Air Tangan Di Hari Ibu...

Farah Waheda Wahid
12

"1 Year 6 Months Of Motherhood...I Am Thankful & I Am Happy!!!", begitulah entri berkenaan dengan perasaan Farah setelah 1 tahun 6 bulan bergelar Mommy kepada Ash dan bila kali kedua menyambut Hari Ibu semalam... ^_^... Tiada sambutan secara besar-besaran, tiada acara rehatkan diri kerana memberikan tugasan kepada suami ataupun Atuk Ash, tiada bunga, tiada kek, tiada kad ucapan Hari Ibu dari Ash sebab Ash kecil lagi, masih belum mengerti dan tak pandai lagi nak buat kad-kad segala bagai kannn??? Bukanlah Farah mengharapkan Ash melakukan begitu bila Ash dah bersekolah nanti...Tak ada pun tak apa, asalkan Ash ada dengan Mommy sudah...Itupun dah cukup bahagia... Itu yang lebih penting... Tak mengharap anak untuk sediakan sesuatu yang istimewa pun di Hari Ibu untuk Farah... Cukup sekadar anak itu sihat, gembira, berjaya dunia akhirat dan bahagia. Itu sahaja bagi diri Farah sebagai seorang ibu yang Farah harapkan untuk Ash. 

Cumanya untuk semalam, kami memasak bersama-sama di dapur sebagai aktiviti rutin mingguan punn...Ha ha ha, tak ada yang "awkward" pun tentang itu... Biasa-biasa ajer... Jadi tiadalah cerita, makan di luar ataupun cerita kek dipotong ke apa untuk Hari Ibu kami anak-beranak. Masak bersama-sama tu sebabnya Ash pun tolong potong sayur juga. Tapi tolong potong dengan sudu plastik...Ihikss...tak ada maknanya nak beri pisau plastik ke, pisau kek ke segala bagai, pakai jer pisau plastik itu.... Sampai hancurlah pucuk paku dikerjakan oleh anak teruna tu. Ha ha ha.... 

Menu Hari Ibu kami untuk makan malam semalam untuk makan malam bersama-sama adalah... Lemak Cili Api Udang, Sayur Pucuk Paku Goreng, Ikan Masin Tenggiri Jeruk dan juga Ayam Sambal Kari. Ash makan apa??? Dia biasalah, makanan biasa dia, makanan ruji dia hari-hari, NASI BERIYANI...memang kena masak khas untuk dia jer...Kalau tidak, memang payah dan liat dia nak makan.... Itupun dah nampak susut dah tu badan dia...sebab bila hari-hari masak nasi biasa dan beri nasi biasa dia tak mahu makan...Bukan tak mahu, makanlah tapi tak banyak, makannya sikit-sikit jer...Lagi satu banyak main... Makan sambal main, lepas tu 5 6 suap dah geleng-geleng kepala... Mulut becok kata "no no no no no"... Aduyaiiii... Kalau nasi beriyani tu, tak ada pula bunyi "no no no no no" yer??? Tak sempat lagi Mommy nak kepal-kepal kecil-kecil nasi baru dia dah nganga dah...Bila anak dah macam tu, nak buat macam mana??? Turutkan ajerlah apa yang dia nak makan...dari dia tak nak makan langsung??? Badan tu dahlah kecil molek, nanti bertambah kecil molek pula lagi... #ehhh termembebel pula Mommy dia kan??? 

Ha, itu jerlah pun, sebenarnya nak cerita...menu makan malam Hari Ibu kami semalam... Ngeee... Udang tu bukan apa, kebetulan murah pula semalam...Errr...kira murahlah pada Farah dari hari kebiasaan... Semalam harga udang tu... RM 30.00 sekilo... beli lebih kurang dalam 10 ekor macam dalam RM 10.00 "plus plus" ajer... Teringin punya pasal lettew... Memang tak beli banyak pun, sebab Atuk Ash tak makan udang... Sebab tu masak Ayam Sambal Kari tu... Nek Ma dengan Mommy jer yang makan... Ash... pun tak boleh sangat makan udang sebab Farah perhatikan ada tanda-tanda dia seakan-akan alergi makan udang... Bila beri makan udang, dia akan selepas itu, agak tergaru-garu sedikit... Hu hu hu... Rugilah Ash...Ha ha ha.... 

Sambutan Hari Ibu "uolss" macam mana??? Mesti meriah kannn??? Kan? Kan??? *_^ ... Alhamdulillah, "happy for you if it so..."... Kami meriah juga, cuma lebih kepada meriah di dalam rumah sahaja... tambah-tambah dengan kerenah Ash kann??? Ada-ada jer ceritanya.... 

Post a Comment

12Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Sambutan hari ibu, biasa2 jer.. Huhuhu.. en.suami outstaion so tinggal kami bertiga je.. Menunya ialah nasi goreng Amani.. hehehe.. Sebabnya nasi goreng nie cuma ada nasi, hotdog yg dipotong kecil, telur dadar dan juga perencah nasi goreng adabi untuk kanak2.. Gitulah kalau ada anak yg memilih makan.. Kenalah ikut selera dia, supaya dia mau makan... Apapun udang masak lemak tu mengancam lah..

    ReplyDelete
  2. Takde smbut pun... Biasa2 je...

    ReplyDelete
  3. masak lemak udang tu yang paling WIN!!..
    heheee..

    -mrspuex-

    ReplyDelete
  4. baru tgk pun dah tau sedappp... tahun ni meriah sikit sbb sambut dgn 2 hero ;)

    ReplyDelete
  5. Pergh..Udang masak lemak tu yg paling mngancam...hoho

    ReplyDelete
  6. Gulai lemak udang tu sedapnyaaa :D

    ReplyDelete
  7. Farah...pandai yer memasak...masak lemak cili udang tu terliur tgk...haishhhhhhhhh lapor balik....farah bagus cm tu...tak harapkan apa2 dari anak...tp esok dia besar kalau dia buat surprise kita yg mak2 ni sure terharu sgt2 kan...jom ajar anak buat kad nak farah...something new...saje2 ajar dia buat kad...pastu wat2 surprise kt ayahnya...dari situ pelan2 dia suka nak buat something bila besar...ash pandai lukis dh...yeyy

    ReplyDelete
  8. terbaik menu special ni..air tangan ibu jugak sedap :)

    ReplyDelete
  9. huh!! makanan ruji ash -NASI BERIYANI?? wahhh pandai dia pilih makanan ye. mujur mummy dia terror masak. sib baik la favorite Danial, nasi putih dan sup ayam je. hari2 lauk tu pun xpe.. huhu.

    ReplyDelete
  10. Tahun tahun lepas anak anak akk buat kad dan bagi hadiah bagai. Tahun ni senyap je pulak. Tp x pe. Akk x kisah pun. Klw dorang bagi lagi akk pening mana nak simpan.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !