Akalnya Lebih Panjang...

Farah Waheda Wahid
10
Dahulunya, kerap juga soh seh soh seh tentang mencari "safety kit" untuk barangan di rumah disebabkan oleh Iman Ash yang terlalu suka sangat bereksplorasi di dalam kawasan rumah...Ke depan, ke belakang, ke depan ke belakang, lepas tu sekarang ni tambah-tambah pula dengan suka berlari-lari... Lagi buatkan Farah selalu kering darah...Sebab isu keselamatanlah...Bukannya apa, dia masih baru sangat lagi dapat kaki, setiap kali berlari dia kerap terjatuh...masih belum berapa stabil lagi, tetapi yang kita kering darah, yang itulah yang suka dibuatnya... Hu hu hu...Huwaaaa....Ashhhh, janganlah buat Mommy rasa macam ni!!! Kalau dia faham yer tak??? Ini dia tak faham lagi...Faham juga kadang-kadang tu...Entri yang Farah maksudkan itu adalah... Mencari Pelindung Bucu Tangga yang ada diselitkan juga tentang "safety latch for cabinets"... 

Nak cari punya cari punya cari, simpan dalam "task list" sebagai seorang ibu, konon-kononnya nak pergi ke Daiso (kedai 5 hinggit yang popular dan semua orang pun tahu)... tak terpergi-pergi...Akhirnya, minggu lepas sempat juga menyinggah ke Daiso...Itupun secara kebetulan terjumpa semasa tengah berjalan-jalan cuci mata di Paradigm Mall dengan Abah Ash dan Ash... Kalau tidak, sampai ke sudah lah nampaknya tak pergi dan tak membeli yer tak??? Hua hua hua... Sampai-sampai di rumah, terus pasangkan sebab Mommy dia dah tak tahan risau dan tak tahan Ash menyepah segala mak nenek periuk belanga dari dalam kabinet dapur tu... Errrr...periuk belanga tu tak kisah sangat sebenarnya... tung tang tung tang, jiran kiri kanan ingat macam nak kenduri...Yang risaunya "utensils" dan juga pinggan mangkuk kaca yang ada dalam kabinet..Itupun dah banyak dah yang disimpan di dalam kabinet bahagian atas... Tapi dah banyak-banyak sangat tak muatlah pulok...Ha ha ha...Tulah Nek Ma Ash ni, masa muda-muda suka sangat kumpul pinggan mangkuk bebanyak...Ha ha ha...#ehhh...tiba-tiba "pointing" kat Nek Ma Ash pula...Ya ampunnn Ma... Kalau Mama baca entri yang ni kat rumah tu... Ha ha ha...Adik cakap betul apa??? 


"Handsome" ajer terletak rupa gayanya dan legaaaa sikit rasa hati...Yeayyyy!!! Ash dah tak dapat buka pintu kabinet dapur dahhh.... (Konon!!!)...Kegembiraan tu tak kekal lama yer...Ha ha ha...Sebab itulah tajuknya entri ini Akalnya Lebih Panjang.... Sebab, memang akal dia lebih panjang... Ash memang macam tu!!! Selalu tau!!! Kalau tak dapat sesuatu tu, dia sentiasa akan usaha sampai dia boleh dapat... Dia akan ada cara untuk dapatkan sesuatu yang dia nak lakukan atau dapatkan atau buat... Contohnya... 


Tarik-tarik-tarik...Goyang-goyang-goyang... Tarik-tarik-tarik...Goyang-goyang-goyang... Eh eh eh... Dan akhirnya dia berjaya!!! 


Tercabut sudah!!! Oooo...Ash "challenge" Mommy yer??? Selagi tak tercabut, selagi tulah dia akan tarik dan goyangkan... Hu hu hu... Tapi!!!! Tapi tapi tapi... Mommy masih belum kehilangan cara lagi... Selepas ni, Mommy akan beli lagi dan tampal banyak sikit...Bila dah banyak sikit, susahlah sikit kann nak tarik-tarik dan goyang-goyang... Mesti kerja Ash akan jadi lebih susah...Muahahaha... Errrr...tapi kalau dia gigih menarik dan menggoyangkan tak taulah...Apa-apapun... Kita cuba dulu... Mana tau untung-untung berkesan...Kalau tidak, haiii nampak gayanya kena cari alternatif lainlah ni nak "secure"kan barang-barang yang berbahaya pada Ash ni... Hu hu hu.... 

Post a Comment

10Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. hahahahha ash.. gud boy buli mommy!! irine pon dok bukak peti ais je ni..hadoooiiii.... pantang lepaaa dah skrg budak2 ni kan

    ReplyDelete
  2. haha tgk muka ash tu,muka btl2 mcm tgh pk mcm mn nak buka lemari ni..ekeke..jawabnya mama ash kena tebuk lubang la kat lemari tu buat lock...mcm lock pintu hehe

    ReplyDelete
  3. Memang panjang akal betul Ash tu ..
    Mummy kena beli besi pulak kot..

    ReplyDelete
  4. hihihihi kesian momy.. arissa pun sama tgah nakal skrg ni..

    ReplyDelete
  5. haha bijak hero kecik kiter ni .... give kak long hi 5!

    ReplyDelete
  6. Ash lebih seronok..lebih teruja bila berjaya..dan mummy lebih juga...lebih berusaha tingkatkan penggunaan safety kit..

    ReplyDelete
  7. thaqif pun sama suka bukak semua almari.malas nak perang ngn dia, elak dok area ada almari time dia tak tidur tu.ibu masuk dapur time dia tido.masuk bilik time dia nak tidur je.

    ReplyDelete
  8. ganti dengan besi.. tahan sikit..

    ReplyDelete
  9. senaman tangan tu, nak test kuat ke x
    makin besar n tinggi ash, kalau dulu tgk pic dia masih baby

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !