
Nak cari punya cari punya cari, simpan dalam "task list" sebagai seorang ibu, konon-kononnya nak pergi ke Daiso (kedai 5 hinggit yang popular dan semua orang pun tahu)... tak terpergi-pergi...Akhirnya, minggu lepas sempat juga menyinggah ke Daiso...Itupun secara kebetulan terjumpa semasa tengah berjalan-jalan cuci mata di Paradigm Mall dengan Abah Ash dan Ash... Kalau tidak, sampai ke sudah lah nampaknya tak pergi dan tak membeli yer tak??? Hua hua hua... Sampai-sampai di rumah, terus pasangkan sebab Mommy dia dah tak tahan risau dan tak tahan Ash menyepah segala mak nenek periuk belanga dari dalam kabinet dapur tu... Errrr...periuk belanga tu tak kisah sangat sebenarnya... tung tang tung tang, jiran kiri kanan ingat macam nak kenduri...Yang risaunya "utensils" dan juga pinggan mangkuk kaca yang ada dalam kabinet..Itupun dah banyak dah yang disimpan di dalam kabinet bahagian atas... Tapi dah banyak-banyak sangat tak muatlah pulok...Ha ha ha...Tulah Nek Ma Ash ni, masa muda-muda suka sangat kumpul pinggan mangkuk bebanyak...Ha ha ha...#ehhh...tiba-tiba "pointing" kat Nek Ma Ash pula...Ya ampunnn Ma... Kalau Mama baca entri yang ni kat rumah tu... Ha ha ha...Adik cakap betul apa???
"Handsome" ajer terletak rupa gayanya dan legaaaa sikit rasa hati...Yeayyyy!!! Ash dah tak dapat buka pintu kabinet dapur dahhh.... (Konon!!!)...Kegembiraan tu tak kekal lama yer...Ha ha ha...Sebab itulah tajuknya entri ini Akalnya Lebih Panjang.... Sebab, memang akal dia lebih panjang... Ash memang macam tu!!! Selalu tau!!! Kalau tak dapat sesuatu tu, dia sentiasa akan usaha sampai dia boleh dapat... Dia akan ada cara untuk dapatkan sesuatu yang dia nak lakukan atau dapatkan atau buat... Contohnya...
Tarik-tarik-tarik...Goyang-goyang-goyang... Tarik-tarik-tarik...Goyang-goyang-goyang... Eh eh eh... Dan akhirnya dia berjaya!!!
Tercabut sudah!!! Oooo...Ash "challenge" Mommy yer??? Selagi tak tercabut, selagi tulah dia akan tarik dan goyangkan... Hu hu hu... Tapi!!!! Tapi tapi tapi... Mommy masih belum kehilangan cara lagi... Selepas ni, Mommy akan beli lagi dan tampal banyak sikit...Bila dah banyak sikit, susahlah sikit kann nak tarik-tarik dan goyang-goyang... Mesti kerja Ash akan jadi lebih susah...Muahahaha... Errrr...tapi kalau dia gigih menarik dan menggoyangkan tak taulah...Apa-apapun... Kita cuba dulu... Mana tau untung-untung berkesan...Kalau tidak, haiii nampak gayanya kena cari alternatif lainlah ni nak "secure"kan barang-barang yang berbahaya pada Ash ni... Hu hu hu....
hahahahha ash.. gud boy buli mommy!! irine pon dok bukak peti ais je ni..hadoooiiii.... pantang lepaaa dah skrg budak2 ni kan
ReplyDeletehaha tgk muka ash tu,muka btl2 mcm tgh pk mcm mn nak buka lemari ni..ekeke..jawabnya mama ash kena tebuk lubang la kat lemari tu buat lock...mcm lock pintu hehe
ReplyDeleteMemang panjang akal betul Ash tu ..
ReplyDeleteMummy kena beli besi pulak kot..
hihihihi kesian momy.. arissa pun sama tgah nakal skrg ni..
ReplyDeletehaha bijak hero kecik kiter ni .... give kak long hi 5!
ReplyDeleteAsh lebih seronok..lebih teruja bila berjaya..dan mummy lebih juga...lebih berusaha tingkatkan penggunaan safety kit..
ReplyDeletethaqif pun sama suka bukak semua almari.malas nak perang ngn dia, elak dok area ada almari time dia tak tidur tu.ibu masuk dapur time dia tido.masuk bilik time dia nak tidur je.
ReplyDeleteganti dengan besi.. tahan sikit..
ReplyDeletesenaman tangan tu, nak test kuat ke x
ReplyDeletemakin besar n tinggi ash, kalau dulu tgk pic dia masih baby
Haha... Usaha tgga kejayaan...
ReplyDelete