"Time To Juggle With Puzzle"...


"It's time for Ash to start juggling with puzzle"... Dahulunya Farah pernah "up" satu entri bertajuk Tiba Melatih Ash Bersuka-Ria Dengan "Puzzle"...  di mana di dalam entri tersebut Farah ada nyatakan tentang faedah dan manfaat anak-anak kecil bermain dan membiasakan diri dengan "puzzle"... 

Akhirnya, semalam, Ash telah menerima hadiah berbentuk "puzzle" dari Nek Ma dan juga Atuk Ash... Alhamdulillah, terima kasih Nek Ma dan Atuk... Ianya adalah merupakan kepingan "puzzle" besar dan diperbuat daripada kayu serta mempunyai papan putih di belakang "puzzle" tersebut untuk Ash menconteng apa-apa yang dia suka. Masa untuk merangsang minda!!!

Koleksi "puzzle" pertama Ash dan dari penampakkan maklum balas yang dipamerkan oleh Ash malam semalam, dia kelihatan sangat berseronok dengan hadiah barunya itu. Menunjukkan minat dan cuba untuk memadankan "puzzle" tersebut dengan sendirinya. Tetapi... dah tentu-tentulah dia tak boleh nak padankan sendiri tanpa bantuan Mommy mahupun Nek Ma ataupun Atuk kann??? Harus ada bantuan... Dengan sedikit tunjuk ajar dan bantuan, perkembangannya positif... Dia sudah mula faham konsep suai-padan dan sudah mula berfikir bagaimana dia dapat melengkapkan "puzzle" itu menjadi sebuah gambar. Setelah sempurna, dia bertepuk tangan, mulutnya becok kekononnya menyatakan kebanggaan dia kerana dapat melengkapkan "puzzle" tersebut, walhal ianya adalah hasil bantuan Mommy dan juga Atuk...wakakakaka.... Tak apalah beri peluang dia berbangga dengan pencapaian diri sendiri untuk seketika.... Ha ha ha... Sekejap jer, tak boleh lama-lama nanti jadi riak pulak nak oiii...Jangan jangan jangan.... 

Sebenarnya, dengan hanya memasang "puzzle" sahaja boleh menjadikan aktiviti itu bosan... Sekiranya ceraikan pasang ceraikan pasang...Apabila anak-anak telah mula mahir dengan sesuatu gambar "puzzle" kerana sudah terbiasa melakukan, lama-kelamaan, "puzzle" itu akan ditolak tepi dan sudah semestinya tidak terhad kepada satu "puzzle" sahaja yer tak? Apabila kebosanan melanda kita sebagai ibu bapa akan menerima permintaan kecil dari anak-anak kecil untuk membeli "puzzle" yang baru ataupun kita sendiri yang terfikir untuk membelikan mereka koleksi "puzzle" yang baru. 

Salah satu cara untuk melewatkan atau melambatkan kebosanan itu, pada pendapat Farah, mungkin kita boleh menyusun "puzzle" bersama-sama anak sambil-sambil mereka-reka cerita tentang gambar "puzzle" tersebut untuk menjadikannya lebih menarik. Contohnya macam gambar "puzzle" Ash di ataslah... Mulalah... "In a jungle, there lives... a lion with his good friends the giraffe and zebra...and bla bla bla"... Sambil-sambil merangsang minda anak-anak kecil sebenarnya mengasah minda ibu bapa juga untuk jadi lebih kreatif... Hik hik hik...Jenuhlah nak cipta dan reka cerita kannn??? Farah suka, sesuatu yang ada sedikit kelainan dari "bed time stories routine"... 

Ataupun...boleh saja, menyorokkan kepingan-kepingan "puzzle" di belakang tubuh kita dan biarkan anak melengkapkan "puzzle" tersebut sehingga tiba ke kepingan-kepingan yang kosong... Minta mereka mencari di manakah kepingan yang hilang tersebut... Menarik tak agak-agak idea Farah ni??? Errrr...tapi tak mustahil ada ibu bapa lain yang dah buat dahulu sebelum Farah kann??? 

Farah ingin cipta minat Ash kepada beberapa perkara dengan cara mencuba melihat maklum balas Ash ke atas satu-satu perkara yang Farah perkenalkan agar dari situ Farah boleh fokus kepada apa yang dia minat di samping meletakkan kepelbagaian aktiviti untuk Ash berekplorasi... Hajat di hati, untuk memberikan pendedahan yang selengkapnya dan menyediakan "syllabus" yang bersesuaian dengan minat serta kemampuan Ash, bukanlah memaksa anak dengan cara diktator, tetapi membantu mengasah kemahiran dari segi "soft-skills" yang mungkin kadang-kadang kita tidak dapat "trace" dari mata kasar kita sendiri. In Shaa Allah... Mudah-mudahan dipermudahkan urusan... Amin... 

Dapatkan Artikel terbaru dari Situs ini melalui e-mail Anda.

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel "Time To Juggle With Puzzle"... , diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Thursday, April 16, 2015.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

5 comments:

  1. Zumal yang tua nie pun suka puzzle ^^

    ReplyDelete
  2. pernah belikan utk kakak... Tapi tak sesuai dgn usia dia... Hbis dia wat men masak2.. Hehe

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia

iWON.MY