Home » , , , , , , , , » Tahu Ke Mana Hala & Arah Tujuan...

Tahu Ke Mana Hala & Arah Tujuan...


Masih lemah longlai lagi pagi-pagi ni, al-maklumlah hari permulaan segala minggu katakan...baru nak panas enjin katanya... Jadi sebagai pemanas enjin, Bubblynotes.Com saja-saja sajikan cerita Iman Firash dahulu. Cerita hari Sabtu yang lalu di mana Ash seperti biasa melakukan lawatan rutin ke TESCO, menemani Mommy dan juga Nek Ma mencari barang makanan untuk dia... Untuk dia yer? Mommy dan Nek Ma tumpang sekaki jer... 

Sejak dah boleh mula berjalan ni, memang Farah suka biarkan dia berjalan... Lagipun dia seronok dan suka jer berjalan...Ahakss..agaknya dalam diri tu, bangga gila weiiii dapat jalan. Sebab keceriaan itu jelas terpancar. "Buggy" masih lagi pakai, bila dia dah penat, duduklah di dalam "buggy" itu... bila jalan-jalan dalam pusat membeli beli, duduklah di dalam "bubby"... Ikut suka dia, sekejap nak berjalan, sekejap di dalam "buggy" dan kalau pergi ke pasar raya, sekejap nak duduk di dalam troli sama ada di tempat duduk kanak-kanak yang disediakan di troli ataupun di dalam troli itu sendiri seperti yang kelihatan di dalam imej di atas. Kadang-kadang membelinya tak seberapa... troli jer besar...Muahahaha...sebab ada budak tu nak duduk di dalam troli... Ikut angin dia. 

Apa ceritanya tentang tahu ke mana hala dan arah tujuan ni??? Ceritanya, bila Farah memberi peluang untuk Ash berjalan...saja kann, walaupun dah tahu akan melambatkan urusan...hik hik hik...beri dia peluang...untuk dia bereksplorasi... Hari Sabtu yang lepas, sesampainya di tempat letak kereta di TESCO. Farah dukung dia dahulu seperti biasa. Bila melangkah sahaja ke pintu masuk utama TESCO, Farah dirikan Ash di atas lantai dan beri dia peluang berjalan... ^_^... Sajaaaa...nak tengok akal dia macam mana... Ikut jer rentak dia, mana dia nak pergi. 

Dari pintu utama, memang tidak kelihatan "musical car" 50 sen yang Ash selalu "tag" sama ada Abah Ash, Nek Ma Ash dan Mommy... jadi Farah ikutkan sahaja kehendak kaki dia nak berjalan ke mana... Sambil mulut becok bebel-bebel sebelah tangan pegang tangan Mommy, sebelah lagi tunjuk-tunjuk...Jalan jer lah kann ikut dia... "following the rythm and the mix"... dan bila semakin lama berjalan, semakin Farah perasan, jalan yang dia tuju adalah ke arah "musical car" 50 sen dia tu... Ahakss... Ingat pula tu... Dan tau pula tu... Amboiiiii, tau ajer ek nak tuju ke mana?


Dah sampai destinasi dalam kotak pemikiran dia... sebelah tangan masih pegang tangan Mommy, sebelah tangan gamit-gamit pada Mommy, seolah-olah minta 50 sen... ha ha ha... limaaaa pulohhh sennn...macam aksi ketuk botol dalam cerita P.Ramlee kann??? Adehh... memang selama ni kalau menuju ke TESCO akan siap-siap sediakan duit 50 dia tu, macam tau-tau ajer kannn, ada lah kanak-kanak riang tu nak naik "musical car"... *_^ 

Dapatkan Artikel Terbaru Dari www.bubblynotes.com Melalui E-mel Anda

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Tahu Ke Mana Hala & Arah Tujuan..., diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Monday, April 6, 2015.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

8 comments:

  1. sukanyaa dia naik musicla car tuu :D

    ReplyDelete
  2. Heee... makin cerdik makin banyak akal Farah.
    Ash dah pandai mana yg lebih selesa utk diri dia
    Mommy kena ikut kalau tak satu mall boleh dengar suara Ash kan.. kan..:)

    ReplyDelete
  3. kejap je dah besar kan ;) sikit hari lagi kene hantar ke sekolah pulak..uhuks...

    ReplyDelete
  4. dia dah pandai dah cari apa yang dia minat tu farah..ala..sekali sekala..layankan je..hehehe..yeay..ash dah besar..

    ReplyDelete
  5. comelnya dia. macam sekejap je dah besar. :D
    makin pandai dah. :)

    ReplyDelete
  6. Wah..Ash dh pandai memilih destinasi...Tahniah Ash..huhu

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia