Untuk Membuatkan Anak-Anak Faham...

Sumber dari Google
Farah bukanlah lahir di dalam keluarga yang senang, dan Farah juga bukanlah dibesarkan dengan kemewahan melata. Hidup kami sekeluarga adalah bersederhana, dengan Atuk Ash yang berpendapatan sederhana dengan Nek Ma Ash yang setelah berhenti dari kerja demi menjaga dan membesarkan Farah dengan kerja sambilan di rumah menerima tempahan kek serta mengasuh anak-anak orang lain serta kakak saudara Farah, Alhamdulillah, semuanya cukup dan tiada yang kurang. Dan nak kata disebabkan Farah anak tunggal semuanya Farah dapat tidak juga... Bukan setiap minggu, setiap bulan Farah dapat apa yang Farah nak, bukan setiap minggu, setiap bulan Farah dapat barang-barang berjenama yang Farah mahukan ada seperti kawan-kawan lain ada... Kalau ada yang kata jadi anak tunggal semua dapat, apa nak semua dapat, salah tu... Pandangan itu meleset sama sekali ok??? 

Kami bukan orang senang tetapi kami hidup dengan cukup serba-serbi, Alhamdulillah. Cumanya, tiba-tiba hati terdetik, anak-anak ada sifatnya akan meminta sesuatu barangan... bila tidak dapat sesuatu barangan ada anak yang ok akan ok, tenang...ada yang terguris hati, merajuk, akan terguris hati dan merajuk. Betul tak??? Anak-anak ini kan pelbagai ragam dan kerenah... Ada kalanya disebabkan mereka masih kecil, mereka tidak faham duit itu bukannya jatuh dari langit untuk kita mengadakan segalanya yang mereka minta di dalam sekelip mata... Ada kalanya disebabkan keinginan mereka untuk ada sesuatu barangan itu, menjadikan mereka tidak faham yang ibu bapa mereka tidak berkemampuan atau berada di luar kemampuan untuk mengadakan sesuatu barangan itu. 

Seingat Farah lah kan? Sewaktu kecil Farah jarang sekali (takkan nak mengaku tak pernah meminta...ahaksss...suci sangat tu...), meminta sesuatu barangan dari ibu bapa Farah... Adalah minta, tetapi sangat-sangat jarang... Dan setiap kali diminta, setiap kali itu jugalah akan diadakan dengan sebaik mungkin tidak kira sama ada cepat atau lambat...Tapi, permintaan sebegitu berhenti begitu sahaja apabila Farah semakin besar, semakin faham dengan dunia... Kenapa??? 

Untuk membuatkan anak-anak faham, ada kalanya mereka perlu melihat kesusahan ibu bapa mereka di dalam mencari rezeki buat menghidupkan serta membesarkan anak-anak mereka... untuk membuatkan anak-anak faham, kita perlu berkomunikasi dengan mereka bahawa tidak semua yang mereka minta kita boleh adakan di dalam sekelip mata atau tidak semua yang dapat kita penuhi. Ada di antaranya adalah di luar di dalam kemampuan kita sebagai ibu bapa ataupun kita merasakan adalah lebih baik wang yang digunakan untuk barang-barang tersebut digunakan untuk benda-benda yang lain.... 

Ada satu insiden atau perkara yang Farah lihat dengan mata kepala sendiri yang membuatkan Farah berhenti meminta sesuatu barangan sekiranya Farah rasa Farah inginkan sesuatu itu, Farah lebih rela, kumpul duit belanja persekolahan dari meminta Atuk dan Nek Ma Ash mengadakan... Kalau mereka belikan pun, itu bukan Farah yang minta, mereka yang belikan tanpa Farah minta... 

Apa insiden itu? Seperti yang kelihatan di dalam gambar yang Farah tempek di atas ianya adalah... bila mana Farah melihat Atuk Ash, bertungkus lumus setiap hari mengambil upah mencuci kereta "boss-boss" yang menyewa di bangunan pejabat Atuk Ash bekerja sewaktu waktu makan tengah hari. Ingatan itu terkesan sehingga ke hari ini... Masa tu kan? Farah berada di Tingkatan 2, sekolah dekat ajer dengan pejabat Atuk Ash yang terletak berhampiran dengan Convent Bukit Nanas tu... Tingkatan 2 sekolah petang, jadi sebelum pergi sekolah lepas turun pada LRT di Masjid Jamek, akan singgah ke pejabat Atuk Ash dulu. Saja jumpa dengan Papa...Ihiksss... "I is" anak manja Papa, sebab Mama garang... Wargh kah kah kah.... 

Satu hari tu, bila sampai pejabat Atuk Ash, tanya pada kawan-kawan dia, nampak Papa tak? Diaorang kata Papa ada di Basement 1, tok tek tok tek, naik lif, dan turun ke bawah...Sampai-sampai ke "basement" tu, tiba-tiba hati "touching uolss"... nampak ada orang bagi Papa RM5.00 upah cuci kereta... Sejak dari hari itu kenal dan faham bagaimana Papa susahnya mencari duit tambahan demi nak melengkapkan segalanya untuk Farah dan tidak mahu Farah rasa kekurangan. Kadang-kadang Papa "polish" kereta "boss-boss"... Tapi "polish kereta" serendah RM 15.00. Kalau sekarang ni "car wash" pun dah RM 10.00 sebiji kereta dan "polish" beratus ringgit, tetapi Papa mengambil upah yang sangat rendah... Macam rasa tak berbaloi pun ada... dengan berpeluh-peluh dengan tak makan tengah hari... Sedeyyyy.... 

Lagi-lagi jadi sedeyyy, bila Papa nampak Farah, Papa terus bagi duit upah yang dia dapat tu pada Farah... Huwaaaa...tiba-tiba sambil menyediakan entri ini sambil rasa air mata bergenang-genang... dia kata ambil buat duit belanja sekolah, tapi Farah tak sampai hati guna, Farah simpan... Ko rasa? Bila nampak ibu bapa susah payah cari duit untuk kita macam mana??? Dari situlah Farah faham, kehidupan ini bukannya mudah... dan duit bukannya datang bergolek atau jatuh dari langit macam itu sahaja... Dan dari situlah, memang kalau Farah teringin sangatttt sesuatu Farah tak pernah bersuara lagi... Rasa bersalah pun ada... Tapi kannn...jujur, Farah tak pernahlah meminta sesuatu yang di luar kemampuan mereka... 

Dari situ Farah belajar yang satu hari nanti, kalau Farah ada anak, Farah pun kena buatkan anak Farah faham bahawasanya hidup ini bukanlah satu perkara yang mudah dan bukanlah semuanya senang sentiasa.... Pengalaman lalu mengajar kita, apa yang Farah lihat, apa yang Farah saksikan, apa yang Farah alami... memang satu pelajaran kehidupan tentang kasihnya ibu kasihnya bapa yang tidak boleh diperoleh dari mana-mana pun... Dan itu membuatkan Farah terfikir, jika mereka boleh lakukan apa sahaja untuk mencukupkan keperluan Farah, kenapa pula Farah tidak boleh melakukan apa sahaja untuk mencukupkan keperluan Ash iya ke tak???

Dan Farah juga belajar, kadang-kadang perkataan tidak semestinya membuatkan anak-anak kita faham, perbuatan dan apa yang mereka lihat adalah juga penting untuk mereka lebih faham kedudukan dan keadaan kita sebagai ibu bapa... Bukan senang untuk membuatkan anak-anak faham, tetapi tidak sukar juga untuk membuatkan anak-anak faham...Cuma cara tu nak kena caranya... "life skills" yang Farah bertanggungjawab untuk mengajar Ash sekarang ini... yang mana ... dia perlu faham, tidak semua yang dia impikan dan yang dia hendakkan akan dipenuhi dan juga terlaksana... Tetapi Mommy cubalah untuk usahakan juga buat Ash...

Kenapa kena fahamkan anak-anak tentang bukannya mudah mencari rezeki? Supaya mereka faham kan? Dan bila mereka tidak berpuas hati kerana permintaan tidak dapat dipenuhi...mereka akan ingat balik apakah bentuk kesusahan yang kita hadapi... Memang kita tidak boleh membebankan anak-anak sehingga membuatkan anak terasa tertekan... Macam Farah kata nanti, kena, kena dengan caranya.. Memang tanggungjawab kita, amanah kita, tetapi mereka juga perlu faham pada satu ketika di dalam kehidupan mereka, supaya mereka tidak menjadi terlalu mengharapkan atau terlalu yakin atau merasakan terlalu mudah untuk mendapatkan segalanya di dalam kehidupan... 

Dapatkan Artikel terbaru dari Situs ini melalui e-mail Anda.

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Untuk Membuatkan Anak-Anak Faham... , diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Monday, April 13, 2015.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

5 comments:

  1. huhuhu, sedihnya entry ni kak.... saya pun sama, lahir bukan dari keluarga yg senang, tambah2 anak sulung, membesar dengan adik beradik yg ramai, banyak berdikari ja... nak mintak tak gamak..

    ReplyDelete
  2. tak semua kita ni bernasib baik...tapi kena bersyukur la dengan berkat "sedikit" tu kita mampu jd org yg berguna kan kak? :)

    ReplyDelete
  3. alaaa macam terbayang2 plak zaman kecik dulu ada buat benda2 mengarut tak.. huuurm =(

    ReplyDelete
  4. Betul... Kna ajar ank hidup ssh...

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia

iWON.MY