Home » , , , , , , » Teambuilding | A Short Getaway For 2 Days... Bahagian 1

Teambuilding | A Short Getaway For 2 Days... Bahagian 1

Tibalah Farah ke bahagian membebel yang pertama untuk cerita kesibukkan yang melanda Khamis dan Jumaat lepas... cerita kenapa Ash terpaksa ditinggalkan semalaman Khamis dan Jumaat lepas... Terpaksa dibahagi-bahagikan cerita untuk perkongsian di Bubblynotes.Com kerana ianya terlalu panjang... Banyak pengisian dan banyak ceritanya... 


Hanya semalam sahaja, makanya Farah cuma membawa "backpack" satu sahaja dan dengan sehabis boleh Farah meminimakan pembawakkan barangan keperluan. Tidak terlalu sarat kerana Farah masih perlu untuk membawa "laptop" syarikat bagi keperluan mesyuarat di hari kedua nanti. "Boss" Farah sebenarnya telahpun membawa "laptop" beliau tetapi dia masih menyuruh Farah membawa "laptop" Farah sebagai "back-up" sekiranya ada apa-apa masalah yang berlaku. 

Seawal 7.30 pagi, kami telah diminta berkumpul di perkarangan pejabat untuk urusan pengagihan "tag" bagi bagasi masing-masing dan juga bagi menyusun atur kedudukan masing-masing di dalam kumpulan yang telahpun Farah bahagi-bahagikan sebelumnya. Sedikit taklimat diberikan sebelum perjalanan bermula pada jam 8.00 pagi sepertimana yang dijadualkan. 


"Tag" bagasi perlu diletakkan di setiap bagasi kakitangan yang terlibat disebabkan menurut perancangan yang telah dibincangkan terlebih awal, setiap bagasi akan dihimpunkan dan dibawa ke destinasi kami dengan menggunakan "luggage truck" yang mana kemudiannya bagasi-bagasi kami akan diletakkan oleh pihak hotel atau "resort" di dalam bilik yang telahpun ditempah serta didaftarkan ke atas nama masing-masing. Ini sebenarnya bagi memudahkan pergerakkan kami. 

Selain dari pemberian "tag"... kami juga diberikan "wristband" sebagai penandaan ahli kumpulan masing-masing yang mana "wristband" tersebut dilengkapi dengan nombor telefon panggilan kecemasan sekiranya berlaku sebarang kecemasan ataupun apa-apa sahaja perkara yang memerlukan sokongan bantuan. 


Kumpulan Farah adalah kumpulan yang kelima tetapi bukannya 5 orang... ahlinya adalah seramai 7 orang. Cumanya pada pagi kejadian, hanya tinggal 6 orang kerana seorang lagi terpaksa "standby" disebabkan ada isu berkaitan kerja yang perlu diselesaikan. Nama kumpulan kami pada mulanya... Avengers... selepas itu, sebab rasa macam tak "best", kami tukarkan kepada Hi-5... Muahahaha... 

Sumber dari Google

Agak-agak kenal ke tangan Farah yang mana satu??? Ekekeke, al-maklumlah nama kumpulan Hi-5 sebab dalam tu ada mak budak dan bapak budak yang selalu layan Hi-5 dengan anak-anak... wakakakaka... 

Sebelum memulakan perjalanan... layan "wefie" dulu... 



Perjalanan kami adalah dipecahkan kepada 10 van dan ianya bukanlah perjalanan kosong semata-mata tetapi ada pengisiannya sepanjang perjalanan. 



Sambil-sambil dalam perjalanan tu, ada ruang dan peluang, Farah pun curi masa "update" sebarang satu dua entri di Bubblynotes.Com... ngeee... Macam "uolss" tak kenal dan tak biasa dengan Farah kan??? ^_*... Instagram tu memang dah wajib...

Hentian pertama kami adalah di hentian apa ek? Wakakaka, lupa pula, tetapi di sini kami berhenti seketika untuk diberikan kertas tugasan... Tugasan yang pertama kami adalah aktiviti "selfie" ataupun "wefie" berkumpulan mengikut mimik muka lembu yang telah diberikan... Ho ho ho, ikutkan sajalah... Tugasan ini harus diberikan di hentian yang kedua untuk tujuan pemarkahan... 


Sila jangan gelak ok? Terpaksa lakukan dan kenalah "sporting" yer tak? Inilah "wefie" kami... Dan berjaya dapat markah penuh ok? 

Di hentian kedua... tugasan yang kedua pula adalah "blindfolded sensing"... kami harus merasa susu coklat dan membezakan di antara jenama... "Yess" berjaya juga... 50 markah lagi...ekekeke... 

Perjalanan diteruskan ke rumah orang tua dan rumah anak yatim untuk tujuan program CSR ("corporate social responsibility")...


Disebabkan ada 10 van kesemuanya... kami berpecah kepada 2 bahagian... 5 van ke rumah orang tua dan 5 van lagi ke rumah anak-anak yatim di Taman Rasah, Negeri Sembilan. Farah dan kumpulan dibawa ke rumah anak-anak yatim dan di situ kami berpeluang untuk menghabiskan masa bersam-sama anak-anak yatim yang menghuni di rumah tersebut serta menyampaikan sumbangan di dalam bentuk produk tenusu sebanyak 100 karton dan juga barangan keperluan lain seperti mesin basuh, tilam, alat tulis dan sebagainya. Gembira kanak-kanak tersebut mendapat barangan baru dan menerima kehadiran kami. Di sini juga, kami melengkapkan tugasa yang ketiga iaitu "milking"... di mana seperti yang kelihatan di dalam gambar di atas kami diminta untuk memerah susu dari lembu tiruan dan memenuhkan bekas tersebut untuk mendapatkan markah. 

Ha ha ha, yang ini, kami tewas... dapat 10 markah jer sebab berpunca dari ahli kumpulan yang kurang berbanding dengan kumpulan-kumpulan lain yang mempunyai 7 sehingga 8 orang ahli. Tak apa, tujuan pun untuk bersuka-suka kan? Bukannya nak menang sangat pun... asalkan "happy"... gitchewss... 

Selesai segalanya tiba masa kami untuk mengundurkan diri... Berat rasa hati tetapi apakan daya... anak-anak yatim tersebut terpaksa ditinggalkan juga... Farah dengan kanak-kanak kan tak boleh... sayangnya lain macam... hu hu hu.. "That's the fact, I love kids..."... 

Yang seterusnya??? Tunggu entri sambungan ek? ^_*... Itupun kalau nak tunggu lah... Hi hi hi... Daaa "for now"...




Dapatkan Artikel terbaru dari Situs ini melalui e-mail Anda.

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Teambuilding | A Short Getaway For 2 Days... Bahagian 1, diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Tuesday, April 28, 2015.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

3 comments:

  1. So happening kakak tengok pun boleh senyum macamlah kakak terlibat sama:)

    ReplyDelete
  2. macam best jee teambuilding tuu kak farah...

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia

iWON.MY